Bab 44: Misteri di tengah perjalanan

48 10 0
                                    

KELABU, Ungu, Hitam dan Amir sedang menonton perlawanan di antara Puteh dan Maroon pada petang itu di suatu kaki bukit yang lapang dan jarang dilawati oleh manusia. Angin yang bertiup dari segenap arah membuatkan baju dan rambut mereka berterbangan mengikut arah gerakan angin. Kadang-kadang ia mengalun ke kiri dan kadang-kadang ke kanan. Hitam atau Zull memerhatikan perlawanan itu dengan tajam kerana dia mahu melihat sejauh mana kekuatan kedua-dua rakan seperjuangannya itu.

Niel atau Maroon melihat ke arah Puteh dengan tajam. Sebelum ini, dia telah kalah sebanyak 3 kali semasa berlawan dengan Puteh. Puteh pula kalah dengannya sebanyak 2 kali. Kali ini dia akan pastikan Puteh pula yang kalah. Sebelum dia berdiri di situ dan berhadapan dengan Puteh pada tika itu, Zull atau Hitam sempat memberitahunya satu perkara sebentar tadi.

"Roon." Panggil HItam

"Hm." Jawab Maroon dengan ringkas dan malas. Dia memang tidak sebulu dengan Hitam.

"Aku nak kau lawan Puteh dengan serius."

"Heh! Aku memang tak main-main pun. Kau rasa aku main-main ke selama ni?"

"Tak, bukan tu maksud aku. Aku nak kau betul-betul serius. Serang dia sehingga dia hampir berputus-asa atau sampai terdesak. Pokoknya aku nak kau lawan dia macam kau nak bunuh dia."

"Kau nak bunuh kawan kau sendiri?"

Hitam tidak menjawabnya dan sekadar tersenyum sinis. Dia menepuk bahu Maroon sebelum berlalu pergi melepasi Maroon. Dia sudah mengatakan sesuatu yang dia perlu, sekarang ini dia mahu melihat hasilnya. Dia jarang dapat berlatih bersama-sama dengan mereka, jadi dia mahu menggunakan masa yang ada ini dengan baik supaya kawan-kawannya dapat mara setapak dari 'semalam'. Jika dia terlambat mengetahui kemunculan Raidez, sekurang-kurangnya kawan-kawannya yang lain dapat bertahan dengan kuasa masing-masing.

Maroon sempat mengerling ke arah Hitam yang sedang berdiri di sebelah tempat perlawanan dan Hitam sedang menyilangkan tangannya. Kemudian, matanya dan Hitam bertemu. Maroon terus melarikan lirikkan matanya ke arah Puteh semula. Tika itu Puteh sedang memegang Pedang Opak Biru dan sedang menghalakan ia kepada Maroon.

"Sedia! 1, 2, 3! Lawan!" laung Ungu atau Joshua lantang. Serentak itu juga, Maroon terus menerpa ke arah Puteh dengan Pedang Guruhnya.

"Benteng Ais!"

"Tch!" Maroon mendecis dan terus melompat dari atas. Dia mahu menyerang Puteh dari atas pula.

Kali ini, Puteh melindungi dirinya dengan pedang Opak Birunya itu. Pedang mereka bercium untuk beberapa saat, setelah itu kedua-duanya menarik semula pedang mereka dan menyerang dengan pedang itu dengan berkali-kali di atas tanah. Oleh itu, Puteh menyeru kuasa lantai beraisnya pula. Namun, Maroon sempat melompat sebelum kakinya dikeraskan ke dalam ais itu.

"Stalagmit dan Stalaktit Ais!" laung Puteh.

Jarang sekali dia memanggil kedua-duanya itu, tetapi dia mahu mencubanya dan melihat hasil kedua-dua serangan itu apabila digunakan dengan serentak. Ini adalah masa untuk dia menguji kekuatan serangan itu. Kata-kata Hitam kepadanya tadi mula menyedarkannya iaitu tentang dia mempunyai dua jenis serangan. Kenapa lambat sangat dia mahu tersedar tentangnya? Adakah selama ini dia bermain-main dalam 'peperangan' ini? Dia juga tidak tahu kenapa dia tidak sedar tentangnya selama ini dan kenapa seseorang yang perlu memberitahu dia tentang kuasanya sendiri. Puteh merasa dirinya bodoh pula kerana tidak peka dengan keadaannya sendiri.

Beberapa Stalagmit dan Stalaktit Ais terapung di udara dan menyerang Maroon dengan serentak. Maroon mengelak dengan melompat dari sebuah pokok ke pokok yang lain. Mereka sudah tidak berada di kawasan lapang lagi atau 'gelanggang' tadi dan sudah memasuki hutan berdekatan. Mereka akan dikira kalah apabila dikepung atau jika pedang mereka terlepas dari pegangan. Terkadang Maroon menghalang Stalagmit dan Stalaktit Ais dari Puteh dengan pedang di tangannya itu.

OLIENPIECE 1: Wira Terakhir (Musim 1)Where stories live. Discover now