...
SEMENTARA ITU, Ayuri yang baru keluar dari rumah Khai memasuki perut kereta miliknya dan menyuruh Furqan mula memandu. Dia ingin pulang ke rumah kerana sudah bosan berada di Majlis Hari Jadi Nek Chu itu. Sewaktu keretanya melepasi kedai serbaneka, Ayuri menyuruh Furqan untuk berhenti. Dia ingin membeli beberapa makanan ringan dan coklat.
Ayuri memasuki kedai itu dan disapa oleh jurujual kedai terbabit. Ayuri melemparkan senyumannya kepada jurujual perempuan itu dan menuju ke rak makanan. Dia mengambil beberapa plastik keropok, snek, biskut dan lima bungkusan coklat bar.
Setelah kedua-dua tangannya penuh dia menuju ke kaunter pembayaran dan meletakkan semua makanan itu di atas kaunter. Jurujual itu menggunakan bar code scanner untuk mengira harga makanan tersebut. Seorang lelaki beratur di belakang Ayuri sambil memegang sebotol air isotonik, sekotak air susu dan dua plastik roti berkrim.
"54.30 Ringgit Malaysia." ujar jurujual tersebut dengan nada suara yang lembut.
Ayuri meraba-raba kandungan tas tangannya kerana ingin mengambil dompetnya namun, dompetnya tiada di dalam tas tangan itu. Dia mengintai ke dalam tas tangan dan mengeluh. Dompetnya betul-betul tiada di dalamnya. Dia dapat rasakan dia tertinggal dompet itu di dalam rumah.
"Alamak...! Tch! Tak apalah, saya..." kata-kata Ayuri telah dipotong oleh lelaki yang sedang beratur di belakangnya.
"Saya bayarkan." ujar lelaki itu dengan lembut.
Dia meletakkan sekeping duit kertas bernot seratus Ringgit Malaysia. "Cik boleh scan yang ni sekali?" pinta lelaki itu sambil tersenyum.
Dia meletakkan barangannya di atas meja kaunter itu. Jurujual itu mengangguk dan tersipu malu. Dia terpanar dengan wajah kacak pelanggannya. Ayuri memandang lelaki itu tidak berkedip.
Jurujual itu membungkuskan barangan Ayuri ke dalam plastik dan memberikan plastik itu kepada Ayuri. Ayuri tidak mengambilnya kerana dia masih lagi terpaku memandang wajah lelaki yang telah membantunya tadi.
"Cik, cik tak apa-apa ke?" soal lelaki itu sambil melambai-lambai ke arah Ayuri yang sedang melihatnya tajam.
Ayuri tersentap. Dia terus mengalih pandangan ke arah jurujual. Dia mengambil plastik itu dan cuba berlalu pergi. Namun, dia tersadung kakinya sendiri dan jatuh tersembam dengan wajahnya terkena lantai terlebih dahulu. Lelaki itu meluru ke arah Ayuri dan membantu Ayuri untuk bangun. Ayuri bangun sambil menutup hidungnya. Hidungnya telah mengeluarkan cecair berwarna merah.
"Awak nak saya hantar awak ke klinik?" soal lelaki itu risau.
Ayuri memandang wajah lelaki itu dan wajahnya mula merona kemerahan. Dia mengambil semula bungkusan plastik yang terlepas dari tangannya sewaktu terjatuh tadi dan memeluknya. Lelaki itu mengambil sapu tangan dalam poket seluar dan meletakkanya ke hidung Ayuri. Dia menyuruh Ayuri untuk memegang sapu tangan itu ke hidungnya.
Ayuri hanya menurut dan masih lagi terpaku di situ. Dia terdiam seribu bahasa. Dia terpanar dengan kekacakkan lelaki yang telah menolongnya. Lelaki itu kemudiannya memapah dia untuk berdiri.
"Awak boleh berjalan ke?" soal lelaki itu lagi dengan wajah risau. Ayuri menganggukkan kepalanya perlahan. Mulutnya seperti digam. Lelaki itu mengetap bibirnya.
"Awak nak saya hantarkan awak ke klinik?" soal lelaki itu lagi dengan mengulangi soalan yang sama sebelum ini. Ayuri menggelengkan kepalanya. Lelaki itu tersenyum nipis.
"Awak ambil aje sapu tangan tu, tak perlu bagi pada saya balik. Bye." ujar lelaki itu terus keluar dari kedai tersebut setelah mengambil duit baki dan beg plastik miliknya.
"Cik tak apa-apa ke?" soal jurujual apabila melihat Ayuri masih lagi berdiri kaku di hadapan pintu masuk. Ayuri mula tersedar dari lamunannya.
