...
ZULL menaiki teksi untuk ke rumah Rizki. Dia mengambil roti di dalam begnya dan memakannya sebagai alas perut. Dia masih terkenang dengan perjumpaan tadi. Nasib baiklah Ayuri muncul, sekurang-kurangnya dia tahu dia tidak syok sendiri di bilik pengumuman pada pagi tadi. Nampaknya, anak-anak buahnya tidak menghormatinya sebagai KPS. Entah apalah yang dia patut lakukan untuk diterima oleh mereka.
Setelah 10 minit berlalu, Zull berhenti di suatu tempat dan mula keluar dari perut teksi itu. Dia berjalan untuk menuju ke destinasinya dan setelah 2 minit berjalan, barulah dia dapat melihat beberapa buah rumah dan kebanyakan rumah itu sangat mewah. Zull mencari sebuah banglo mewah berwarna putih dan kuning. Kemudian, dia ternampak seorang lelaki yang dikenalinya iaitu Rizki. Rizki sedang berbual dengan beberapa lelaki sebaya dengannya.
Zull terus bersembunyi di sebalik pokok bunga yang rendang dan lebat. Selepas beberapa minit berlalu, Rizki menaiki kereta mewah kawannya itu. Hilang sahaja kereta itu dari pandangan matanya, Zull berjalan ke rumah tersebut dengan senang hati. Namun, terdapat dua orang pengawal yang menjaga pintu pagar rumah tersebut. Tetapi, Zull tetap menghampiri mereka.
"Assalamualaikum, abang-abang." sapa Zull. Dua orang pengawal itu terus memandang ke arah Zull dan kemudiannya menjawab salam.
"Adik ni siapa?" soal salah seorang pengawal.
"Saya Zull. KPS SMBB. Nah!" Zull memberikan pas pelajar serta kad pengenalannya. "Saya satu sekolah dengan Tengku Rizki, jadi kitorang ni dah macam kawanlah. Haha!"
"Hm, jadi apa tujuan kamu ke mari? Kami tidak boleh benarkan sesiapa masuk tanpa kebenaran Tengku. Kamu ini boleh jadi wartawan yang cuba mengintip Tengku Fathia Syamimi, artis popular di Malaysia tika ini." ujar pengawal itu lagi.
"Tengku Fathia Syamimi? Siapa tu bang?"
"Tak payah pura-pura tak tahulah. Semua orang kenal dialah."
"Bukan semua oranglah tu kut sebab saya tak kenal dia. Betul, bang." Zull bercakap jujur, namun, kedua-dua pengawal itu memandangnya sinis.
Zull tersenyum kecil. "Macam nilah, boleh tak abang bagitahu Dato' dan Datin Seri yang kawan Rizki datang. Saya sebagai Ketua Pelajar Sekolah ada benda yang nak dibincangkan dengan ibu bapa Rizki." balas Zull.
Pengawal tadi melihat kawannya dan kawannya itu telah mengangguk. Pengawal itu memasang 'walkie talkie' dan bercakap dengan orang gaji yang berada di dalam rumah. Dua minit kemudian, barulah Zull dibenarkan masuk. Namun, sebelum Zull memasuki kawasan perkarangan rumah, kedua-dua pegawai itu memeriksa badan Zull dan menyimpan beg Zull dahulu kerana risau Zull membawa sesuatu yang membahayakan.
Menjadi Datuk Bandar di situ bukanlah mudah kerana bila-bila masa sahaja mereka boleh diserang dengan musuh yang mahu menjatuhkan Datuk Bandar. Hanya rumah Datuk Bandar sahaja yang dilengkapi dengan dua orang sekuriti. Rumah-rumah lain di situ, hanya dilengkapi dengan penggera dan pengawal utama yang menjaga pintu masuk kawasan perumahan.
Zull memasuki rumah itu dengan diiringi pengawal pertama. Setelah itu, dia berdiri di ruang tamu rumah Tengku Fendi Rafael, ayah Rizki. Pengawal tidak membenarkan Zull duduk sehingga diberitahu oleh Tengku Iftah, ibu Rizki. Tengku Iftah yang berada di dalam biliknya tadi, menuruni tangga dari tingkat dua ke tingkat bawah.
"Kamu nak jumpa saya?" soal Iftah. Zull yang sedang membelakangi Tengku Iftah tadi berpaling ke belakang untuk bersua muka dengan Iftah.
"Ya, sayalah yang nak jumpa Datin Sri. Saya Zull." sapa Zull selamba.
"Kenapa?" soal Iftah dengan wajah kerek dan melihat Zull dari atas ke bawah.
Zull yang melihat ekoran mata Iftah itu mula rasa tidak senang hati. "Saya KPS SMBBB untuk tahun ini. Mana suami Datin Sri?" soal Zull pula.
YOU ARE READING
OLIENPIECE 1: Wira Terakhir (Musim 1)
FantasySepuluh batu permata Saphira telah jatuh ke bumi. Batu-batu itu telah memilih pemegang yang dirasakan layak untuk memiliki mereka. Sesiapa yang memiliki batu itu akan mempunyai kuasa. Dilan dan kawannya yang lain telah berjuang habis-habisan untuk m...