Bab 34: Bulatan Kenangan 5 (Hidup Baharu)

39 7 0
                                    

Di bumi, pukul 9.00 pagi.

LIAM membantu Putera Must memindahkan barang-barang ke dalam sebuah rumah. Dia telah membeli sebuah rumah agam di Bumi untuk dihuni oleh Putera Must. Mereka membayarnya dengan menggunakan emas dan berlian yang terdapat di Istana Raidez, Kastelhalia. Setiap emas dan berlian itu berharga melebihi 10 juta Ringgit Malaysia. Beberapa orang Bumi yang telah diupah turut mengemas rumah agam itu.

Must mengukirkan senyuman gembira. "Liam, apa nama tempat ini?"

"Bandar Bukit Berapi, Tuan Putera Must." Jawab Liam ringkas.

"Um, saya rasa awak tidak perlu panggil saya Putera Must lagi. Tempat ini bukan lagi Istana Kastelhalia."

"Tapi, hakikat yang Tuan Putera berasal dari sana tidak akan berubah. Lagipun, apa yang patut saya gelar Tuan Putera di sini?"

"Um...Muslim. Saya sukakan nama tu. Nama Pengurus Estet tempat ini ialah Muslim, kan. Saya akan gunakan nama itu di sini."

"Baik, Tuan Muslim."

"Muslim sahaja sudah cukup."

"Maaf Tuan Muslim. Saya tidak boleh melakukannya."

"Ah, saya lupa. Awak seorang yang degil."

"Maafkan kami, mana kami patut letak beg kami ya?" soal seorang perempuan dalam linkungan 40-an. Dia sedang memimpin seorang kanak-kanak perempuan berumur 11 tahun. Muslim kepelikkan.

"Siapa mereka Liam?"

"Mereka ialah orang gaji Tuan Pu...Tuan Muslim di sini, seperti dayang." Muslim mengangguk-angguk.

"Oh...Hai." balas Muslim dan menghulurkan tangan kepada perempuan itu atau Mak Cik Ena dan kemudian kepada anaknya, Elena.

"Puan boleh ke bilik hujung sana. Ia akan menjadi bilik Puan mulai hari ini." Balas Liam sambil menunjukkan bilik hujung kepada Ena. Ena mengangguk.

"Nama awak siapa? Saya Muslim. Adakah kita sebaya?" soal Muslim kepada Elena.

"Sa-saya Elena. 11 tahun."

"Ah, saya 12 tahun."

"Um, bai."

Elena membalas dengan ringkas dan terus berlari anak menuju ke arah ibunya yang sedang berlalu pergi ke bilik hujung yang ditunjukkan oleh Liam sebentar tadi. Muslim mengukirkan senyuman lebar apabila dia bakal memulakan hidup baharu di sini.

Di tempat di mana tiada sesiapa pun tahu akan asal-usulnya. Di mana tiada sesiapa pun tahu akan identitinya. Liam memandang senyuman Tuan Puteranya itu. Dia berjanji untuk melindungi senyuman itu.

...

ELENA sedang bersiap untuk ke sekolah. Dia memakai baju seragam Sekolah Rendah Bukit Berapi (SRBB). Muslim yang sedang menjamu selera melihat ke arah Elena dengan pakaian baju sekolah itu. Elena menarik kerusi dan ingin menjamu selera bersama-sama Muslim di meja makan. Muslim selalu mengajak semua pekerja mereka untuk makan bersama-sama. Dia menganggap mereka semua sebagai keluarga dan bukan hanya pekerja semata-mata.

"Awak ingin ke mana Elena?" soal Muslim ingin tahu.

"Sekolahlah. Tuan Muslim tak bersekolah ke?" soal Elena kembali.

"Panggil sahaja saya Muslim, saya tak kisah pun Elena."

"Mak akan mengamuk jika saya panggil nama Tuan begitu." Muslim terus mengerling ke arah Mak cik Ena. Ena menggelengkan kepalanya.

OLIENPIECE 1: Wira Terakhir (Musim 1)Where stories live. Discover now