Kediaman Rumah Khai, pukul 8.45 malam.
MAZHE membuka tingkap biliknya dan memandang ke arah langit yang sudah gelap dan hanya diterangi dengan cahaya bulan dan bintang yang samar-samar. Dia termenung di jendela itu. Dua Februari 20XX iaitu tarikh haribulan pada hari itu merupakan hari di mana dia diarahkan untuk mencari batu-batu permata di Bumi oleh Ayahandanya, Tuanku Ozzette.
Sudah hampir 22 tahun ia berlalu. Namun, kejadian itu masih segar di dalam ingatannya. Memandang bulan pada malam itu seolah-olah membawanya kepada masa lalu. Dia teringat kembali kejadian yang dia telah lalui selepas dia dihantar ke Bumi dengan sehelai sepinggang.
X X X
.
.
.
[Imbasan kembali]
Di Taman Grinnil di dalam kawasan Istana Kastelhike, Pukul 9 Malam.
TUANKU OZZETE menuju ke arah pondok kecil di dalam Taman Grinnil. Taman itu berhampiran Dewan Persidangan. Masa perjalananan diambil untuk ke taman tersebut dari Dewan Persidangan Istana ialah satu minit jika berjalan kaki.
Ozzette (49) duduk di atas bangku yang berada di dalam pondok itu. Pengawal serta para dayang Istana berada tidak jauh dari mereka. Ozzette menyuruh mereka menjarakkan diri sedikit agar tidak mendengar perbualan mereka anak-beranak.
"Duduklah." pelawa Ozzette lembut.
Mazhe tidak menghiraukannya. Dia melihat kukunya yang baru sahaja dirias petang tadi. Ozzette menghembuskan nafas ringan. Dia akur. Dia faham kenapa Mazhe sangat dinginnya.
"Ayahanda gembira Anakanda sudah membesar menjadi seorang lelaki yang sasa dan kacak." seloroh Ozzette tersenyum kepada Mazhe. Mazhe melihat bulan dan bintang di langit pula.
"Kamu sihat ke? Ada apa-apa cerita menarik yang kamu ingin beritahu Ayahanda?"
"Boleh tak Tuanku bagitahu aje apa yang Tuanku gian sangat nak maklumkan pada Anakanda. Anakanda tidak suka sesorang yang berbasa-basi dengan Anakanda. Membazirkan masa Anakanda."
"Ayahanda ingin menitahkan Anakanda turun ke Bumi dan kutip batu-batu permata itu semula. Ayahanda mahu Anakanda bawa balik batu permata Naga Api dan Naga Ais. Ia memadai kalau Anakanda menjumpai kedua-dua batu itu. Walau pun Anakanda tidak menjumpai batu-batu Saphira yang lain pun, Ayahanda boleh terima."
"Tuanku ingin Anakanda yang turun ke Bumi tu? Tuanku sanggup mengorbankan masa hadapan dan pelajaran Anakanda di sini. Anakanda suka berada di sini dan Anakanda tak akan jejakkan kaki Anakanda ke BUMI walau apa sekalipun yang berlaku."
"Ayahanda menyuruh Anakanda dan bukan orang lain sebab Ayahanda percayakan Anakanda. Ayahanda nak Anakanda belajar cara orang di Bumi. Dengan cara itu sekurang-kurangnya Anakanda dapat membawa balik benda yang baik di sana dan diaplikasikan di sini. Ramai yang cakap ilmu di BUMI berkembang pesat sejajar dengan pembangunan mereka."
"Hantar ajelah orang lain, apa masalahnya? Tuanku hantar Anakanda sebab percayakan Anakanda? Macam mana dengan anak-anak angkat Tuanku itu? Tuanku tidak percayakan mereka!? Hantar mereka ajelah!" jerit Mazhe menjawab dengan kuat.
"Anakanda jangan kurang ajar dengan Ayahanda. Keputusan Ayahanda muktamad! Esok petang Anakanda akan ke sana menggunakan Portelis. Ayahanda akan bagi Anakanda Mobilika khas agar Anakanda dapat menghubungi orang-orang di sini dan Ayahanda. Namun, Anakanda tidak dibenarkan balik ke sini semula sehinggalah Anakanda menjumpai batu-batu permata tu."
Ozzette berkata tegas sambil membelakangi Mazhe. Dia tidak ingin memandang ke arah Mazhe kerana risau jika anaknya menjawab lagi kaki atau tangannya mungkin akan hinggap ke badan Mazhe.
YOU ARE READING
OLIENPIECE 1: Wira Terakhir (Musim 1)
FantasySepuluh batu permata Saphira telah jatuh ke bumi. Batu-batu itu telah memilih pemegang yang dirasakan layak untuk memiliki mereka. Sesiapa yang memiliki batu itu akan mempunyai kuasa. Dilan dan kawannya yang lain telah berjuang habis-habisan untuk m...