...sambungan Bab 40

32 7 0
                                    

DILAN sedang merehatkan badannya di sebuah sofa yang berada di ruang tamu. Dia baru sahaja selesai membantu Amir dalam mengemaskan pakaiannya walau pun Amir menolak dan menjeling tajam padanya sepanjang masa.

"Pst! Dilan..." panggil Joshua dengan nada berbisik.

"Um, kenapa?" jawab Dilan dengan wajah ingin tahu.

"Samseng mana yang Zull bawa tu, ha? Muka ketat macam seluar legging aje."

"Kawan sekelas kita. Itu yang Zull beritahu. Yang selebihnya aku tak tahu. Tapi, aku yakin ada sebab kenapa Zull bawa dia ke sini. Selepas dia balik dari kerja malam ni, nanti aku tanya dia perkara yang selebihnya. Kau tak perlu risau, dia okey aje."

"Dengan kau memanglah. Semua orang yang sudah kenal atau baru kenal kau memang akan layan kau dengan baik. Orang macam aku ni, selepas orang kenal baru mereka layan aku dengan baik. Dengan Niel tu lagilah 'hangin' dia, kan. Muka samseng Niel tu. Kau jangan terasa yang Niel. Huhuhu..."

"Um." Niel hanya mengangguk.

Selepas itu, Amir menuruni tangga dengan memakai seluar stail koyak di lutut, gegelang besi yang disangkut pada seluar denim, bandana berwarna merah dan baju yang mempunyai gambar tengkorak di tengahnya.

Joshua mengerling ke arah Amir yang sedang turun itu. "Aduh, dia pakai baju ada gambar tengkorak, bhai." Bisik Joshua dengan perlahan kepada Dilan.

"Janganlah cakap apa-apa Joshua."

Amir yang perasan Joshua melihatnya, memandang ke arah Joshua dengan tajam. "Ada apa-apa yang kau tak puas-hati dengan aku ke?"

"Ha!? Er, Dilan aku nak cakap apa ni. Er, tak ada, tak ada apa. Sihat, bro? Nampak sihat. Aku sihat."

"Aku tak tanya."

"Saja cakap. Hahahahaha!" balas Joshua dengan wajah cuak dan peluh yang sudah pun menitik di dahinya walau pun dia sedang ketawa.

"Apa yang lawak?"

"Tak, tak lawak pun." Balas Joshua dan sedang berdiri mengadap Amir.

"Jadi, kenapa kau ketawa? Aku tak suka dengar kau ketawa. Kalau kau tak nak aku ranapkan tulang rusuk kau, baik kau diam!"

"Ha, okey, okey. Jangan marah, jangan marah."

"Kau duduk di tempat kau."

"Okey, okey."

Joshua duduk dengan dahi dan pipi yang berpeluh. Jantungnya berdegup dengan kencang apabila bercakap dengan Amir tadi.

"Aku nak tanya satu soalan aje." Sambung Amir.

"Eh, dua tiga soalan pun boleh." Pantas Joshua menjawab dan kemudian menutup mulutnya. "Mulut, kenapalah kau lebih laju dari otak aku. Nasib baik otak tak terletak di mulut, kalau tak, hancur dunia ni." Joshua bermonolog dalaman.

"Kau senyap!"

"Baik!"

"Soalan apa yang awak mahu tanya?" soal Dilan dengan lembut dan berpaling ke arah Amir.

"Siapa budak pendek tu!?"

"Awak maksudkan Zull?"

"Yalah!"

"Dia kawan baik saya dan merupakan Ketua Pelajar Sekolah di SMBB."

"Aku tahulah dia kawan baik kau dan KPS di SMBB, dia ada cakap dengan aku sebelum ni."

OLIENPIECE 1: Wira Terakhir (Musim 1)Where stories live. Discover now