...sambungan Bab 53

40 9 2
                                    

Ungu, Kelabu, Maroon, Puteh, Biru, Hijau, Tina dan Mina menelan air liur mereka apabila Hitam tidak membalas apa-apa dan hanya berdiri di tempat itu sedari tadi. Angin sepoi-sepoi bahasa menyerbu mereka dan menyebabkan pakaian dan rambut mereka beralun-alun. Adakah ia benar-benar Hitam atau halusinasi mereka semata-mata? Atau musuh mereka sedang menyamar menjadi Hitam? Atau Hitam memang mahu menyerang mereka kerana Hitam adalah pembelot seperti sebelum ini? Entah apa lagi yang mereka akan hadapi pada hari ini. Adakah takdir akan tetap menyebelahi mereka?

“Satu, dua...” Hitam membuat kiraan di dalam hatinya. “Tiga!” Pada saat dia mengira nombor 3, ketiga-tiga anak panah itu dilepaskan ke arah Puteh dan mereka semua.

Disebabkan itu, Biru menyeru kuasa airnya, Mina menggunakan kuasa minda, Hijau dengan kuasa angin, Maroon dengan Perisai Galvanik dan Puteh pula bersedia dengan benteng ais. Tina, Kelabu dan Ungu pula hanya melihat di belakang merreka semua kerana kawan-kawan mereka yang lain itu sudah melakukan tugas yang sepatutnya. Anak panah itu dapat dihentikan dengan bentang ais dan kuasa minda milik Mina.

Walau bagaimanapun, tiba-tiba sahaja satu anak panah telah tercucuk ke tanah dan betul-betul di sebelah Tina. Oleh itu, Tina telah menjerit.

“Aaaaaah!” jeritnya kerana terkejut.

Disebabkan anak panah itu, Mina, Puteh dan Biru memandang ke atas dan mereka terus membuntangkan mata mereka dengan luas kerana beberapa anak panah dan pedang berapi sedang menjunam ke bawah dan betul-betul berada di atas kepala mereka. Tanpa berfikir panjang, Puteh telah terbang ke atas dan menyeru benteng berais yang besar sehingga melindungi semua rakan seperjuangannya yang berada di bawah. Oleh itu, bunyi anak panah dan pedang berapi tercucuk dan terpacak ke dalam bentang ais mula kedengaran satu persatu.

Serentak itu juga, Hitam menerpa ke arah Puteh yang sedang terapung di udara dan mengawal bentang ais. Kemudian, dia menerajang sisi badan Puteh sehingga menyebabkan Puteh tercampak dan terpelanting tidak jauh dari kawasan tersebut. Bunyi dahan patah dan Puteh terjatuh serta tergolek di atas tanah kedengaran dari jauh. Mereka semua terkejut melihat semua itu. Hitam sedang terapung di udara kerana menggunakan sayap berapinya untuk terbang. Maknanya, dia sedang menggunakan kuasa Tahap Separuh.

“Dilan...” tutur Tina dengan wajah sedih dan kecewa apabila melihat Puteh dibelasah teruk oleh Hitam. “Tak guna!!!” laungnya dan terus terbang ke arah Hitam dengan buku limanya.

“Hiyaaaah!”

Tina mahu melayangkan penumbuk itu kepada Hitam, namun belum sempat dia melakukannya, beberapa bebola berapi menyerangnya. Dia sempat mengelak beberapa bebola api yang menuju ke arahnya dan ada yang terkena badannya itu. Apabila bebola api terkenanya, Tina tertolak ke bawah dan terhempas ke tanah. Melihat keadaan itu, Kelabu meluru ke arah Tina dan memanggil kuasa kristal untuk melindungi Tina dari Hitam yang mahu membuat serangan balas.

Giliran Maroon, Hijau dan Mina menyerang Hitam kerana mahu mengalihkan perhatian Hitam dari Tina. Biru pula berlari ke arah Tina yang tercedera dan mungkin telah melecur dek kerana bebola berapi tersebut. Dia dapat melihat Kelabu sedang menyembuhkan luka Tina dengan kuasanya. Apabila melihat situasi itu, tumpuannya beralih ke arah Hitam kembali, kerana dia sudah yakin Tina berada di tangan yang ‘selamat’.

Ungu sudah lama berdiam diri kerana tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Kenapa adiknya menyerang mereka? Apa yang sudah jadi? Maroon menyeru Pedang Kilatnya sekali lagi dan menuju ke arah Hitam yang sudah menapak di atas tanah. Dia mahu berlawan pedang dengan Hitam. Mina pula menggunakan kuasa mindanya untuk menyerang Hitam dari jarak jauh. Dia cuba mengawal semua benda yang boleh dijadikan senjata di situ dan menggunakan mereka untuk menyerang Hitam. Manakala, Hijau akan menjadi simpanan kerana Maroon telah mengarahkan dia untuk memerhati perlawanan ini dahulu.

OLIENPIECE 1: Wira Terakhir (Musim 1)Where stories live. Discover now