...sambungan Bab 14

95 18 0
                                    

...

TEPAT pukul 5.45 petang, selepas hampir sejam setengah memancing, Zull dan yang lain mula bergerak pulang ke rumah masing-masing. Zull menuruni bas di hadapan pondok bas. Dia menaiki bas untuk pulang ke rumahnya. Zull berlari anak untuk ke rumah sewanya.

Sewaktu melalui kawasan jalan kaki, dia terserempak dengan Ayumi yang sedang membuang sampah. Hari tersebut merupakan giliran Ayumi untuk membuang sampah. Dia juga baru sahaja balik dari makmal keluarga Khai. Zull tidak menghiraukan Ayumi dan berjalan melepasi Ayumi.

"Hei." panggil Ayumi sambil memalingkan badan ke arah Zull. Zull berhenti berjalan.

"Kau bercakap dengan aku ke?" duga Zull ingin tahu memandangkan hanya dia dan Ayumi sahaja yang berada di jalan itu.

"Habis tu. Kau ada nampak manusia lain ke di sini?" bidas Ayumi.

"Um, itu pengetahuan kau, nama aku Zull bukan hei, hoi, woi..."

"Aku tak kenal kau lagi jadi aku tak ingat nama kau. Kau pun sama kan sebab kau baru sahaja datang sini."

"Eh, aku ingatlah nama kau dan rakan sekelas kita yang lain. Kau Ayumi, yang duduk belakang kau Henna dan Yurina. Dan yang duduk di belakang mereka berdua pulak Mina dan perempuan gatal, Si Tina. Yang pakai baju merah jambu dalam kelas Khai dan Ayuri. Samseng kelas kita Jason, Robert dan Yassin. Pengawas sekolah pulak Si Nik, Mior, Nur dan Siti. Si Botak dan Razak. Dua orang kawan yang suka bergosip dan duduk di belakang Ayuri ialah Bella dan Silvia. Siti dan Nur tu kawa..."

"Sudahlah. Tak kisahlah kalau kau ingat nama diorang pun. Bukan hal aku."

"Eleh, tadi sedap-sedap aje sindir-mindir aku. Kata aku tak kenal diorang. Walau pun kami tidak bertegur-sapa sangat, aku tahulah nama diorang. Bukan macam kau, duduk dalam pulau."

"Berani kau sindir aku. Kau nak tahu kenapa aku menyendiri? Sebab aku bosan, bosan dengan sikap manusia yang suka melakukan hal yang membuang masa mereka. Dan, mereka tidak sebijak aku. Aku hanya berkawan dengan orang genius sahaja."

"Um, kalau kau berkawan dengan orang biasa pun takkan menurunlah tahap IQ kau tu. Apalah kau ni. Kata genius, benda macam ni takkanlah tak tahu."

"Kau jangan nak memperkotak-katikkan aku. Huh, aku sebenarnya nak bagitahu...kau sesuatu."

Ayumi menundukkan kepala melihat kasutnya. Zull menggaru telinganya sambil mendongak ke langit.

"Ha, cakaplah."

"Sebenarnya. Surat...surat dalam laci kau tu. Um, macam mana nak cakap ni." Ayumi berkumat-kamit di hadapan Zull.

"Eh, engkau ni nak cakap dekat semut ke nak bercakap dengan aku? Cakaplah elok-elok. Kata genius." ujar Zull tenang. Jawapan Zull telah membuatkan Ayumi tersentap.

"Apa kena mengena genius dalam hal ni!?"

"Habis tu apa kena mengena kawan dengan tahap IQ kau? Kau tahu tak kalau kau berkawan dengan pelbagai lapisan umur atau pelbagai jenis manusia, kau akan dapat nilai kemanusiaan mereka. Pemikiran mereka dan ilmu mereka. Mungkin kau pakar ilmu matematik, kawan kau yang lain ada ilmu memasak. Kau boleh bertukar-tukar ilmu dan ia akan menjadikan kau berpengetahuan luas. Tak gitu? Nak berkawan pun kena ada pegangan. Kalau kau tahu sesuatu benda tu salah, tegur dan janganlah ikut. Berkawan pun kena ada seni. Simple." pesan Zull sambil melihat Ayumi tajam. Dia ingin melihat reaksi wajah Ayumi.

"Hmph! Mengarut! Sebenarnya aku yang hantar. Um, aku yang...yang hantar..."

Ayumi berhenti memekik apabila dia mula berasa tidak sedap hati untuk berterus-terang kepada Zull. Ayumi mengetap bibirnya.

OLIENPIECE 1: Wira Terakhir (Musim 1)Where stories live. Discover now