PROF Rachan memandang wajah seluruh ahli Night Stalkers dengan tajam dan kemudian menongkat dagu. Mereka semua sedang berkumpul di ruang tamu rumah Night Stalkers. Yurina yang telah memanggil Prof Rachan ke sini memandangkan mereka tidak dapat ke makmal milik Khai kerana keadaan Mina yang baru sahaja tersedar dari pengsan.
"Jadi, boleh Prof beritahu kami pasal kejadian yang pernah berlaku di sini? Kami minta maaf sebab tidak dapat hadir tempoh hari. Memandangkan hari ini cuti dan Prof pun tidak ada kerja, jadi eloklah kita berbincang mengenai batu permata ini, kan." kata Yurina sebagai pembuka bicara.
Rachan mengangguk-angguk. "Boleh. Apa yang kamu ingin tanya?"
Yurina memandang semua ahli perjuangannya termasuklah Ayumi. Namun, Ayumi hanya merengus dan memandang ke arah lain.
"Segala-gala perkara yang kami perlu tahu." celah Mina sambil mengurut kakinya yang terasa sakit.
"Tapi, saya tidak tahu harus bermula di mana. Ada baiknya jika kamu menanyakan soalan dan saya menjawabnya dengan lebih spesifik."
"Aduh, Yurina kau nak tanya pasal apa. Cepat tanya. Kaki aku sakit ni, otak aku tak dapat berfungsi dengan baik."
"Apa kena mengena sakit kaki dengan otak?" sampuk Tina dengan memuncungkan mulutnya.
"La, takkanlah kau tak tahu. Bawah kulit aku ni ada saraf sakit. Kalau aku terkena benda tajam dekat kulit aku ni, benda tu dipanggil sebagai stimulus. Selepas itu ia dihantar ke otak, dan otak bertindak dengan memberi rasa sakit. Ish, kau ni. Bab organ dan sistem ni kita belajar semasa di tingkatan 4. Apa kau ni. Mesti kau tidur masa bab ni, kan. Bab reproductive organ kau mesti suka kan." Sindir Mina.
"Mana adalah..."
"Eleh, semua dak-dak gatal macam kau ni mesti suka bab macam ni. Macamlah aku tak tahu. Kalau macam tu, aku nak tanya kau, organ apakah yang paling besar dalam badan manusia?"
Mina bercakap dengan bangga sambil mengenyitkan matanya. Yurina menggelengkan kepalanya dan menarik nafas panjang.
"Um..... Usus. Usus paling besar."
"Salah, organ paling besar ialah kulit. Hahahaha! Aku dah agak dah kau tak akan dapat jawab."
"Ini ke kau kata suatu perbincangan, hah!? Tak pernah nak serius kan korang semua ni." marah Ayumi dan menjeling Mina tajam. Mina membuat wajah tidak berpuas hati.
"Yalah, yalah. Silakanlah bertanya kalau kau gian sangat nak tanya. Aku tak halang."
"Mina, kita semua patut fokus dalam hal ini. Aku tak nak kejadian seperti tadi berlaku lagi ke atas kita. Musuh kita semakin hari semakin kuat. Tetapi, kita masih ditakuk lama. Kita patut keluar dari zon selesa dan aku rasa inilah masanya." nasihat Yurina lembut.
"Orang penakut macam kau dan Tina ni tak mungkin akan faham situasi kita sekarang ini." marah Ayumi lagi.
"Ya, kami ni penakut. Serius, aku sendiri tak faham kenapa batu ni pilih aku. Aku penakut dan tak berguna dalam kumpulan ini seperti yang kau cakap. Aku juga tak faham kenapa aku kena bergadai nyawa untuk ini. Kalau ikutkan hati aku, aku ingin tinggalkan semua ini dan menjalani hidup seperti manusia biasa. Kawan-kawan se-universiti dengan aku, rata-ratanya telah bekerja bagus-bagus..."
"...Aku? Aku masih di sini. Entah berapa lama lagi aku akan terperangkap di sini. Dan kau, kau bukannya buat semua ini untuk melindungi manusia di sini tetapi untuk membuktikan kau lebih hebat daripada kami. Bukannya aku tak tahu apa yang kau fikirkan selama ini." bebel Mina panjang dan serius.
YOU ARE READING
OLIENPIECE 1: Wira Terakhir (Musim 1)
FantasySepuluh batu permata Saphira telah jatuh ke bumi. Batu-batu itu telah memilih pemegang yang dirasakan layak untuk memiliki mereka. Sesiapa yang memiliki batu itu akan mempunyai kuasa. Dilan dan kawannya yang lain telah berjuang habis-habisan untuk m...