Bab 54: Kawan Baik

48 7 0
                                    

KHAI masih mengubati Zull dengan kuasa penyembuhnya. Luka yang dialami oleh Zull lebih dalam dan teruk dari yang lain. Sebaik sahaja mereka berada di dalam sarkas kembali, perkara pertama yang NS dan TBM lakukan adalah menyelamatkan Zull yang sudah nyawa-nyawa ikan.

Nadinya sangat lemah tadi sehingga mereka menyangka Zull akan mati pada hari itu. Tetapi, Zull seorang yang kuat kerana berjaya dalam pertarungan menyelamatkan nyawanya. Ini menunjukkan semangat juang Zull untuk kekal hidup agak tinggi dan juga ajalnya masih belum sampai. Mereka semua menghembuskan nafas lega apabila nadi Zull mula normal selepas 30 minit Niel atau Maroon menyembuhkan Zull di dalam sarkas terbabit.

Setelah keadaan Zull sudah tidak kritikal, mereka semua mencapai persetujuan untuk balik ke rumah. Joshua telah membawa Zull, manakala Niel membawa Puteh yang masih tidak sedarkan diri balik ke rumah.

Selepas sampai di rumah, tugas menyembuh diberikan kepada Khai kembali memandangkan ia memang kuasanya. Khai sudahpun sedar sebaik sahaja Niel menyembuhkan luka pedang yang dihunuskan oleh Hitam pada sebelum ini.

Kini, Khai sedang menyembuhkan Zull di dalam bilik Zull. Khai menyembuhkan luka Zull sambil menangis. Yang lain berada di ruang tamu dan sedang makan kerana mereka semua memang agak kelaparan.

Mereka mendapat makanan dari jiran mereka yang baru selesai memasak makan malam. Mereka bertuah kerana mempunyai jiran yang pandai memasak seperti Yurina dan Henna. Tina dan Mina menghantarkan makanan ke rumah mereka tadi kerana mereka tahu jiran lelaki mereka itu mesti kelaparan, sama seperti mereka.

Orang yang pandai memasak dalam rumah TBM iaitu Dilan dan Zull sama-sama tidak sedarkan diri, jadi Niel, Joshua dan Amir hanya mahu makan mi segera sahaja pada mulanya tadi. Namun, mereka bertuah kerana jiran mereka sempat memberikan makan malam sebelum mereka merebus mi segera.

Malam itu, Yurina dan Henna memasak Nasi Goreng USA untuk ahlinya dan ahli TBM. Dia sengaja memasak dengan agak banyak kerana mahu berterima kasih kepada jirannya atau TBM yang membantu mereka tadi.

Setelah yakin luka pada dada dan abdomen Zull telah sembuh, Khai mengelap peluh dan air matanya. Kemudian, Roy membantu Khai dengan mengelap peluh di dahi Khai dengan menggunakan sapu tangan. Setelah itu, dia menawarkan air kepada Khai.

"Tuan muda." Katanya sambil menyerahkan segelas air mineral kepada Khai.

"Terima kasih Roy."

"Sama-sama Tuan Muda. Tuan muda mahu makan? Mereka semua mengajak Tuan muda makan malam bersama-sama mereka di bawah."

Khai membuat wajah sedih. "Macam mana saya dapat makan kalau tengok keadaan Dilan dan Zull macam ini, Roy."

"Tuan Muda janganlah risau tentang mereka. Tuan Muda sendiri yang merawat mereka berdua, bukan. Mestilah Tuan Muda tahu yang mereka sudah stabil."

".....Okey. Esok saya mahu bawa Zull dan Dilan ke hospital, walau apa-apa pun mereka tetap perlu diperiksa oleh doktor yang bertauliah."

Roy Azrai sekadar mengangguk kerana mengeyakan. "Jom makan Tuan Muda."

"Baiklah."

Akhirnya, Khai dan Roy keluar dari bilik Zull selepas menutup pintu bilik Zull itu. Sebaik sahaja pintu bilik itu ditutup, kelibat Hash pula yang menapak di dalam bilik terima tersebut. Hash baru sahaja sampai ke situ dan mahu membincangkan sesuatu dengan Zull. Ia mengenai apa yang dia telah bincangkan dengan Liam pada sebelum ini, yakni tentang Tuanku Oz.

