...sambungan Bab 51

33 10 2
                                    

...

ZULL berhenti di luar pagar sebuah rumah dan melihat ke arah skrin telefonnya kerana mahu memastikan dia berada di rumah yang betul. Setelah pasti, Zull memberikan salam dengan laungan yang kuat.

"Assalamualaikum." jeritnya. Beberapa saat kemudian wanita di pertengahan umur keluar dan menuju ke pagar. Dia tersenyum ke arah Zull yang memakai baju seragam lelaki sekolah anaknya, tetapi baju itu berwarna hitam.

"Waalaikumussalam. Adik ni siapa?" soal Tijah, 48 tahun.

"Saya Zull, Ketua Pelajar Sekolah di SMBB. Gina ada?" soal Zull tersenyum. Tijah turut tersenyum dan menggelengkan kepalanya.

"Gina kata dia ada kelas tuisyen sekolah. Pukul 4 baru balik, sekarang ni dia tak sampai lagi, tunggu bas lagi dekat sekolah rasanya. Kenapa? Ada sesuatu yang terjadi kepada anak saya ke."

Zull diam seketika. Dia tidak nampak kelibat Gina pun di tempat perhentian bas di sekolah tadi. "Tak, tak ada apa-apa yang berlaku kepada dia. Gina selalu pergi sekolah ke?" soal Zull. Tijah menganggguk.

"Sudah tentu. Dia paling teruja nak pergi sekolah. Tak pernah tinggalkan sekolah." jelas Tijah.

"Oh." Zull berfikir seketika. "Puan ada dapat apa-apa panggilan daripada sekolah ke sebelum ni?" soal Zull kerana setahu dia, pihak sekolah pernah menelefon penjaga Gina pada sebelum ini memandangkan Gina selalu ponteng sekolah.

"Tak ada pula, kenapa? Memang ada sesuatu yang berlaku kepada anak saya ke?" wajah Tijah mula cuak.

Zull terus menggelengkan kepalanya. Sah Gina tidak pernah memberitahu ibu bapanya tentang perkara ini dan Gina mungkin telah menulis nombor telefonnya sendiri di ruangan penjaga. Kemudian, dia memerhatikan kawasan rumah Gina itu. Mak Gina pula berpaling ke dalam rumahnya kerana anak bongsunya sedang menangis.

"Puan ada anak kecil ke?"

"Ah, ya. Baru setahun."

"Anak kedua? Maksudnya, jarak umur dia dan Gina agak jauhlah."

"Nampaknya macam tulah."

"Puan nak tengok anak Puan dulu pun tak apa, saya boleh tunggu di luar ni."

"...Um, kejap ya." Tijah pamit dan memasuki rumahnya semula. Zull sekadar mengangguk.

"Bersih dan kemas rumah ni. Mak Gina ni mesti rajin kemas kawasan rumah. Nampaknya ekonomi keluarga dia sederhana. Tapi, kenapa Gina menipu mak dia ya? Tak faham aku." getus hati Zull.

Namun, setelah itu dia dapat mendengar tapak kaki manusia semakin mendekat. Maka, dia terus berpaling ke arah orang itu. Dia dapat melihat Gina sedang berjalan menuju ke arah rumahnya dengan menundukkan kepala. Zull tidak dapat melihat reaksi Gina dengan jelas memandangkan kepala Gina menunduk ke bawah.

"Dah balik?" sapa Zull dengan senyuman nipis.

Gina terus mengangkat kepalanya. Dia sedikit cuak apabila melihat Zull berdiri di luar pagar rumahnya. Dia kenal Zull, tetapi Zull tidak mengenalinya. Dia mengenali Zull kerana Zull adalah Ketua Pelajar Sekolah serta Ketua Pengawas Sekolah dan selalu berucap semasa perhimpunan pagi Ahad. Apa yang KPS buat di depan rumahnya? Tidak pernah lagi seseorang dari sekolah ke rumahnya. Adakah ini mengenai kehadirannya di sekolah. Alamak! Apa yang dia harus katakan kepada Zull? Zull memberikan senyuman lebar kepadanya. Namun, tekak Gina tiba-tiba rasa loya dan seperti ingin muntah.

Disebabkan itu, Zull terus memasamkan mukanya. Sebenarnya, dia memang agak 'susah' semasa memakai penyamaran ini. Kesusahan itu adalah kerana manusia melayannya seperti makhluk asing daripada planet lain disebabkan rupa itu. Dia juga mendapat layanan berbeza semasa menjadi Zull. Dia mengetahui perbezaannya kerana semasa menjadi Almi, kadang-kadang dia mendapat layanan yang agak baik dari kaum perempuan. Tetapi, Zull...Ugh! Zull mengeluh. Namun, dia sukakannya. Dia suka apabila lelaki atau perempuan tidak melayan atau mengganggunya. Semasa menjadi Almi, dia pernah juga dikacau oleh kedua-dua kaum. Terutama sekali kaum wanita yang lebih tua darinya. Mungkin dia selera orang tua. Fikirnya.

OLIENPIECE 1: Wira Terakhir (Musim 1)Where stories live. Discover now