Bab 32: Bulatan Kenangan 3 (Perjuangan yang belum selesai)

42 7 0
                                    

MAZHE pulang ke rumahnya dengan wajah sugul. Dia tidak balik ke chalet di tempat Adam, Muslim, Zamani, Fattah dan Firas sedang menginap. Mereka telah bercuti di sebuah pulau selepas peperiksaan SPM tamat. Dia masih memikirkan keputusan yang tepat mengenai misi awalnya itu. Oleh sebab itulah dia pulang ke rumah kerana menginginkan masa untuk berfikir dan bersendirian.

Mazhe mendekati katil di dalam biliknya dan terus terbaring. Dia sedang memegang telefon bimbitnya. Dia melihat telefon itu dengan pandangan serba-salah. Sudah lama dia menjangkakan perkara ini akan terjadi dan hari itu telah tiba pada malam ini. Sepanjang dia memikirkan misinya itu, dia telah memikirkan suatu rancangan.

Setelah darab dan bahagi mengenai rancangannya itu, Mazhe akhirnya telah mencapai keputusan muktamad. Dia mula menaip sesuatu pada telefonnya itu. Dia mereka ayat dengan sangat berhati-hati agar ahli Army dan Guardiana tidak tersalah erti dengan niatnya itu. Setelah 15 minit menaip dan membaca mesejnya itu berkali-kali, barulah dia menekan punat hantar di pad kekunci telefonnya itu.

"Selamat malam, aku ni Mazhe. Maaf. Aku akan mengumpulkan kesemua batu permata Saphira dan akan memulangkannya semula kepada pihak Olienpiece, pemilik sebenar batu-batu itu. Lusa, boleh korang semua berkumpul di tepi jeti Bandar Lama Bukit Berapi, pukul 6 bersama-sama batu itu." mesej Mazhe telah dihantar kepada semua ahli Guardiana dan Army.

Selepas beberapa minit, ahli Guardiana dan Army membalas dengan menghantar perkataan 'OK' kecuali Fara dan Muslim. Mereka berdua masih belum membalas apa-apa jawapan.

Setelah membaca mesej Mazhe, Adam mengeluarkan batu permata Naga Ais dari laci meja dan merenungnya dengan tajam. Dia menjumpai batu itu sewaktu dia sesat di dalam hutan semasa berumur 9 tahun. Semenjak daripada hari itu, dia mula perasan keistimewaan batu tersebut.

Batu itu telah bersama-samanya selama 8 tahun. Dia mula sedar yang dia mempunyai kuasa ais sewaktu berumur 14 tahun. Tidak lama selepas itu barulah dia mengetahui kawan-kawan sekelasnya turut mempunyai batu istimewa tersebut. Setelah itu, dia mencadangkan untuk membina kumpulan bernama Army supaya mereka dapat mencari jawapan mengenai batu itu bersama-sama.

Pada umur 17 tahun, Mazhe muncul dalam hidupnya dan secara tidak langsung memberinya jawapan kepada semua persoalan yang muncul dalam fikiran mengenai batu tersebut. Dia akan merinduinya. Masa dia berjuang dengan kawan-kawannya itu termasuklah hubungan persahabatan yang terjalin antara dia dan Mazhe, walaupun hubungan itu tidak selama hubungan dengan ahli-ahli Army.

...

SEMENTARA itu pula, Mimi Nazira juga telah berhenti daripada membuat eksperimen. Dia sedang berada di dalam makmal sekolah dan makmal itu dijaga oleh Cikgu Rachan, guru ganti untuk subjek Kimia dan Biologi. Dia turut merenung batu Minda.

"Kenapa?" soal Rachan ingin tahu setelah melihat anak muridnya berwajah muram. Mila, kawan baiknya turut berada di situ. Dia faham kenapa Mimi berwajah sedih dan muram.

"Mazhe ingin mengutip batu-batu tu semula dan ke Olienpiece." Balas Mimi dengan nada sedih.

"Jadi, kenapa kamu sedih sangat?" soal Rachan selamba.

Mila terus melihat ke arah Cikgu Rachan kerana tidak mempercayai cikgunya itu masih boleh bertanya mengenai hal itu. Sudah tentulah Mimi sedih kerana terpaksa memulangkan harta paling bernilai baginya iaitu batu Minda.

"Cikgu, Mimi sedih kerana dia sayangkan batu Minda tu." Templak Mila.

