...sambungan Bab 3

226 23 72
                                    

...

Pukul 7.45 malam, Sekolah Menengah Bukit Berapi (SMBB), Makmal Kimia Sekolah.

AYUMI hampir berputus-asa apabila sampel dari kek coklat tadi tidak menunjukkan sebarang mikroorganisma yang pelik. Dia membiarkan kaca slaid di atas 'mechanical stage'. Hampir berjam-jam dia membuat eksperimen yang sama.

Daripada langkah pertama sehinggalah terakhir. Dia membuat eksperimen untuk mengenalpasti bakteria menggunakan teknik steril. Kemudian, membuat eksperimen 'gram stains'. Eksperimen 'gram stains' ialah eksperimen untuk mengenalpasti mikroorganisma itu daripada gram positif atau negatif.

Dia sudah balik ke rumah sebentar tadi untuk makan dan membersihkan diri. Setelah selesai, dia menuju ke sekolah kembali. Itu pun secara sembunyi. Malam-malam begini, pengawal sekolah sudah tidak datang meronda-ronda kecuali pada pukul 10 malam untuk memastikan tiada sesiapa di sekolah dan mengunci pintu pagar.

Namun, kadang-kala tiada pengawal pun yang meronda-ronda pada pukul 10 itu kerana takut akan makhluk halus. Sekolah itu sudah lama. Jadi, banyak cerita-cerita sumbang yang telah tersebar di seluruh sekolah.

Malahan, sejak akhir-akhir ini khabar angin banyak tersebar mengatakan Makmal Kimia itu berhantu kerana kadang-kadang makmal itu bercahaya. Padahal, Ayumi sedang membuat eksperimennya.

Ayumi membiarkan slaid kaca di atas 'stage' dan mengambil buku Ter Kurse Of Scynes di dalam beg galasanya nya. Dia meletakkan baju kot di atas meja dan duduk di atas kerusi. Ayumi membelek bahagian 'Kandungan'. Dia membacanya dengan serius dan berhenti di satu tajuk yang menarik perhatiannya.

"Mayat Hidup?"

Ayumi membuat wajah pelik. Dia membelek mukasurat yang mempunyai bab tentang Mayat Hidup.

"Virus daripada pihak Raidez ini mampu menguasai badan seseorang yang terkena virus tersebut. Mereka yang digelar sebagai Mayat Hidup dapat menjangkiti sesiapa yang mereka sentuh. Jika Mayat Hidup ini tidak diberi penawar selama 24 jam, maka mereka akan berubah menjadi Mayat Hidup untuk selama-lamanya dan menjadi hamba abdi Raidez." Ayumi berhenti. Dia mengerutkan dahinya.

"Raidez? Siapa Raidez?"

"Virus ini akan bereaksi apabila berinteraksi dengan darah daging hos mereka. Petanda-petanda awal ialah wajah pucat, pening, batuk dan petanda akhir ialah sawan. Masa untuk perubahan mereka berbeza dengan setiap orang. Ada yang berubah dengan cepat dan ada yang berubah agak lama. Ia bergantung kepada tahap antibodi seseorang. Langkah-langkah untuk menghalang virus itu daripada memakan semua sel-sel manusia mereka ialah, pertama..." Ayumi bingkas bangun dan menuju ke arah mikroskop.

Sekarang baru dia tahu kenapa tiada apa-apa reaksi berlaku di dalam slaid itu. Ayumi mencari pisau di dalam makmal dan mensterilkannya. Dia menoreh ibu jari kirinya sedikit dan menitikkan darah di atas slaid sampel makanan tersebut. Kemudian, membuat eksperimen itu kembali.

Setelah selesai, dia meletakkan slaid di atas 'stage' dan mengapitnya dengan 'slide holder'. Ayumi mengejas imej kanta mata dengan memulas kedua-dua 'coaxial coarse' dan 'fine focus' agar imej mikroorganisma tampak lebih jelas. Setelah ia kelihatan jelas, Ayumi membeliakkan matanya.

"Ah...Aku patut baca buku tu daripada awal lagi. Penatnya."

Ayumi membuang sarung tangan getah dan mencari telefon bimbitnya di dalam beg. Dia cuba menelefon Yurina kerana ingin memberi amaran untuk tidak menyentuh Henna kerana Henna telah dijangkiti memandangkan Henna menyentuh Nik semasa rehat tadi. Yurina tidak mengangkat panggilannya. Ayumi mendecis. Dia menelefon Mina pula.

"Hello, Mina's speaking now." sapa Mina di hujung talian.

"Yurina tak balik dari hospital lagi ke?" soal Ayumi risau.

OLIENPIECE 1: Wira Terakhir (Musim 1)Where stories live. Discover now