...
Kampung Paku Pakis, Pukul 10 Malam.
ZULL, Ayuri dan Zalikha turun dari bas dan menuju ke pondok perhentian bas Kampung Paku Pakis. Ayuri duduk di atas kerusi pondok itu dan mengerling ke arah Zull.
"Zull, kita nak ke mana sebenarnya ni?" soal Ayuri malas. Dia mengipas dirinya dengan tangannya sendiri.
"Ha, jom." ajak Zull. Tadi dia membuka aplikasi google maps dan mula berjalan pergi.
"Aku baru duduk kut."
"Apa susah, bangunlah. Aku tahulah kau baru duduk, itu pun nak bagitahu aku ke."
"Ish! Kenapa tak cakap dari tadi. Tak perlu susah-susah aku nak duduk. Aku dah selesa duduk tahu tak."
"Ah, apa-apalah. Kalau kau nak duduk sangat, duduk aje situ."
Zull meneruskan perjalanan sambil matanya fokus melihat telefonnya. Ayuri mengecilkan bola matanya dan menghembuskan nafas berat. Dia bingkas bangun dan mula bergerak sambil menggelek beg bagasi berodanya di atas jalan raya bertar.
Zalikha ingin menarik beg itu. Namun, Ayuri menolak sekerasnya. Jika kerja yang dia sendiri mampu buat, dia akan buatnya sendiri. Itu ialah prinsip Ayuri kerana dia tidak ingin mengajar dirinya terlalu bergantung kepada orang lain. Zalikha mengikut Cik Mudanya dari belakang.
Setelah tiga minit berjalan, Zull berhenti di hadapan halaman rumah kayu yang bersambung dengan rumah batu. Zull mengetap bibirnya. Dia melihat gambar rumah yang diberikan oleh Ilyas melalui whatsapp tadi. Dia menuju ke arah rumah itu dan mula memberi salam. Ayuri dan Zalikha setia mengikut dari belakang.
"Assalamualaikum! Bedah, oh Bedah!" jerit Zull lantang.
Dia memanggil nama Bedah iaitu Ibu tiri Mina kuat. Zull mengetahui nama Bedah kerana Ilyas telah mesej kepadanya beberapa butiran mengenai keluarga kawan tunang Illyas tersebut.
"Bedah oi, ada orang datang ni Bedah! Bedah, cepatlah. Sejuklah dekat luar ni."
Zull memanggil nama Bedah sekali lagi. Dia memanggil nama Ibu Mina itu seperti kawan biasanya. Ayuri mengerutkan dahinya.
"Bedah tu siapa?"
"Ala, Bedah. Bedahlah. Ala, Bedah yang tu..."
Zull menggaru rambut afronya apabila cuba menjawab soalan daripada Ayuri.
"Yang tu, yang tu...! Yang mana ni? Kawan kau ke?"
"Bukanlah, aku tak kenal pun dia. Ini kali pertama aku datang sini." jawab Zull (18) bersahaja membuatkan Ayuri (25) menjatuhkan kerangka dagunya ke bawah.
"What? Kali pertama, dan kau panggil dia macam kawan. Kau ni tak tahu adab ke?"
"Eh, apa salahnya. Bedah tak marahlah."
Kemudian, tumpuan mereka beralih ke arah jendela rumah. Seseorang sedang membuka jendela kayu rumah itu. Seorang perempuan dalam linkungan lewat 20-an menjengukkan kepalanya ke luar jendela.
"Ya, ada apa ya?" soal seseorang itu atau Yati, kawan tunang Ilyas dan Kakak Tiri Mina.
"Ha, Assalamualaikum. Aku Zull. Kau mesti Yati kan, kan? Kakak tirinya Mina?"
Yati (28) membuat wajah risau. Sewaktu Zull menyebut nama Mina, Ayuri membeliakkan matanya.
"Mina??? Ini rumah lelaki jadian itu ke?" Ayuri berbisik di dalam hatinya. Dia memuncungkan mulutnya.
"Awak semua ni sebenarnya siapa?" soal Yati lagi dengan nada takut.
"Ala, kami kawan Minalah, Kak. Tak apa kan panggil Kak? Ke nak kena panggil Abang. Huhuhu."
YOU ARE READING
OLIENPIECE 1: Wira Terakhir (Musim 1)
FantasySepuluh batu permata Saphira telah jatuh ke bumi. Batu-batu itu telah memilih pemegang yang dirasakan layak untuk memiliki mereka. Sesiapa yang memiliki batu itu akan mempunyai kuasa. Dilan dan kawannya yang lain telah berjuang habis-habisan untuk m...