...sambungan Bab 42

40 7 0
                                    

...

ZULL ralit memandang pemandangan di luar kereta. Sekarang ini, Liam sedang menghantarnya pula ke rumah. Sebentar tadi, Liam menghantar Aiman, Asiah dan Harun ke rumahnya dahulu. Mereka akan tinggal di rumhanya untuk sementara. Ada ketikanya, Liam memandang ke arah Tuan Mudanya walau pun dia sedang memandu.

"Tuan Muda okey?" soalnya selepas lama berdiam-diri.

"Hmmm. Kenapa tanya?"

"Tuan Zull banyak diam. Ini tak macam Tuan."

"Aku diam salah, aku cakap banyak sangat salah. Kau nak apa sebenarnya? Aku tengah berfikir ni."

"Pasal apa Tuan?"

"Pasal kau, Pak Cik Muslim dan batu permata Saphira Naga Api." Liam terus tersentap dan akhirnya mendiamkan dirinya tanpa mengerling ke arah Zull lagi.

"Aih, senyap pulak. Kenapa pak cik pulak yang senyap. Pak Cik tahu, kalau ada sesuatu yang saya perlu tahu, pak cik perlu beritahu saya sekarang sebab kalau saya tahu dari orang lain, saya akan membebel kepada pak cik sampailah telinga pak cik give-up dengan pak cik. Hahahaha! Dah berhenti dekat sini je. Aku boleh jalan kaki ke rumah."

Liam memberhentikan kereta di tempat perhentian bas. Zull selalu menyuruh Liam berhenti di sana kerana dia tidak mahu kereta Liam dilihat oleh orang lain. Kalau boleh dia tidak mahu mereka mengetahui tentang Liam. Gerak hatinya memberitahunya bahawa orang lain tidak boleh tahu hubungannya dengan Liam, buat masa sekarang. Jadi, buat masa ini dia mahu mengikut gerak hatinya dahulu.

Zull keluar dari rumah itu dan mendekati pagar rumahnya. Saat dia cuba membuka pintu pagar, pagar rumah sebelahnya terbuka dan dia dapat melihat kelibat jirannya keluar dari situ. Orang pertama yang keluar dari pagar rumah itu terkejut apabila melihat Zull yang sedang berdiri di depan pagar rumah.

"Zull?" Tina menelan air liurnya.

"Cari Dilan? Dilan tak ada."

"Dia pergi mana?"

"Pergi ke dalam hati aku, siah siah siah! Hahahaha!" Zull galak ketawa seorang diri.

"Cia, cia, cialah! Bukan Siah!" tegur Mina dari belakang Tina. Dia orang kedua yang keluar dari pintu pagar itu.

"Hmmm, tak sporting la kau ni....korang nak pergi mana? Beramai-ramai macam ni, ada kenduri ke?" soal Zull pula apabila melihat Ayumi, Yurina dan Henna turut keluar.

"Berlatih." Jawab Tina selamba.

"Tina..." Yurina terus berbisik kepada Tina kerana tidak mahu Tina membocorkan rahsia mereka untuk berlatih kuasa di hutan simpan.

"Oh...Okey, pergilah! jangan pijak bekalan oksigen aku je. Korang pijak, aku bakar rumah korang. Assalamualaikum." Zull memasuki rumah itu dengan senyuman lebar.

Yurina, Henna dan Mina terkebil-kebil. "Nasib baik dia tak syak apa-apa. Tina, janganlah berterus-terang sangat." Tegur Yurina.

"Ehehehehehehe...Okey, maaf." Tina tersengih-sengih. Sebenarnya, Zull telah pun tahu mereka adalah NS (rujuk Bab 15). Tetapi, Tina tidak dapat memberitahu ahlinya yang lain kerana risau Ayumi mengamuk dan memarahinya.

"Tapi, pelik pulak dia tak tanya banyak, budak mereng tu selalunya suka menyibuk hal orang." Mina mengerutkan dahinya tanda berfikir.

Yurina mengangguk tanda mengeyakannya, "Kan, macam pelik pun ada. Agaknya dia tak terfikir nak tanyalah kut, tak pun kejar masa. Yalah, dia tu selalu cakap..."

OLIENPIECE 1: Wira Terakhir (Musim 1)Where stories live. Discover now