Namun, Hash mengerutkan dahinya apabila melihat Zull terlantar di atas katil. Lantas, dia mengerling ke arah jam dinding Zull. Pelik. Baginya ia sesuatu yang pelik kerana setiap kali dia datang pada waktu begini ke bilik Zull, Zull selalu duduk di atas meja dan seperti menulis sesuatu. Jadi, dia tidak pernah nampak Zull tidur seawal ini.

Oleh itu, Hash membuka pintu bilik Zull dan membuat keputusan untuk turun ke bawah, lalu bertanya kepada kawan serumahnya.

"Hai." Sapa Hash, tanpa segan silu. Oleh itu, semua mata memandang ke arah Hash.

"Ketua Hash? Ketua Hash buat apa di sini?" soal Khai ingin tahu, dia baru sahaja mahu menyuapkan nasi goreng ke dalam mulutnya.

"Kenapa Zull tidur awal hari ni?" soalnya.

"Oh, itu bukan tidur, tapi pengsan." Balas Joshua sambil mencungkil giginya menggunakan pengcungkil.

"Pengsan? Kenapa? Apa yang sudah berlaku?" soalnya lagi. Hash baru sahaja dapat melawat rumah ini kerana dia sibuk menguruskan urusannya di rumah Alif, pembantu peribadi Mazhe.

"Hm, senang cerita, mula-mula Raidez serang kami, kemudian Zull serang kami, lepas tu Dilan serang Zull." Jelas Joshua ringkas.

"Kenapa Zull serang korang?" Hash mula menyilangkan tangannya kerana ia sangat mencurigakan.

"Dia dikawal oleh Raidez. Raidez sengaja kawal adik aku sebab dia tahu adik aku kuat. Haih, hampir mati kami dibuatnya. Lepastu, Dilan...macam hilang kawalan sebab dia takkan serang adik aku kalau dia dalam keadaan sedar."

"Betul-betul!" Khai mengangguk tanda bersetuju. Amir turut mengangguk kerana dia pasti Dilan tidak akan mencederakan sesiapa pun tanpa sebab, lagi-lagi kawan baiknya.

"Hilang kawalan? Macam mana Dilan boleh hilang kawalan?"

"Sebab batu permata Naga Ais kut sebab Dilan ada sayap berais, lepastu dia ada senjata yang sangat hebat, tak macam pedang yang dia selalu gunakan. Baju dia juga telah berubah. Ha, pastu rambut dia jadi warna putih, mata dia pula berwarna putih dan biru." Terang Joshua dengan teruja.

Mendengar penerangan itu telah membuatkan Hash berfikir-fikir. Bukankah itu kuasa tahap akhir? Sejak bila Dilan dapat menguasainya. Kali terakhir dia menemui mereka, dia yakin tiada sesiapa pun dapat mencapai tahap akhir lagi dalam kalangan mereka itu. Jadi, sejak bila? Adakah ia memang kerana Dilan hilang kawalan?

Kemudian, Hash menarik nafas panjang. Nampaknya, dia perlu membaca buku-buku tentang kuasa kuno dan batu permata ini lagi. Mungkin ada yang dia terlepas pandang pada sebelum ini, atau mungkin ada yang masih belum dibongkarkan kerana batu itu memang tidak diuji dengan begitu teliti sebelum ini memandangkan Almarhum Tuanku Raisho menyimpannya ke dalam Sav dan digunakan semasa perlu sahaja. Mungkin ini masa yang terbaik untuk dia membuat ujikaji ke atas batu-batu itu dengan menggunakan ahli TBM dan NS.

"Okey." Hash terus cuba berlalu pergi ke bilik Zull semula.

"Ketua Hash dah makan ke?" soal Khai apabila teringatkan Nasi Goreng USA yang mahu dijamah olehnya itu. Hash berpaling lalu menggelengkan kepalanya.

Setelah itu, dia bergerak ke destinasinya semula iaitu ke atas kerana dia mahu ke bilik Zull dan mungkin akan menunggu Zull sehingga Zull sedar di situ. Malam ini, dia mungkin tidak akan mengawal di rumah Mazhe. Hash memasuki bilik Zull dan terus ke jendela. Dia keluar dari jendela itu dan duduk di atas atap berdekatan jendela sambil merenung bulan sabit di langit. Langit bumi sangat cantik. Bisik hatinya.

...

OLIENPIECE 1: Wira Terakhir (Musim 1)Where stories live. Discover now