"So? You know, in the world of nothing last forever, you should have at least knew, this day would come. Batu yang kamu miliki itu bukan milik kamu. Jadi, kamu patut belajar melepaskannya. Ia sakit, saya tahu. Tetapi, makin kamu pegang ia dengan erat, kamu akan makin terasa sakitnya. Kesakitan itu akan menghilang apabila kamu sendiri belajar untuk redha. Ini ialah masanya untuk kamu move on." Pujuk Rachan.

"Batu ni telah selamatkan saya. Semua orang cakap orang genius ni bertuah kerana dikurniakan kebijaksanaan ni. Namun, ia telah membuatkan saya ganjil dalam kalangan rakan sebaya saya. Saya dibuli, dibuang kerana suka tanya sesuatu yang mereka tak faham. Cikgu saya sendiri pun tidak mahu melayan saya. Ia menyakitkan. Saya sangat berharap seseorang akan bantu saya keluar dari kegelapan tu. Saya masih kecil jadi saya tak tahu macam mana dunia sebenar berfungsi. Saya jahil."

"Tetapi, setelah saya jumpa batu ni semasa saya dikurung di dalam tandas lama seorang diri. Hidup saya dah berubah, saya jumpa Mila, Fara, Mei dan Raudhah yang sama seperti saya. Kami sudah lalui banyak benda, berjuang bersama-sama. Melalui hidup jahil dan remaja bersama-sama. Gelak dan menangis bersama-sama. Ia dah menjadi rencah hidup kami. Ji-jika saya pulangkan batu ini, saya takut mereka semua menghilang. Saya takut hubungan ini putus. Jadi...saya betul-betul rasa sedih..." jelas Mimi dengan tangisan sedih.

Dia mula beremosi selepas mendapat mesej daripada Mazhe. Mazhe tidak salah, dia tahu tentangnya. Namun, dia tetap bersedih-hati kerana perlu melepaskan sesuatu yang paling berharga baginya. Mila turut mengalirkan air matanya.

Mila menyeka air mata itu dan memeluk Mimi dengan erat. Mimi adalah seorang perempuan yang paling kuat yang dia pernah kenal. Dan melihat perempuan sekental itu menangis di hadapannya telah membuatkan dia turut beremosi.

"Saya faham. Tapi, masa kamu untuk menjadi pemegang batu itu telah tamat. Walau apa pun, kamu tersilap tentang suatu perkara. Persahabatan yang terjalin ialah takdir dan memutuskannya adalah pilihan. Ia takkan putus walaupun kamu serahkan batu-batu itu kepada pemiliknya." Pesan Rachan dengan serius.

"Betul tu, kita tetap kawan walau apa pun yang terjadi." celah seseorang atau Fara yang baru sampai di situ.

Di belakang Fara turut kelihatan Raudhah dan Ng Mei. Mereka bertiga terus menuju ke makmal tersebut setelah mendapat mesej daripada Mazhe. Mereka ingin membuat perbincangan.

"Korang...Maaf sebab menangis dan maaf jika, jika sepanjang aku jadi kawan dan ketua korang, aku layan korang dengan sangat teruk. Maaf sebab paksa korang berlatih selama ni." Kata Mimi sambil membongkokkan badannya sedikit kepada Raudhah, Fara dan Mei.

"Apa yang kau cakap ni Mimi. Sebab kaulah, kami semua menjadi lebih kuat dan sebab kau jugalah kita berjaya kalahkan semua makhluk-makhluk Raidez tak guna tu." Balas Ng Mei dengan bersemangat.

"Betul. Kau tak perlu beremosi sangat Mimi. Tanpa batu tu pun, kita masih kawan, lainlah kalau kau yang nak putuskan persahabatan ni. Hehehe." Sokong Raudhah dengan senyuman nakal.

"Kannnn..." Mila menyokong Raudhah kerana ingin mengusik Mimi.

"Heh, mana adalah. Korang ni..." Mimi terus mengesat air matanya.

"Mazhe perlukan batu-batu itu untuk pulang ke rumah dia. Kita perlu tolong dia." Sambung Ng Mei lagi dengan tenang.

Mimi, Fara, Raudhah dan Mila mengangguk faham. Rachan yang melihat anak muridnya itu mengukirkan senyuman bangga. Dia bangga kerana dapat menjadi salah seorang daripada mereka walaupun hanya di sebalik tabir.

Timbul perasaan sedih dalam hatinya apabila melihat pelajarnya itu juga akan berhenti sekolah di situ memandangkan mereka semua telah habis peperiksaan SPM dan sekarang menunggu keputusannya pula.

...

OLIENPIECE 1: Wira Terakhir (Musim 1)Where stories live. Discover now