...sambungan Bab 39

83 9 19
                                    

...

AMIR berada di tempat duduk belakang. Manakala, Zull berada di tempat duduk penumpang bersebelahan pemandu. Zull sedang mengorek hidungnya sambil menikmati pandangan di luar tingkap kereta.

Nurahim mengerling ke arah Zull dan tersenyun. Zull telah banyak menolongnya. Malahan, dia juga telah menghadiahkannya sebuah buku. Dia pasti akan membacanya kerana inilah saat yang telah lama dia idamkan selama ini iaitu berbaik dengan Amir dan menjadi seorang ayah untuk Amir.

Tidak lama setelah itu, mereka telah sampai di perumahan Melawi (atau Melati). Nurahim memarkirkan kereta tepat-tepat di hadapan rumah sewa Zull. Setelah itu, seseorang keluar dari pagar rumah tersebut. Wajah Dilan terpacul di luar. Zull telah pun memberinya mesej dan menceritakan perihal Amir kepadanya.

Zull terus berlari keluar dari kereta dan memeluk Dilan. "Dee, aku dah balik dan aku bawa anak beruang! Harharhar!" Zull galak ketawa.

Setelah itu, giliran Nurahim untuk keluar. Amir masih berada di dalam kereta. Nurahim tersenyum ke arah Dilan dan mendekati Dilan.

"Kamu Dilan? Kawan baik Zull?" soalnya.

"Ya, saya. Assalamualaikum Dato'." Jawab Dilan ringkas.

"Panggil Pak Cik aje. Terima kasih sebab membantu Pak Cik. Pak Cik tak tahu nak cakap apa lagi pada kamu dan Zull."

"Tak payah cakap apa-apalah Pak Cik, pendapat Pak Cik tak penting pun. Dah Pak Cik boleh balik. Pasal Amir tu biar Dilan yang uruskan. Dia pandai mengasuh anak orang. Terer ni, Pak Cik!" celah Zull. Amir sekadar mendiamkan dirinya di dalam kereta. Dia tidak mendengar pun apa yang mereka katakan itu.

"Mana adalah Zull. Um, Pak Cik tak perlu risau. Saling bantu-membantu digalakkan di dalam Islam. Lagi-lagi membantu orang yang memerlukan bantuan."

"Terima kasih banyak-banyak. Sebelum saya beredar, saya ingin beritahu bahawa Amir bukannya pelajar biasa. Dia pernah buat masalah sebelum ini, jadi kalau dia buat masalah lagi. Saya minta maaf kepada kamu. Kalau dia buat hal, boleh kamu laporkannya kepada saya?"

"Um, boleh."

"Terima kasih. Sekali lagi, maaf kerana menyusahkan kamu dan melibatkan kamu dalam hal ini."

"Tak ada masalah."

Nurahim terus menuju ke arah kereta dan membuka pintu kereta pada tempat duduk Amir. Amir hanya duduk termangu di dalam kereta itu.

"Amir, nanti ayah bawakan barang-barang kamu malam ini ya dan belikan kamu telefon baharu. Telefon kamu sudah rosak pada sebelum ini, kan. Kawan-kawan Amir sudah tunggu di luar."

"Diorang bukan kawan-kawan aku." Rengus Amir dan keluar dari perut tersebut. Nurahim hanya tersenyum nipis.

"Um, kalau macam itu, saya gerak dulu ya. Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam." Dilan dan Zull sama-sama menjawab salam dari Nurahim itu.

Nurahim memasuki keretanya kembali dan memandu kereta itu keluar dari taman perumahan tersebut. Dilan melihat ke arah Amir dan mula bersuara.

"Jom masuk." Ajak Dilan dengan lembut.

Zull sudah pun memasuki rumah mereka kerana dia ingin mandi dan menyalin pakaian. Selepas ini dia perlu ke tempat kerjanya pula. Amir masih membatukan dirinya di situ.

"Jom! Saya sudah siapkan makanan, jomlah makan sama-sama. Awak akan berkongsi bilik dengan saya. Saya Dilan." Kata Dilan lembut sambil menghulurkan tangannya pula.

