... sambungan 29

162 17 7
                                    

Saat dia menghampiri tempat itu, tiba-tiba angin yang kuat menyerbu ke arahnya termasuklah asap debu yang berkepul-kepul. Zull melindungi wajahnya dengan lengan. Namun, ia tetap mengenai bahagian wajahnya. Zull terbatuk-batuk. Dia masih tidak tahu apa yang sedang berlaku.

Namun, dia membuat keputusan untuk bertukar menjadi TBM terlebih dahulu. Zull mencari tempat bersembunyi dan mula membuka pakaiannya. Dia telah memakai pakaian TBM di dalam sebelum ini sebagai persediaan. Jadi, sekarang dia hanya perlu memakai topengnya sahaja dan meletakkan baju-tee yang dipakainya tadi ke dalam beg yang digalasnya itu.

Tempat itu telah dicemari oleh asap yang berkepul-kepul. Serentak itu juga Hitam atau Zull menyedut asap itu dengan menggunakan kuasanya. Setelah itu barulah tempat itu jelas kelihatan. Beberapa orang manusia telah pengsan dan ada yang masih terbatuk-batuk. Hitam menuju ke arah salah seorang mangsa yang masih sedarkan dirinya.

"Panggil ambulans." katanya kepada mangsa itu.

Mangsa itu mengangguk laju dan terus mendail nombor ambulans. Hitam melihat kawasan itu dengan teliti kerana ingin memastikan apakah yang sedang berlaku. Adakah suatu kebakaran telah terjadi atau mereka diserang. Kawasan karnival taman tema itu dipenuhi dengan permainan seperti rumah hantu, mini roller-coaster, merry-go-round dan seerti dengannya. Hitam berpusing untuk melihat sekeliling tempat itu. Dia tidak ingin terlepas pandang apa-apa.

Namun, tanpa disedarinya sesuatu sedang menghampirinya dari arah belakang. Sesuatu yang membentuk lava yang panas sedang menuju ke arahnya. Namun, Hitam sempat mengelak dan menyebabkan lava itu melepasinya. Sesuatu menyerangnya lagi. Masih lagi lava yang panas dan segar dari sebuah volkano. Hitam mengelaknya dengan mudah dan ada yang dia sepak menggunakan kakinya itu. Dia mempunyai kuasa api, jadi benda itu tidak akan melemahkannya.

Pada kali ini, badannya hanya dilengkapi senjata seperti pisau dan shuriken logam. Pedang dan busur serta anak panahnya tidak dibawa sekali kerana tidak muat di dalam begnya itu. Gerangan yang menyerangnya masih belum memunculkan dirinya.

Namun, tiba-tiba sahaja tempat itu merekah. Lava juga turut mengalir di tempat itu. Hitam terus bertindak dengan menyelamatkan orang ramai yang berada di situ dan diletakkan di tempat yang selamat dengan menggunakan kuasa larian lajunya.

Setelah mereka semua diletakkan di tempat yang selamat, Hitam mendepakan tangannya dan kemudian dinaikkan ke atas. Serentak itu juga, lava-lava itu mengalir ke atas dan bukannya ke bawah. Hitam meramas tangannya dan dengan serta-merta ia menjadi debu yang berterbangan.

"Hahahaha! Hebat! Sangat hebat!" seseorang menepuk tangannya dengan kuat. Hitam berpaling ke belakangnya. "Kau sangat hebat kerana berjaya mengawal lava ciptaan aku, Naga Api."

"....." Hitam hanya mendiamkan dirinya.

"Tetapi, adakah ini membuktikan kau seorang penakut atau sebaliknya?"

Duga seseorang itu atau lelaki yang berbadan seperti polychaeta dan berwajah separuh manusia. Dia turut mempunyai sesungut di hidungnya. Dia ialah Merkano.

"Maksudnya?" duga Hitam.

"Hanya seorang penakut dan lemah sahaja yang mampu menggunakan kuasanya. Manakala, yang berani dan yang kuat tidak akan mampu menggunakan kuasanya itu. Memandangkan kau masih dapat menggunakan kuasa itu, ini bermakna kamu seorang penakut dan lemah."

"Oh. Jadi, selama ini aku adalah seorang yang lemah. Menarik."

"Apa yang menariknya? Heh, terimalah letupan volkano!"

OLIENPIECE 1: Wira Terakhir (Musim 1)Where stories live. Discover now