"Oh, saya minta maaf." ujar Ayuri turut keluar dari kedai serbaneka itu.
Dia terus menuju ke keretanya dan memasuki perut kereta. Masuk sahaja ke dalam kereta dia menutup muka kerana malu. Furqan memandang ke belakang dan melihat Cik Mudanya.
"Cik Ayuri, kenapa dengan hidung Cik? Cik-Cik tak apa-apa ke. Sa-saya bawa Cik ke...ke...klinik sekarang." tegur Furqan risau. Furqan akan menjadi gagap apabila dia risau atau dalam ketakutan.
"Tak apa Abang Furqan, saya okey. Abang boleh bergerak sekarang." sahut Ayuri masih memegang hidungnya dengan sapu tangan lelaki tadi.
Furqan mengangguk dan mula memandu untuk balik ke rumah mereka. Ayuri kemudiannya tersengih-sengih apabila teringatkan kejadian tadi. Lelaki yang menyelamatkan Ayuri menuju ke arah sebuah kereta. Dia menggunakan perkhidmatan Uber dan menyuruh pemandu Uber tersebut menghantarnya ke kedai serbaneka.
Uber car adalah perkhidmatan kenderaan yang boleh diakses melalui aplikasi telefon. Pelanggan perlu menggunakan aplikasi uber untuk menetapkan butiran seperti pilihan masa dan destinasi. Aplikasi itu juga menyediakan perkhidmatan tempahan dan transaksi melalui talian untuk memudahkan para pelanggan mereka. Pembayaran pula boleh dibuat melalui tunai atau atas talian (Utusan Online, 2015).
Lelaki itu memasuki perut kereta dan duduk di tempat duduk penumpang di bahagian belakang bersebelahan kawan lelakinya yang berambut afro. Kawannya yang berambut afro itu mengetap bibirnya dan menjeling lelaki itu tajam.
"Dee, kau buat apa dalam kedai tu sampai lama sangat. Makin hensem aku tunggu kau dekat sini. Tengok ni aku dah siap beli barang rumah kat kedai sebelah, engkau pulak masih tak siap-siap." kata kawannya yang berambut afro itu sambil menunjukkan beg plastik barang. Lelaki tersebut tergelak kecil.
"Tadi ada seorang perempuan terjatuh, Zull." jawabnya lembut.
"Jadi? Perempuan jatuh, so? Apa yang aku boleh buat dengan perempuan tu kalau kau beritahu aku yang dia jatuh? Apa teruk sangat ke dia jatuh tu? Terguling-guling sakan ke? Itu bukan jatuh Dee, itu tak ada kerja cari kerja Dee." Zull atau kawannya yang berambut afro itu menduga.
"Tak Zull, aku tolonglah."
"Hok aloh! Kau sebenarnya cuba mengurat dia, kan. Macamlah aku tak tahu kau ni gatal Siah oi."
"Mana adalah Zull."
"Ump! Apa-apa ah. Bang, gerak Bang. Kenapa tak gerak-gerak ni Bang. Masa Bang, masa itu emas, Bang. Kami yang bercakap, yang abang tak gerak-gerak lagi kenapa? Cerita kami tak menarik Bang, buang masa aje kalau dengar kami bercerita..." arah Zull menyuruh pemandu itu bergerak sambil menunjukkan jam tangannya.
Pemandu tersebut mengangguk perlahan dan mula bergerak. Dilan dan Zull telah sampai ke rumah sewa mereka di Taman Melati pada pukul 7.30 pagi tadi. Mereka menyimpan beg-beg mereka di rumah itu terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk keluar makan dan membeli beberapa barangan rumah untuk esok memandangkan rumah mereka tiada sumber makanan pun.
Mereka bertolak pagi tadi dari Kajang pada pukul 10.15 minit dan sampai tepat-tepat pukul 7.15 minit di Stesen Bas Bukit Berapi. Mereka menaiki teksi dari Stesen Bas untuk ke rumah sewa mereka itu. Selepas membersihkan diri, mereka terus menelefon pemandu Uber untuk menghantar mereka ke restoren dan kedai.
~ ~ ~
YOU ARE READING
OLIENPIECE 1: Wira Terakhir (Musim 1)
FantasySepuluh batu permata Saphira telah jatuh ke bumi. Batu-batu itu telah memilih pemegang yang dirasakan layak untuk memiliki mereka. Sesiapa yang memiliki batu itu akan mempunyai kuasa. Dilan dan kawannya yang lain telah berjuang habis-habisan untuk m...