...sambungan Bab 18

78 13 0
                                    

MINA menutup talian dan memasukkan telefon ke dalam poket seluar denimnya. Dia berlari anak untuk keluar dari rumah. Fendi memarkirkan kereta di hadapan rumah Mina. Dia kemudiannya turun bersama-sama Ibu Bapanya. Mokhsin melihat Fendi, Murad dan Mona pelik. Dia ingatkan mereka masih lagi marah akan keluarganya. Mokhsin langsung tidak tahu mengenai rancangan Zull, Mina dan Ayuri. Ayuri turut keluar dari rumah dan berdiri bersebelahan Mina.

"Assalamualaikum Pak Cik." sapa Fendi tersenyum gembira. Mokhsin tersenyum. Fendi bersalaman dengan Mokhsin.

"Abang hensem datang balik yey! Nak peluk, nak peluk, nak peluk." Zull berkata dengan teruja. Fendi tidak melayan Zull sebaliknya dia terus memandang ke arah Mina dan Ayuri.

"Nak merajuk...Um..." Zull menggentel hujung bajunya seperti lelaki feminin.

"Merajuklah. Apa aku kisah..." getus hati Fendi jijik melihat Zull.

"Kenapa datang?" soal Mokhsin pelik.

"Ha? Um, Mina tak bagitahu ke?" Fendi turut beriak pelik. Dia tersengih-sengih dengan kekok.

"P....Hahahah! Maaf, maaf Mina tak bagitahu ayah ke? Ya Allah! Sebenarnya, Abang Fendi tertinggal phone, jadi dia nak ambilnya balik." celah Mina serba-salah.

"Ya ke? Kenapa ayah tak tahu pulak ni. Eh masuklah. Minum air, Mina buat air..." arah Mokhsin melihat ke arah Mina. Mina mengangguk cepat.

"Psst, Ayuri kau jaga line sini." bisik Mina.

Ayuri mengangguk perlahan. Mina berlari anak untuk ke dapur dan membuat air. Mokhsin mempelawa Fendi serta Ibu Bapa Fendi untuk masuk ke rumah dan duduk di atas kerusi. Mereka bertiga menurut sahaja. Ayuri turut ke ruang tamu dan berdiri. Dia memberi peluang untuk Yati serta Bedah untuk duduk. Zull masih lagi duduk di beranda luar. Dia sedang khusyuk melihat langit dan bintang-bintang yang berselerak menghiasi langit malam tersebut.

"Okey ke pelaminnya?" soal Murad.

"Eh, okey. Cantik pelamin dari kedai korang ni." sahut Mokhsin kekok. Dia mula kekok kerana hal petang tadi. "Kau dah tak marahkan kami ke?"

Murad menarik nafas dalam. "Fendi bagitahu Mina minta maaf. So, tak apalah. Budak muda kan. Lagi pun, esok kita akan jadi keluarga. Tak eloklah gaduh-gaduh ni. Ya idok Bedah?" Murad melihat Bedah yang baru ingin duduk di sebelah suaminya, Mokhsin.

"Haah. Terima kasihlah sebab memahami." jawab Bedah tersenyum. Yati pula turut mengambil tempat duduk bersebelahan Ibunya. Yati dan Fendi berbalas pandangan.

"Mana Si Mulan yang Si Katak cakapkan ni. Adeh, risau pulak aku kalau dia tak datang..." bisik hati Ayuri yang setia berdiri di ruang tamu.

Dia menyandar ke dinding yang memisahkan ruang tamu dan dapur. Mina ke ruang tamu kembali sambil menatang air minuman. Sebelum menuju ke arah kerusi meja ruang tamu, dia sempat berbisik kepada Ayuri yang sedang berdiri di antara ruang tamu dan dapur terbabit.

"Wei, ambikkan biskut." kata Mina. Ayuri mengangguk ringan.

"Biar saya ambilkan Cik." celah Zalikha yang setia berada bersebelahan Ayuri.

"Kak Zalikha pergilah berehat. Bukan Akak kata sakit kepala ke tadi." balas Ayuri.

"Tak apa saya..."

"Ini arahan." ujar Ayuri muktamad.

Zalikha mengetap bibirnya dan mengangguk. Dia menuju ke bilik Mina yang terdapat di bahagian dapur. Ayuri menuju ke dapur dan mengambil sepinggan biskut yang telah tersusun rapi. Ia telah disediakan oleh Mina tadi.

Mina meletakkan dulang air di atas meja dan menjemput mereka semua untuk meminumnya. Dia kemudiannya menuju ke tempat Ayuri bersandar tadi. Giliran Ayuri pula datang menatang pinggan yang mempunyai biskut berkrim. Ayuri turut meletakkan biskut tersebut di atas meja dan selepas itu menuju ke arah Mina yang sedang berada di sebalik dinding.

OLIENPIECE 1: Wira Terakhir (Musim 1)Where stories live. Discover now