...sambungan Bab 51

33 8 2
                                    

...

Di sekolah, 7.45 pagi,

MIOR melihat ke arah depannya dan dapat melihat Zull sedang meletakkan beg galasnya di atas kerusi sebelum melabuhkan punggungnya. Khai pula sudah sampai lima minit lebih awal berbanding Zull. Mior melihat ke arah sebelahnya dan kelibat Nik masih belum sampai. Aneh. Baginya ia sangat aneh kerana jika Nik demam atau mempunyai apa-apa masalah, Nik akan memberitahunya dahulu. Apa yang sudah jadi dengan Nik?

"Zull, lepas balik kau nak ke Bilik Pengawas lagi ke?" soal Mior sambil memandang ke arah Zull yang sedang menguap dan terus memalingkan kepala ke arah Mior.

"Haah. Kenapa?" soal Zull. Mior menggeleng tanda tiada apa-apa. "Eh, mana Nik?" soal Zull pula apabila Nik tiada di sisi Mior.

"Entahlah, aku pun tak tahu Nik ke mana. Selalunya kalau dia demam atau sakit dan tak dapat ke sekolah, dia akan 'call' malam tu, tetapi semalam dia tak cakap apa-apa pun." balas Mior. Zull mengangguk faham.

"Nanti kau pergilah rumah dia petang ni. Kalau aku tak ada kerja, aku boleh je pergi rumah dia. Mana tahu dia tengah ada masalah ke an." cadang Zull.

"Yalah, aku tahulah. Kau tak surah pun tak apa, Nik kawan baik aku kut." Bidas Mior laju.

"Eleh, aku cakap je. Aku tahulah dia kawan baik kau, sebab tu aku suruh kau, bukannya si Amir."

"Ya, tapi tak payahlah suruh-suruh orang, faham?"

"Apa masalah kau dengan aku ni hah? Ada masalah, cakap. Tak pun, kita bincang dekat luar. Boleh buat berbeku sambil berbincang."

"Bukan 'sap kok'? Bukan bertumbuk?"

"Eh, apa barang isap rokok dan bertumbuk, kuno sangatlah. Bukannya boleh kenyang pun, dapat sakit adalah. Itu kalau sakit, kalau mati terus, tak ke menyesal sebab dosa masih bergunung? Mati sebab bergaduh dengan saudara sendiri, lagi besar dosanya. Tak begitu Mir?"

"Ko pehal sebut nama aku?" marah Amir yang sedang duduk di sebelah Dilan.

"Ehehehehehe!"

"Kau ni apalah, janganlah cari gaduh dengan orang. Itupun berdosa." Tegur Mior dengan suara yang perlahan.

"Eh, mana aku cuba cari gaduh dengan Amir. Aku tanya pendapat dia aje."

"Kau dah tahu dia tak suka perkara macam tu, tak payahlah 'cucuk' lagi, faham? Aku takut nanti esok lusa kau datang dengan 'lobang' hidung senget ke pipi. Kau tu dahlah hodoh, kalau dan senget macam tu, lagi hodoh jadinya."

"Mior, kenapa ya kau sangat kasar dengan aku? Jomlah buat berbeku dekat luar. Eh, tapi aku hensem kut. Ini bukan wajah aku yang sebenar. Rupa aku yang sebenar sama kacak macam Dilan, kau ingat tu."

"Ya ke. Kalau macam tu, tunjukkan wajah kau yang sebenar."

"Okey kejap." Zull bingkas bangun dan menutup muka dengan kedua-dua tangan, kemudian dia memisahkan kedua-dua tangan itu dan menunjukkan reaksi jelek ke arah Mior. Ia berterusan sehingga dua tiga kali.

"Sudahlah kau! Itu bukan hensem, tapi hilang akal. Cis!" Mior mendengus marah dan terus memalingkan mukanya ke arah lain kerana tidak mahu disakat oleh Zull lagi. Setelah itu, Joshua berpaling ke arah Zull.

"Zull balik lambat lagi ke hari ni?" soal Joshua yang sedang bertenggek di sebelah kerusi meja Dilan kerana dia mahukan sesuatu dari Dilan. Dilan dan Amir berada di belakang kerusi meja Mior dan Nik. Kedudukan Mior dan Nik pula berada di belakang kerusi meja Zull dan Khai

"Abang pekak ya, tadi Mior dah tanya kan. Nak Zull korek telinga abang ke." balas Zull garang.

"Budak ni, aku tanya pun nak marah."

OLIENPIECE 1: Wira Terakhir (Musim 1)Where stories live. Discover now