... sambungan Bab 23

77 13 0
                                    

...

Di Kampung Padang, pukul 3.15 petang.

ZULL berjalan menuju ke sebuah gerai makan yang berhampiran pondok bas. Dia baru sahaja sampai di Kampung Padang sebentar tadi. Dia menaiki bas untuk ke kampung tersebut. Selepas waktu sekolah tadi, Zull terus menuju ke Bilik Pengawas Sekolah dan membuka fail Ridhuan Abu Bakar iaitu pelajar yang dia terserempak di hadapan kelas Tingkatan 3 Gred A+. Zull menghampiri seorang lelaki yang sedang minum air kopi di gerai terbabit.

"Assalamualaikum Pak Cik." sapa Zull mesra dan bersalaman dengan Pak Cik tersebut atau Pak Borhan.

"Waalaikumussalam."

"Uh, banyak makan Pak Cik. Ni hutang ke bayar ni Pak Cik. Sedap ke makanan di sini?"

"Eh, mestilah bayar. Tak pernah pulak nampak kamu di kampung ni. Kamu ni anak siapa?"

"Saya? Saya anak ayah saya. Pak Cik, saya Zull. Hehehe!"

"Uh, Pak Cik Borhan."

"Pak Borhan, saya sebenarnya nak tanya Pak Cik sesuatu ni."

"Pak Borhan kenal tak dengan Ridhuan? Ala, anak Abu Bakar. Takkanlah Pak Cik tak kenal. Orang kampung ni jugak. Apalah Pak Cik ni, kata penduduk kampung."

"Nantilah aku nak jawab dulu. Aku kenal-lah dengan Uan tu. Kenapa dengan dia?"

"Boleh saya tahu kehidupan dia macam mana? Lagi satu saya nak tahu dia duduk mana. Saya nak melawat dia. Ah, saya kawan dia Pak Cik. Hari ni dia kena denda sebab tak siap kerja sekolah. Tadi, masa sekolah, saya pergi tandas Pak Cik. Hari ni perut saya sakit sangat. Banyak pulak tu yang keluar. Lepas saya melepas, saya jumpa dua ketul 'penyapu' dekat sinki. Diorang sedang mengumpat pasal Ridhuan, Pak Cik! Sakitnya hati...Dia kata Ridhuan selalu tak siapkan kerja. Itulah yang saya nak tanya Pak Cik sebenarnya, kenapa sampai hari-hari dia tak siap kerja."

"Kamu ni memang suka cakap panjang-panjang ke? Pak Cik, Pak Cik tak sempat nak tangkap soalan kamu."

"La, soalan saya berlari ke tadi. Sorry Pak Cik, saya akan tanya slow slow pulak supaya Pak Cik boleh kejar soalan saya. Huhuh! Macam mana kehidupan Ridhuan?"

"Pak Cik panggil dia Uan aje. Kalau Zull nak tau, Uan duduk dengan Nenek dia dekat rumah warna kelabu. Uan ni, ditinggalkan oleh mak ayah dia lepas diorang bercerai. Tiada siapa nak jaga Uan. Jadi, Nenek dialah yang jaga dia selama ni. Mereka ni orang susah. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Nenek dia pula dah uzur, tak dapat nak kerja. Jadi, Uan ajelah yang kerja. Dia jual kuih setiap kali selepas sekolah. Balik petang sebelum Maghrib..."

"...Malam pulak gelap aje rumah diorang sebab diorang tak mampu bayar bil elektrik. Pakai lilin aje. Rasanya sebab itulah dia tak siapkan kerja sekolah. Dah banyak kali dah dia dapat amaran. Haritu, Guru Kelas dia panggil penjaga dia untuk bincang pasal Uan. Pak Ciklah yang pergi sebab Nenek dia sakit masa tu. Jadi, Pak Cik tahulah tentang masalah dia yang selalu tak siapkan kerja sekolah. Kasihan dia sebenarnya. Diorang adalah juga dapat bantuan RM 300 sebulan. Tapi, yalah kita ni dalam seminggu dah habis dalam 100, ini 300 sahaja dalam sebulan. Jadi, cukup-cukup makan sahajalah."

"Um...Pak Cik mana ya rumah Ridhuan?"

"Kamu jalan terus, lepas tu belok kanan. Kamu akan jumpa tiga buah rumah sebelum rumah dia. Warna rumah dia kelabu, dan rumah dia tu separuh siap aje. Kenapa?"

"Saya nak melawat dialah Pak Cik, tadi kan saya dah cakap."

"Tapi, dia tak ada. Nenek dia yang ada."

"Tak apa. Okeylah saya pergi dulu ya Pak Borhan. Terima kasih! Ha, jangan lupa bayar tu, jangan hutang pulak. Hutang sebelum ni dah bayar ke belum."

OLIENPIECE 1: Wira Terakhir (Musim 1)Where stories live. Discover now