RAJA Merak menutup buku Sejarah Lama Olienpiece dan kemudian memandang dinding dengan pandangan kosong. Raja Merak merupakan cucu almarhum Tuanku Raisho. Umurnya sudah mencecah hampir 290 tahun. Dia tidak pernah keluar dari biliknya semenjak dia meletak jawatan sebagai Tuanku Tertinggi.
Kini, dia hanya terperap di dalam biliknya sendiri dan hanya mendengar khabar daripada dunia luar dengan menggunakan mobilika. Dia berada di sayap selatan Istana Kastelhike, Istana Tertinggi Olienpiece.
Cucunya iaitu Tuanku Ozzette kini menjadi pemerintah terbaharu menggantikan anaknya, almarhum Tuanku Mari. Anaknya itu telah meninggal dunia pada usia 50 tahun iaitu hampir 100 tahun yang lalu. Namun, dia masih hidup dan bernafas.
Seolah-olah hidupnya telah disumpah. Seolah-olah 'hidup' sedang mengatur sesuatu di hadapan perjalanan kehidupannya itu. Namun, dia tidak tahu. Dia tidak tahu percaturan Tuhan. Selepas dia melepaskan Takhta Tertinggi Olienpiece, dia hidup di dalam penyesalan yang tidak berpenghujung. Dosanya yang lampau sentiasa menghantuinya.
Dia mempunyai kembar. Kembar tidak seiras yang bernama Raja Mar. Kembarnya itu merupakan anak kebanggaan ayahnya, Tuanku Rai pada 270 tahun yang LEPAS. Membaca Sejarah Lama Olienpiece itu telah membuka memorinya pada ZAMAN itu.
Pada zaman kejahilan dan kejahatannya berkecambah. Seperti sebutir biji buah baru berkecambah dan membesar menjadi sebuah pokok buah yang lebat. Begitulah juga kejahatannya tumbuh mekar di dalam hatinya pada SUATU masa dahulu.
.
.
.
[Imbas Kembali]
Pada 270 tahun yang lalu, Istana Kastelhike, Olienpiece.
PUTERA Mar (21) sedang mengadap di hadapan ayahnya, Tuanku Rai. Putera Mar baru sahaja balik daripada mengetuai sebuah misi keamanan di salah satu kerajaan naungan Olienpiece, Kerajaan Agre De Leannex. Dua buah puak terbesar di kerajaan itu berpecah dan hampir berperang sesama sendiri.
Namun, dengan kebijaksanaan dan ketangkasan Putera Mar, suatu Perjanjian Kedamaian telah tercapai. Putera Mar sememangnya anak kebanggaan Tuanku Rai. Tuanku Rai merupakan anak kepada almarhum TUANKU RAISHO, iaitu pengasas dimensi Olienpiece.
"Anakanda mahukan sesuatu ke? Ayahanda boleh berikannya." Ujar Tuanku Rai dengan senyuman lebar. Mereka bertiga termasuklah Putera Merak sedang berbual-bual di dalam bilik santai istana.
"Anakanda tidak mahukan apa-apa ayahanda." Balas Mar dengan tenang.
"Anakanda mahukan rumah istana anakanda sendiri." Celah Merak pula.
"Ayahanda tidak tanya anakanda Merak. Ayahanda sedang bercakap dengan kekanda Mar kamu ini."
"Ala, tak adil-lah kalau macam tu. Ayahanda memang selalu lebihkan kekanda Mar." Merak mencebik (21).
"Merajuklah tu. Ayahanda boleh kabulkan permintaan Putera Merak, itu permintaan anakanda." Mar tersenyum nipis ke arah adik kembarnya yang sudah bermuncung mulut.
"Anakanda ini terlampau manjakan Putera Merak." Rai menggelengkan kepalanya apabila Mar terlalu berlembut dengan Merak.
"Ayahanda cemburulah tu. Terima kasih kekanda Mar."
"Sama-sama."
Merak kemudiannya menjamu makanan ringan yang dihidangkan oleh dayang di atas meja kecil di atas lantai. Dia tidak mahu mencelah perbualan antara abang kembarnya dan ayahnya lagi.
YOU ARE READING
OLIENPIECE 1: Wira Terakhir (Musim 1)
FantasySepuluh batu permata Saphira telah jatuh ke bumi. Batu-batu itu telah memilih pemegang yang dirasakan layak untuk memiliki mereka. Sesiapa yang memiliki batu itu akan mempunyai kuasa. Dilan dan kawannya yang lain telah berjuang habis-habisan untuk m...