Namun, huluran tangannya itu tidak disambut. Jadi, dia menarik tangannya kembali. Amir mengingatkan dia pada dirinya dahulu. Seorang remaja yang memberontak. Pada waktu itu, Zull jugalah yang telah menghulurkan tangan kepadanya dan membantu dia keluar dari Dunia Gelap tersebut.

"Awak tahu, saya juga pernah membenci ayah saya. Saya sangat bencikan dia sebab dia menipu saya dan keluarga saya. Tiga tahun. Tiga tahun saya hidup dengan membenci dia dan dia tidak pernah meminta maaf pun kepada saya di atas perbuatan dia itu. Akhirnya, saya buat banyak kemusnahan dalam tempoh tiga tahun tersebut..."

"...Saya merosakkan kereta dia dan saya buat vandalisme untuk memuaskan hati saya. Tapi, saya hanya menipu diri saya sendiri. Saya tidak pernah puas. Yang berada di dalam hati saya pada ketika itu hanyalah suatu perasaan yang asing. Perasaan serba salah, kecewa, sakit hati, sedih. Ia berbaur..."

"...Saya rasa saya mahu menghancurkan diri saya supaya ayah saya melihat kehancuran diri saya dan mungkin ia akan buat dia berubah. Waktu itu, dunia saya sangat gelap. Akhirnya seseorang datang dalam hidup saya. Dia banyak membantu saya. Dan tiba-tiba sahaja ayah saya meminta maaf kepada saya..."

"...Waktu itu, saya masih lagi sakit hati dengan dia dan seseorang itu bawa saya pergi ke tempat lain. Saya tidak faham kenapa dia suruh saya pergi ke tempat itu. Tapi, sekarang baru saya faham. Sebenarnya, dia mahu saya menenangkan fikiran saya, dia mahu saya fikirkan perbuatan saya itu serta masa hadapan saya. Dan dia juga mahu memberi saya masa untuk menerima ayah saya kembali...."

"....Saya masih ada perasaan marah itu, tapi....disebabkan saya juga pernah melakukan kesilapan dan mula tersedar akan kesilapan saya itu, maka saya juga mahukan peluang kedua untuk berubah. Jadi, saya terima dia semula dan memaafkan dia. Dan awak tahu, kini, saya dan ayah saya sudah berubah ke arah yang lebih baik..." jelas Dilan panjang lebar dan berhenti untuk seketika sebelum menyambungnya kembali.

"...Sama ada awak mahu memaafkan ayah awak atau tidak, ia semua atas awak. Tetapi, pada pendapat saya, mungkin awak boleh cuba untuk memaafkan dan menerima dia kembali. Namun, sekiranya dia mensia-siakan peluang yang awak bagi, awak boleh angkat kaki pada bila-bila masa sahaja. Tak salah mencuba, kan? Ah, tapi ia pandangan saya jadi, pilihan pada tangan awak. Saya tunggu awak di dalam."

Dilan memasuki kawasan rumahnya dan membiarkan Amir di luar pagar rumah tersebut dengan buah fikirannya. Dilan hanya meluahkan pengalamannya kepada Amir. Dia dapat rasakan Amir juga memerlukannya kerana dia pernah berada di tempat itu pada sebelum ini.

Amir meraup wajahnya sendiri dan mula bergerak masuk ke dalam perkarangan rumah tersebut. Kata-kata Dilan tadi masih bergema di dalam kepalanya. Mungkin ini adalah masa yang tepat untuk dia mencuci tangan dan memulakan hidup baharu. Ayahnya nampak ikhlas dan jujur tadi.

Kata-kata Dilan itu membuatkan dia terfikir. Patutkah dia membiarkan kata-kata itu berlalu pergi seperti angin lalu atau mengambilnya? Dia mahu menjadi samseng untuk selama-samanya ke sedangkan dia masih muda? Sampai bila? Sampai bila dia mahu memberontak?

~ ~ ~

OLIENPIECE 1: Wira Terakhir (Musim 1)Where stories live. Discover now