ZULL berdiri di hadapan pagar rumah Harun. Dia menekan loceng dan menunggu di situ sehinggalah pintu pagar terbuka. Kelihatan Suria sedang menghampiri pagar itu. Apabila dia melihat wajah Zull, dia membuat wajah ketat.
"Kau buat apa dekat sini? Kami dah beritahu kawan-kawan kau yang lain yang kami sudah menyesal. Lagi pun, Harun tu anak kami, jadi kami lebih berhak ke atas dia."
"Aku tahu, Dilan ada beritahu. Aku cuma nak melawat dia sebab rindu. Aku tak ada masa korang bawa dia pergi tadi."
"Jadi?"
"Aku nak ucapkan selamat tinggal dekat dialah."
"Okey, aku boleh sampaikannya kepada dia."
"Aku nak beritahu dia sendiri."
"Oh ya? Kenapa aku perlu ikut cakap kau?"
"Sebab kalau kau berlagak mencurigakan macam ni, memang aku akan mencurigai koranglah. Aku hanya nak ucapkan selamat tinggal, mengikut undang-undang yang kau praktikkan, adakah ia suatu kesalahan? Adakah ia suatu ancaman? Ia sebenarnya akan jadi ancaman, tapi pada kau." Zull menyindir Suria dengan senyuman sinis.
Suria kegeraman, tetapi dia tidak boleh menunjukkannya kepada Zull. Petang tadi, sewaktu mengambil Harun di rumah sewa mereka, Suria dan Amin (ayah Harun) boleh berlakon sudah berubah, tetapi entah kenapa dia tidak boleh melakukan perkara yang sama di hadapan Zull. Ianya seolah-olahnya dirinya dapat rasakan ia tidak akan berjaya dengan Zull dan Zull boleh melihat dirinya yang sebenar menerusi mata dan terus ke hatinya.
Suria membuka pintu pagar kerana tidak mahu melengahkan masa lagi. Zull akan semakin meraguinya jika dia menolak permintaan itu. Oleh itu, Zull memasuki kawasan perumahan mereka apabila pintu pagar terbuka.
"Masuklah." Ajak Suria.
"Buat macam rumah sendiri?" soal Zull dengan senyuman lebar.
"Tak! Untuk kau, tidak."
"Okey." Setelah itu, Zull memasukinya dengan senang hati.
Apabila dia menapak di depan pintu, dia terus bersorak, "Assalamualaikum! Hai Amir! Kau tengah buat apa?"
"Kau ke?" Amin membuat wajah tidak berminat dan membuat kerja seperti biasa.
"Boleh aku jumpa Harun?"
"Untuk apa?"
"Ucapkan selamat tinggal."
Amin merenung mata Zull tajam sebelum mula menjerit. "Harun! Kawan datang ni! Turunlah!"
Tidak lama setelah itu, Harun kelihatan sedang menuruni tangga rumahnya. "Abang Zull?" panggil Harun dan terus tersenyum. Dia mendekati Zull dan memeluknya.
"Ei, apa peluk-peluk ni." Zull meronta-ronta dalam pelukkan Harun.
"Apa abang buat dekat sini?"
"Saja. Kau okey? Diorang ada apa-apakan kau?"
"Tak." Balas Harun dan terus melarikan lirikkan matanya daripada penglihatan Zull yang cuba mengekorinya.
"Kami dah cakap, kami sudah berubah. Kan, Harun?" celah ibunya Suria sambil merangkul bahu Harun dari belah tangan kanannya.
Zull sekadar mengangguk ringan. "Aku datang sini sebab nak ambik pen aku balik."
YOU ARE READING
OLIENPIECE 1: Wira Terakhir (Musim 1)
FantasySepuluh batu permata Saphira telah jatuh ke bumi. Batu-batu itu telah memilih pemegang yang dirasakan layak untuk memiliki mereka. Sesiapa yang memiliki batu itu akan mempunyai kuasa. Dilan dan kawannya yang lain telah berjuang habis-habisan untuk m...