Bab 30: Jambatan Kenangan

87 10 0
                                    

ZULL menuruni tangga bas dan terus melompat keluar dengan senyuman lebar. Dia berlari anak untuk ke kawasan perumahannya itu. Dia berjalan di tepi jalan dan melepasi sebuah rumah ke rumah yang lain. Rumahnya terletak di antara rumah paling hujung banjaran rumah teres tersebut. Manakala, rumah Tina dan yang lain berada sebelah kiri rumahnya.

Sewaktu berada di depan pintu pagar, Zull berpaling ke sebelah tepi kanannya. Terdapat sebuah kereta bercermin gelap sedang parkir tidak jauh dari situ. Zull menggelengkan kepalanya. Dia tidak jadi membuka pintu pagar dan sebaliknya dia terus menuju ke arah kereta tersebut. Setelah sampai Zull mengetuk cermin tingkap kereta itu. Cermin itu diturunkan dan kelihatan wajah Liam tersenyum simpul ke arah Zull.

"Aku dah agak dah ini kereta kau. Kau beli kereta baharu lagi ke? Apa boros sangat kau ni Liam hah!? Kau buat apa di sini?" duga Zull dengan wajah garang.

"Er, menikmati pemandangan." Balas Liam ringkas.

"Pemandangan apa hah? Tak ada bukit, gunung, hutan, pokok-pokok bunga. Tengah panas lit-lit lagi ni. Kau tengok pemandangan ke tengok anak dara orang. Buka pintu ni, aku nak masuk. Tak reti-reti nak ajak aku masuk ke apa?" Bebel Zull dan terus membuka pintu apabila melihat Liam mengangguk.

"Kau ikut aku ke apa?"

"Ya. Saya risau Tuan perlukan apa-apa nanti."

"Adududududu. Aku suruh kau kahwin kau tak nak. Kalau kau dah kahwin tak perlulah kau tengok-tengokkan aku lagi. Kau hanya perlu jaga anak bini kau aje. Kalau dari dulu kau menikah, anak kau mesti dah sebaya aku Liam. Nanti kau tua, sunyilah tak ada anak cucu. Kau ni tak fikir ke apa, otak dalam kepala tu kau nak simpan berapa lama lagi? Guna sekarang tak boleh ke?"

"Tuan Muslim telah amanahkan saya untuk menjaga Tuan sebelum dia meninggal. Saya kena menjaga amanah dia dengan baik."

"Masa tu sebab aku baru 13 tahun. Sekarang aku dah 18 tahun. Aku dah boleh fikir dan jaga diri aku sendirilah Liam. Lagipun, aku dah bersatu balik dengan keluarga aku. Oh ya, bercakap pasal tu. Nanti kau datang jumpa aku di sini semula, nanti aku mesej kau balik. Aku ada kerja untuk kau. Hehehehe!"

"Kerja apa Tuan?"

"Eh, kau sabar boleh tak? Aku cakap nanti, nantilah. Nantilah aku bagitahu kau. Pekaklah kau ni, dari dulu lagi aku suruh kau korek telinga. Kau dengan Pak cik Mazhe tu sama aje. Sama-sama pekak, dahlah baca majalah remaja."

"Ma-mazhe?"

Liam membeliakkan matanya. Zull memandang ke arah Liam pelik. Liam tidak tahu pula Zull pernah berjumpa dengan Mazhe memandangkan dia bukannya selalu mengekori setiap langkah Zull. Apabila kerjanya telah selesai barulah dia akan mengikuti Zull pula.

"Haah, Mazhe. Kau kenal orang tua tu ke? Dia tak adalah tua sangat, tapi sebab dia ayah Khai, jadi aku rasa dia tualah. Segak jugaklah walaupun dah beruban sikit. Macam kaulah dah ada uban. Kau kenal dia ke?"

"Tak-tak, saya tak kenal dia."

Liam terus menelan air liurnya. Zull memerhatikan Liam tajam kerana jawapan Liam sangat meragukannya.

"Kau tahukan aku boleh tahu orang tu menipu ke tak. Kau kenal dia kan? Aku kenal kau lamalah Liam. Aku membesar dengan kau, daripada kau dewasa sehinggalah jadi warga emas macam ni."

"Saya belum dalam kategori warga emaslah Tuan."

"Eleh, sekarang kau dah 43, kejap lagi masuklah dalam kategori tu. Macam mana kau boleh kenal Mazhe?"

OLIENPIECE 1: Wira Terakhir (Musim 1)Where stories live. Discover now