Permulaan

1K 48 55
                                    

Prolog

OLIENPIECE

KAMPUNG HILANG ialah perkampungan yang didiami oleh penduduk yang agak miskin. Di tempat itu hanya terdapat TUJUH buah kampung. Semua kampung juga adalah sederhana. Tiada satu keluarga pun yang mampu untuk membeli beras yang banyak. Rata-rata mereka hanya dapat membeli sekampit beras 1 kilogram (kg) untuk sebulan. Mereka diibaratkan kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Dunia mereka tidak bernama.

Raisho seorang lelaki berumur 23 tahun sedang elok berbaring di atas bumbung rumah yang agak buruk. Dia seperti berfikir akan sesuatu. Kemudian mengambil keputusan untuk turun ke daratan.

Dia hanya perlu melompat untuk turun ke bawah memandangkan tinggi bumbung dengan daratan hanyalah 200 sentimeter (cm). Raisho berlari menuju ke bandar yang berhampiran. Dia berasal dari perkampungan Hilang. Mata Raisho tekun memandang manusia yang lalu-lalang. Dia seperti meliar mencari sesuatu dalam keramaian orang. Kemudian dia berhenti.

"Aku dah tak mampu dah nak beli beras bulan depan. Ayah aku tak dapat apa-apa tangkapan beberapa hari ni." keluh seorang perempuan kepada kawannya sambil berjalan melepasi Raisho.

"Samala dengan aku. Bilalah semua ni nak berubah. Tanaman pun dah lama tak berbuah. Haih." keluh rakan perempuannya pula.

"Okeylah, aku pulak dah lama tak makan ni. Ada makanan lebih tak?" soal Raisho.

Kedua-dua perempuan itu memandangnya pelik. Mereka kenal sangat Raisho. Remaja yang paling nakal di kampung ini. Dia juga merupakan anak yatim piatu dan duduk di hujung kampung serta di dalam sebuah pondok buruk. Mereka membuat muka jelik.

"Eh, kenapa buat muka macam tu? Sisa-sisa makanan pun aku terima. Ada tak?" soal Raisho lagi gembira.

"Raisho, mak dan ayah kami tak benarkan kami bercakap dengan orang asing." marah perempuan 1.

"Aku bukan orang asing. Aku pun penduduk kampung di sini." balas Raisho lagi.

Mereka membuat muka bosan dan terus berlalu pergi meninggalkan Raisho yang kelaparan. Raisho mengeluh. Dia meneruskan perjalanannya. Raisho ternampak sebuah gerai roti. Raisho menuju ke tempat itu.

"Hai Pak Cik, ada roti tamat tempoh lagi tak?" soal Raisho.

Pak cik penjual itu mendiamkan diri dan membuat wajah bengis. Dia langsung tidak memandang Raisho.

"Pak cik ni dah kenapa? Kenapa tak nak tengok saya yang hensem ni! Hehe." balas Raisho ketawa.

Pak cik itu mengambil sepotong roti dan membuang ke lantai. Raisho sedikit terkejut namun, tersenyum dan cuba mengambil roti itu. Saat dia mengambil roti itu, pak cik penjual tiba-tiba menjerit.

"Pencuri! Pencuri!" jerit Pak cik penjual. Raisho terkesima. Orang ramai yang lalu dis situ terus memukul Raisho.

"Sudah. Hentikannya!" jerit Kaemi, iaitu anak perempuan pak cik penjual itu atau namanya Kam. Kaemi mendapatkan Raisho.

"Kau tak apa-apa?" soal Kaemi.

Raisho mengerang kesakitan. Kemudian, Kam menarik lengan anaknya. Raisho dapat melihat mereka sedang bertingkah lidah. Orang ramai mula beransur. Raisho sekadar memerhatikan mereka dua beranak sedang bergaduh.

Kemudian, Kam memasuki rumah mereka dengan wajah bengis. Kaemi pula mula mengemas kedai mereka. Kemudian memandang Raisho. Dia mengambil bungkusan kertas dan memasukkan beberapa keping roti ke dalam. Dia kemudiannya menghampiri Raisho.

"Nah!" ujar Kaemi dengan nada kasar. Raisho mengambilnya. "Sebagai balasannya, tolong larikan aku dari tempat ni." sambung Kaemi.

Raisho membuat reaksi terkejut. Kaemi memasuki rumahnya. Raisho berjalan balik ke rumahnya dengan kesakitan. Semasa dalam perjalanan dia dapat mendengar ramai orang sedang heboh bercerita tentang cerita yang sama.

OLIENPIECE 1: Wira Terakhir (Musim 1)Where stories live. Discover now