...sambungan Bab 15

114 17 0
                                    

...

TEPAT pukul 2.00 petang, loceng balik berbunyi sebnayak tiga kali. Semua pelajar menjadi teruja untuk pulang memandangkan esok sudah cuti minggu selama dua hari. Dilan dan Zull turut bersiap-siap untuk pulang. Zull pula harus balik awal kerana, dia perlu mengemas pakaian dan membeli tiket bas ke Terengganu.

"Dee, lupa nak cakap. Aku tak akan balik rumah malam ni, esok dan lusa." Zull memulakan bicara.

"Ha? Kenapa?" soal Dilan ingin tahu.

"Aku nak ke Terengganu. Nak jumpa kawan. Aku nak balik rumah, beli tiket dan berkemas. Dalam pukul 6.30 aku bertolak kut. Tak pastilah." balas Zull ringkas. Dia sedang fokus memasukkan buku dalam laci meja ke dalam beg.

"Oh...Kau jangan timbulkan masalah pulak kat sana." pesan Dilan. "Em, Zull kau balik dulu boleh."

"Kenapa?" duga Zull dan mula menggalas beg apabila dia telah selesai memasukkan buku ke dalam begnya.

"Aku...aku ada kerja sikit. Tapi, lepas tu aku akan terus balik rumah."

"Um, okey. Kalau ada apa-apa hal mesej. Jangan balik lambat pulak, aku nak jumpa kau sebelum pergi sana. Aku nak ucapkan selamat tinggal, nak peluk, nak cium, nak lipat-lipatkan kau masuk dalam beg. Hahaha! Maklumlah aku tak boleh tinggal lelaki gatal sorang-sorang macam kau ni, nanti haru. Huhuhu...Sebelum tu, mana tempat yang kau kata ada hal tu?"

"Um...a...s...dekat sekolah ni aje." balas Dilan tergagap-gagap. Zull melihat Dilan tajam. Dia mula menghidu sesuatu.

"Dee, kau nak buat apa sebenarnya?" Zull mula menduga dengan serius. Dilan tidak sedap duduk. Dia tidak tahu jawapan apakah yang paling sesuai.

"Ta...tak ada...apa-apa."

"Haih, Dee. Kau tahu tak kau tak boleh menipu. Kau, kalau nak tipu aku mesti tergagap-gagap. Ha, macam tadi. Sebelum ni pun kau macam ni. Cakap ajelah, bukannya aku akan kerat kau 18. Paling tidak aku membebel aje. Huhuhu."

"Itulah sebabnya, aku tak nak kau membebel. Sebenarnya, ada pelajar tingkatan tiga nak jumpa aku. Katanya dia ada hantarkan aku surat. Tapi, aku tak dapat pun. Jangan risau, aku tak akan pergi sorang-sorang. Dia kata dia ajak Ayumi sekali."

Zull mengangguk-angguk dan kemudian memandang ke arah meja Ayumi. Ayumi yang sedang memerhatikan mereka mengalih pandangan ke arah lain apabila melihat Zull berpaling ke arahnya.

Ayumi terus berdiri dari tempat duduknya dan terus keluar dari kelas. Dia ingin ke bangunan lama sekolah yang terletak bersebelahan sekolah itu. Dia perlu boleh memajat pagar atau merempuh pintu pagar untuk ke bangunan lama memandangkan pintu pagar yang menghubungkan sekolah itu ke bangunan lama sudah rosak.

"Ha, kan senang berterus-terang. Kau pun mesti tahu aku dapat tengok orang tu menipu atau tak, kan. Yang susah-susah nak menipu kenapa. Okeylah, pastikan tak jumpa tempat yang sunyi. Aku tak nak diorang rogol kau. Perempuan sekarang tak boleh percaya sangat. Kau tu sasaran perempuan-perempuan gatal. Zaman sekarang, lelaki, perempuan, tua atau muda semua bahaya oi. Jangan bersentuhan, jangan rapat-rapat." pesan Zull sambil tersenyum nakal. Dilan tergelak kecil dan mengangguk faham.

Zull berlari anak untuk ke luar dari kelas. Dia ingin ke stesen bas untuk membeli tiket ke Terengganu. Dia tidak perlu risau akan rumah sewa kerana dia tahu di mana dia harus tinggal sementara berada di sana.

Dilan menghembuskan nafas lega apabila Zull tidak membebel. Mungkin juga Zull ingin cepat. Oleh sebab itulah, Zull tidak membebel kepada Dilan. Dilan cuba untuk keluar dari kelas. Namun, dia disapa oleh Tina dan Ayuri serentak.

"Dilan, jom kita balik sama-sama." ajak Tina dan Ayuri dalam masa yang sama. Tina dan Ayuri memandang antara satu sama lain dan menjeling sesama mereka.

OLIENPIECE 1: Wira Terakhir (Musim 1)Where stories live. Discover now