Enam bulan kemudian,
SANGKAAN Mazhe selama ini adalah betul. Raidez telah tertarik dengan Bumi dan ingin menambahkan hamba abadi mereka dalam kalangan manusia di Bumi. Dia bersyukur yang dia telah membuat keputusan yang betul untuk melihat keadaan di Bumi lebih lama dan membiarkan batu-batu itu digunakan oleh kawan-kawan sekolahnya.
Semakin hari, hubungan mereka semakin rapat. Mazhe juga mula merasai suatu ikatan yang istimewa bersama-sama ahli Army dan Guardiana. Lagi-lagi dengan Adam selaku kawan meja sebelahnya dan bakal menjadi kawan baiknya di Bumi.
"Jadi, kau sudah fikirkan bila nak hantar batu-batu ini kepada ayah kau?" soal Adam kepada Mazhe.
Adam, Mazhe, Fattah, Zamani, Muslim dan Firas sedang menelaah pelajaran di sebuah perpustakaan awam. Hari itu merupakan hari cuti dan mereka keluar bersama-sama untuk membuat study group. Minggu depan peperiksaan percubaan SPM akan berlangsung.
Mazhe mendiamkan dirinya buat seketika. Kemudian, memandang ke arah Adam. Fattah, Zamani serta Firas turut melihat ke arah Mazhe kerana menanti jawapan kawannya itu. Muslim sekadar mendengar.
"Apa yang korang akan lakukan selepas aku hantar batu-batu itu kembali?"
"Tanam anggur." Balas Zamani selamba.
"Tumbuh ke masalahnya?" bidas Fattah selaku kawan baik Zamani.
"Aku letak air-cond la depan rumah aku tu. Apa barang tanam tempat panas-panas, mana hidup."
"Baik kau tanam strawberi terus kalau macam tu." Fattah menggelengkan kepalanya.
"Then, kau boleh buat ladang anggur dan strawberi dan menjadi perusahaan terbesar di sini seperti Cameron Highland. Orang kita tak perlu ke Cameron Highland lagi kalau setakat nak tengok ladang strawberi." Sindir Muslim dan tergelak kecil.
"Mus, ada sesiapa pernah ajar kau tak untuk tidak sindir orang macam ni. Terasa aku tahu korang memperkecilkan cita-cita aku!" Zamani beriak kecewa walaupun dia hanya berseloroh.
"Mana ada Doe." sangkal Muslim cepat.
"Dah, dah orang tengah serius ni. Korang tengoklah wajah Mazhe sekarang ni. Bukan main serius lagi riak wajah dia tu. Boleh pula korang main-main." tegur Adam dan menggelengkan kepalanya.
Jika di dalam Guardiana, Mimi Nazira merupakan ketua mereka, di dalam Army pula ketua mereka ialah Adam.
"Sorry bro. Kau tanya soalan yang aku sendiri pun tak faham dan tak tahu nak jawab macam mana. Kasihan si Mazhe ni. Berkerut seribu sebab soalan kau tak munasabah." Zamani mula serius.
"Aku sebenarnya tak tahu bila masa yang sesuai untuk aku bawa balik batu-batu tu. Jika aku bawa balik sekarang, macam mana pula jika Raidez menyerang dan aku tidak dapat yakinkan Tuanku tentang keadaan di Bumi dalam masa terdekat. Nanti Bumi dalam bahaya." Jawab Mazhe dengan berhati-hati.
"Aku ada satu jawapan untuk kau fikir-fikirkan." Celah Muslim. Semua memandang ke arahnya.
"Apa Mus?" gesa Adam ingin tahu.
"Buat sementara ini biarlah batu-batu ni berada dalam tangan kami dahulu. Selepas Raidez berputus-asa untuk serang Bumi kerana adanya kami, waktu itu... Apabila waktu itu tiba barulah kau boleh bawanya balik. Dan, hanya satu cara sahaja untuk buat rancangan ini berjaya. Kita kena jadi LEBIH KUAT berbanding sekarang. Tunjukkan kepada mereka kekuatan kita dan kemampuan manusia di Bumi..."
YOU ARE READING
OLIENPIECE 1: Wira Terakhir (Musim 1)
FantasySepuluh batu permata Saphira telah jatuh ke bumi. Batu-batu itu telah memilih pemegang yang dirasakan layak untuk memiliki mereka. Sesiapa yang memiliki batu itu akan mempunyai kuasa. Dilan dan kawannya yang lain telah berjuang habis-habisan untuk m...