Di Kastelhalia (Istana Raidez), dalam Bilik Mesyuarat [Dimensi Olienpiece]
DALAM Bilik Mesyuarat itu terdapat sebuah meja bulat yang besar dan berbentuk U. Bilik itu digunakan untuk melaporkan dan membincang sesuatu yang penting. Seorang perempuan dalam linkungan 40-an sedang melutut.
"Macamana dengan rancangan kita di Bumi?" soal seorang lelaki berusia 21 tahun. Orang bawahan memanggilnya Putera Aloisse.
Perempuan yang melutut tadi membuka mulutnya. "Maaf Tuan Putera. Patik ada berita yang mengejutkan." jawab perempuan itu.
"Kamu boleh berdiri, MB. Apakah berita yang mengejutkan itu. Beta tertarik untuk mendengarnya." arah Aloisse lembut.
Bibirnya tidak pernah lekang dengan senyuman. MB bermaksud Mejar Broome dan merupakan gelaran dan pangkat perempuan itu di Kastelhalia.
"Pahlawan Pelindung telah muncul kembali seperti yang dicakapkan oleh salah seorang raksasa yang Patik hantar sebelum ini. Semalam Patik telah menyebarkan virus di bumi untuk melihat ia sahih atau tidak. Namun, nampaknya ia benar. Pahlawan Pelindung itu telah menyelamatkan mangsa kita."
Aloisse tersenyum. Pahlawan Pelindung itu ialah 'Night Stalkers'. Di dimensi Olienpiece mereka dikenali sebagai Pahlawan Pelindung.
"Mereka mengganggu rancangan kita lagi seperti 26 tahun yang lalu. Oh, macamana dengan Pahlawan Pedang? Naga Ais dan Naga Api?"
"Mereka belum muncul lagi, Tuan Putera." balas MB. Aloisse tergelak besar.
"Mereka masih tidak menemui pemegang baharu barangkali. Tak apalah, anggap sahaja tak ada rezeki kita untuk menambahkan hamba abadi baharu semalam. Beta nak kamu terus menyebarkan virus di Bumi. Sekiranya, Naga Api dan Naga Ais muncul, kamu laporkannya kembali pada Beta. Saya tak sabar ingin 'berkenalan' dengan mereka. Kamu boleh keluar sekarang."
"Baik Tuan Putera."
MB mengundurkan diri dan keluar dari bilik itu. Dia sudah bersiap-sedia dengan virus yang baharu. Aloisse masih lagi berada di dalam bilik itu. Dia sedang membaca sesuatu. Kemudian, seseorang memasuki bilik itu sambil menguap. Aloisse memandang wajah seseorang itu sambil tergelak kecil.
"Pak Cik kalau mengantuk, pergilah tidur." ujar Aloisse dan dia menyambung membaca buku itu kembali.
"Tuan Putera, maafkan patik. Patik ingatkan tempat ini tiada orang." jawab Komander Raphinarde yang merupakan Pak Cik Aloisse. Komander Raphinarde ialah adik arwah isteri Raja Zach, iaitu ayah Aloisse.
"Pak Cik ini bukannya tempat untuk Pak Cik tidur dan tak perlu formal sangat dengan saya kalau bukannya dalam acara rasmi."
"Um, aaahh. Patik ingin ke bilik dan sambung tidur." Raphinarde cuba keluar namun, dipanggil Aloisse.
"Pak Cik tak ada kerja ke? Takkan seharian tidur? Ayahanda tak bagi Pak Cik apa-apa tugasan?" soal Aloisse sambil memandang Raphinarde pelik.
Raphinarde menggelengkan kepalanya. Raja Zach iaitu pemerintah Raidez sekarang sangat jarang memberikan Raphinarde tugasan kerana Raphinarde selalu tertidur semasa melakukannya. Tambahan lagi, jika tugasan itu tugasan bertulis. Namun, sekiranya tugasan itu memerlukan Raphinarde berlawan, dia akan memberinya kepada Raphinarde. Hal ini kerana, dia tahu Raphinarde sangat serius jika berlawan.
"Tak apalah kalau macam tu." sambung Aloisse lagi. Raphinarde mendekati anak saudaranya itu.
"Kamu sudah fikirkan tawaran Pak Cik?" duga Raphinarde dan tidak bercakap secara formal lagi dengan Aloisse.
Aloisse berhenti membaca. Dia menggigit bibirnya kemudian mengangguk perlahan. Raphinarde tiba-tiba bersemangat.
"Jadi, apa jawapan kamu?"
YOU ARE READING
OLIENPIECE 1: Wira Terakhir (Musim 1)
FantasiSepuluh batu permata Saphira telah jatuh ke bumi. Batu-batu itu telah memilih pemegang yang dirasakan layak untuk memiliki mereka. Sesiapa yang memiliki batu itu akan mempunyai kuasa. Dilan dan kawannya yang lain telah berjuang habis-habisan untuk m...