...
MAZHE membuka matanya dengan perlahan-lahan. Dia sedang berada di dalam sebuah bilik yang agak sempit dan usang. Matanya meliar melihat keadaan tempat itu. Kemudian, seorang perempuan menuju ke arahnya dengan senyuman manis. Dia menatang semangkuk bubur dan duduk bersebelahan Mazhe.
"Kamu dah bangun ya. Baguslah..." tegur perempuan itu.
"Awak siapa?" soal Mazhe ingin tahu sambil cuba untuk duduk.
"Jangan paksa diri nanti semakin sakit kepala tu. Nama Mak Cik Churia, kamu boleh panggil mak cik, Mak Chu aje. Kamu dah dua hari tak sedarkan diri. Kami tidak dapat hubungi penjaga kamu semasa di hospital tu dan hospital pun dah cakap yang kamu boleh keluar. Jadi, Mak Chu dan suami Mak Chu bawalah kamu balik rumah kami ini. Walaupun, rumah ini buruk dan sempit. Maaflah jika kamu tak selesa. Mak Chu dah basuh baju kamu tu, dan kamu boleh pakai aje baju yang ada dalam bilik ni."
"Te-terima kasih Mak Chu."
"Sama-sama. Mak Chu nak tanya sesuatu boleh?" Mazhe hanya mengangguk.
"Kamu ada nombor keluarga kamu? Kami boleh tolong telefon."
"......."
Mazhe tidak pasti macam mana untuk dia menjawab soalan itu. Jadi, dia membuat keputusan untuk berdiam-diri untuk seketika. Mak Chu hanya menanti jawapannya.
"Sa-saya seorang diri."
"Ah, kamu anak yatim dan jalanan ke? Maaf Mak Chu tak tahu."
"......."
"Ka-kamu ada rumah. Maksud Mak Chu tempat tinggal yang..."
"Tak ada."
"Ah...Kamu ingin tinggal di sini dengan Mak Chu dan suami Mak Chu? Kami ada satu bilik kosong. Bilik ni. Ia milik arwah anak kami, rasanya dia mesti sebaya kamu sekarang ni. Umur kamu berapa?"
"17 tahun."
"Dia pun sepatutnya 17 tahun, tahun ni..." mata Mak Chu mula berkaca.
"Macam mana dia meninggal?"
"Kemalangan. Langgar lari. Benda tu berlaku tahun lepas. Mak Chu ada seorang aje anak, dialah. Tapi, tulah. Tuhan lebih sayangkan dia."
Air mata Mak Chu mula mengalir. Dia menyeka air mata itu dengan perlahan-lahan. Dia mula teringat akan arwah anaknya itu. Mazhe melihatnya dengan pandangan simpati.
"Maaflah, Mak Chu merapu pula. Mak Chu pergi ambil air sekejap ya..." kata Mak Chu cuba untuk berdiri.
Namun, Mazhe memegang lengannya dan telah menyebabkan Mak Chu berpaling ke arah Mazhe semula.
"Kalau Mak Chu ingin menangis, menangislah sepuasnya. Saya faham perasaan Mak Chu. Saya, sebenarnya saya ada mak dan ayah tapi ianya seolah-olah mereka tak pernah wujud. Mereka...[termenung] melempar saya jauh dari hidup mereka. Hanya Tuhan sahaja tahu perasaan marah yang membuak-buak dalam diri saya ni terhadap mereka. Padahal, sayalah satu-satunya anak kandung yang mereka ada."
Mak Chu menangis dengan semakin kuat. "Kenapa mereka buat begitu kepada kamu sedangkan mereka hanya ada seorang anak sahaja? Mak Chu tak akan layan anak Mak Chu seperti ini. Mak Chu akan tatang kamu seperti minyak yang penuh jika kamu ni anak Mak Chu."
Mak Chu memegang kedua-dua pipi Mazhe dengan tangisan yang tersedu-sedan. Mazhe merenung Mak Chu dengan pandangan sedih dan kecewa. Sudah lama dia memendam perasaannya itu. Baru hari ini dia dapat meluahkannya menjadi ayat kepada seseorang.
YOU ARE READING
OLIENPIECE 1: Wira Terakhir (Musim 1)
FantasySepuluh batu permata Saphira telah jatuh ke bumi. Batu-batu itu telah memilih pemegang yang dirasakan layak untuk memiliki mereka. Sesiapa yang memiliki batu itu akan mempunyai kuasa. Dilan dan kawannya yang lain telah berjuang habis-habisan untuk m...