Bab 39: Banduan yang bernama Amir

61 10 0
                                    

Tepat pukul 9.15 malam,

ZULL keluar dari perut teksi dan menuju ke pondok bas taman perumahannya. Dia duduk mencangkung di situ kerana sedang menunggu Liam. Kelmarin dia sudah berjanji untuk berjumpa dengan Liam semula kerana ada sesuatu yang dia mahu berikan kepada Liam. Dia baru sahaja balik dari restoren Ayuri. Setelah berjumpa Miss Broome di restoren Ikan Emas pada petang tadi, dia menyambung pekerjaan di restoren Ayuri semula.

Tidak lama selepas itu, sebuah kereta berhenti di hadapan tempat menunggu bas. Pada waktu itu, hanya Zull seorang yang sedang duduk di pondok bas. Zull terus bergerak ke arah kereta tersebut dan memasukinya.

"Assalamualaikum Liam." Sapa Zull.

"Waalaikumussalam Tuan Muda."

"Haih, Tuan Muda, Tuan Muda. Kau ni memang malas sangat nak korek telinga ke apa? Makin tua, makin pekak. Makin tua, makin degil." Zull menggelengkan kepalanya banyak kali. Liam sekadar mendengar.

"Saya minta maaf Tuan Muda."

"Diamlah."

"..............."

"Nah!" Zull menyerahkan dua plastik lutsinar berzip yang berisi beberapa helai rambut. Satu plastik rambut daripada Niel dan satu lagi daripada daripada Mazhe.

"Apa ni?"

"Rambut."

"Ha? Tuan Muda nak saya buat apa dengan rambut ni?"

"Kau kena sambungkannya dengan rambut kau. Aku nampak kau makin hari, makin botak. Aku takut berbogel terus kepala kau tu nanti. Jadi, aku cabutlah rambut Mazhe dan Nabil Daniel........secara paksa. Kau bolehlah gunakannya untuk tutup kepala kau yang dah berbogel tu."

"Tuan Muda..."

"Apa? Ah, okeylah. Aku nak kau buat ujian DNA ke atas kedua-dua sampel rambut tu. Aku syak Nabi Daniel anak kepada Mazhe sebab nama penuh dia Nabil Daniel bin Mazhe."

Liam mengetapkan bibirnya sendiri. "Tapi, mungkin ia hanyalah satu kebetulan."

"Aku akan tentukan sama ada ia hanyalah sekadar kebetulan atau tidak. Tugas kau adalah menghantarkan sampel ini ke makmal dan kemudian memberikan keputusan lengkapnya kepada aku. Lagi pun kan, aku ada nampak rantai yang dipakai oleh si Nabil Daniel ni sama seperti rantai yang dipakai oleh Elena, isteri Mazhe dahulu. Aku tahu sebab, Khairul Harris bin Naufal iaitu anak angkat Mazhe yang tunjukkan kepada aku gambar mereka sekeluarga."

"Nampaknya Tuan Muda sangat rapat dengan Khairul Harris."

"Um, mestilah. Aku dan dia kawan seperjuangan. Dia pemegang batu permata Kristal. Okeylah, itu aje aku nak cakap. Jumpa lagi nanti, Assalamualaikum." Zull terus keluar dari kereta Liam dan berlaku ke rumahnya.

Liam memandang kelibat Zull berjalan pergi dengan cermin pandang belakangnya. Dia menarik nafas panjang. Dia risau segala rahsia yang dia cuba simpan akan terbongkar nanti. Dia tidak mahu ia terbongkar. Entah apalah yang patut dia lakukan sedangkan dia tahu Zull bukannya jenis yang duduk diam. Zull ialah seorang yang licik dan manipulatif. Dia juga pernah menjadi seorang penyiasat yang genius semasa dia berumur 13 tahun.

Zull sudah hampir ke pagar rumah sewanya. Namun, belum sempat dia menyentuh pagar itu seseorang memanggilnya.

"Oi!" panggil seseorang itu. Zull terus berpaling. Dia terus membuat muka.

"Apa oi, oi!?"

"Huh, aku sudah siapkan penawarnya. Berikannya kepada Putera Hazel." Kata seseorang itu atau Miss Broome dengan malas sambil menyerahkan satu botol kaca yang kecil kepada Zull.

OLIENPIECE 1: Wira Terakhir (Musim 1)Where stories live. Discover now