...sambungan Bab 8

154 18 0
                                    

...

Di Kampung Padang, Pukul 11.20 Pagi.

MINA dan Yurina menuruni bas. Mereka berdua menaiki bas untuk ke Kampung Padang. Yurina memakai baju T-shirt berlengan pendek dan dikenakan dengan kardigan labuh berwarna hitam. Dia memakai seluar jeans longgar. Manakala, Mina memakai baju T-Shirt berlengan panjang dan seluar slack berwarna hitam.

Mereka berjalan di atas jalan yang berturap dengan tar untuk mencari rumah teres Melor. Yurina menggunakan aplikasi waze untuk mencari tempat itu. Sewaktu melalui jalan bertar tersebut, perhatian Yurina beralih kepada rumah usang yang terdapat di atas puncak bukit. Yurina berhenti berjalan. Mina turut berhenti.

"Apahal kau ni!? Tiba-tiba aje berhenti?" soal Mina kasar.

"Kau tengok rumah usang tu."

Yurina menunjukkan rumah usang di atas bukit dengan jari telunjuknya. Mina menoleh ke arah bukit yang ditunjuk oleh Yurina.

"Rumah? Jadi?"

"Menakutkan. Kau tak rasa macam tu? Rumah banglo lama yang nampak usang berada di atas bukit. Sebiji pulak tu dekat situ dan tak ada rumah lain. Kalau cerita ini cerita hantu, memang ada bendalah kat situ. Haha!" balas Yurina dengan bernada seram.

Kemudian Yurina ketawa nakal. Mina menggigit bibirnya. Dia mencuit lengan Yurina dan membuatkan Yurina tergelak kecil. Yurina sengaja mengusik Mina memandangkan dia tahu Mina seorang penakut.

"Kau memang nak kena agaknya, Yurina."

"Ala, jangan marah. Aku gurau aje. Jom kita ke sana."

"Ha, buat apa? Bukan kita tengah cari rumah teres Melor ke?"

"Aku tahu. Kita tengok-tengok aje rumah usang tu. Kalau tak ada apa-apa, kita sambung cari rumah teres Melor tu. Jom!"

Yurina menarik lengan Mina untuk ke arah rumah banglo usang yang berada di atas bukit itu. Mina pada awalnya menolak namun, setelah dipaksa oleh Yurina dengan banyak kali, dia akhirnya akur.

Mina dan Yurina berhenti di hadapan pagar besi rumah banglo itu. Pagar besi itu berada di kaki bukit, jadi mereka perlu melepasi pagar tersebut terlebih dahulu. Pandangan Mina teralih kepada papan tanda yang terselit di antara palang pagar besi tersebut.

"No Trespassing. Wei, Yurina dia cakap jangan pecah masuk ni, tak payahlah. Kita patah balik."

Mina membuat wajah risau sambil menoleh ke arah kawannya yang sudahpun memanjat pagar besi itu. Mina membuntangkan matanya luas.

"Yurina! Apa kau buat ni. Turunlah." arah Mina sambil memegang kedua-dua pipinya. Dia tidak ingin ke banglo lama itu.

"Kau pun panjatlah. Walaupun pagar ni dah lama, tapi masih kukuh lagi. Aku tunggu kau dekat atas bukit tu ya. Chow!"

Yurina terus berlari apabila dia berjaya turun dari atas pagar yang dipanjatnya tadi. Mina mengeluh panjang dan memekik seorang diri. Dia menyepak anak batu kerana geram. Setelah berpuas-hati, barulah dia memanjat pagar itu.

Yurina berlari anak semasa mendaki bukit yang tidak berapa curam itu. Dia menarik nafas panjang memandangkan dia sudah penat. Dia meneruskan perjalanan dengan berjalan pada kali ini kerana dia sudah hampir sampai ke pintu rumah banglo.

Setelah sampai di hadapan rumah tersebut, Yurina menoleh ke belakang, dia tersenyum sendiri. Mina sedang berjalan menuju ke arahnya.

"Woohoo, seronokkan exercise pagi-pagi ni." jerit Yurina sambil melompat-lompat.

Mina mendengus. Setelah berjaya menghampiri Yurina, Mina menunduk sambil kedua-dua tangannya memegang kepala lutut. Dia mengelap peluh di dahinya.

"Adoi, penat tahu tak. Huf...huf...Marilah kita masuk. Buang masa aje kita di sini." ujar Mina malas.

OLIENPIECE 1: Wira Terakhir (Musim 1)Where stories live. Discover now