...
TEPAT pukul 9.00 malam. Mior memandang ke arah jam dinding banyak kali. Ke mana agaknya ibu bapanya menghilang? Fikir Mior. Dia menunggu di rumah itu hampir 6 jam. Ibu bapanya sudah tiada di rumah sejak dia balik. Dia mengambil Majalah Keremajaan di atas meja ruang tamu. Dia membaca dengan perasaan tidak senang. Dia takut apa yang Nik katakan kepadanya petang tadi adalah betul. Dia terlalu ppercayakan ibunya. Setelah hampir setengah jam menunggu, bunyi pintu utama rumahnya dibuka kedengaran. Mior memandang ke arah pintu utama dan kelihatan ibunya sedang bercakap dengan seseorang di talian dengan gembira.
Mior mendekati Ibunya. ''Mama?" panggil Mior. Mariah, ibu Mior memandang Mior dan mengusap kepala Mior sambil ralit bercakap di talian. Oleh itu, Mior mengambil telefon pintar Mariah.
"Sayang, kenapa rampas telefon Mama. Bagi sini balik." arah Mariah lembut. Dia memang terlampau manjakan Mior.
"Mior nak tanya Mama 'something'. Boleh tak?" ujar Mior. Mariah tersenyum.
"Ala, anak Mama rindukan Mama kan. Okey, Mama janji lepas benda ni selesai, Mama akan tumpukan perhatian Mama kepada Mior ya."
"Benda? Mama sedang buat apa sekarang ni?" soal Mior.
"Adalah, ini untuk masa hadapan keluarga kita juga. Bagilah balik telefon mama." rayu Mariah.
Mior menyembunyikan telefon Ibunya ke belakang. "Ini pasal restoren milik Nik ke?" soal Mior. Mariah membuat reaksi sedikit terkejut.
"Kenapa Mior tiba-tiba ambil tahu pasal ni?"
"Ha? Nik kawan baik Mior, mestilah Mior ambil berat pasal hal ni. Restoren milik keluarga Nik adalah punca rezeki mereka. Restoren itu popular di bandar kita ni, macam mana mereka nak teruskan hidup tanpa periuk nasi mereka sendiri. Mama dah buat apa ni!?" jerit Mior sedikit marah.
"Ala, Mior. Hilang kawan satu, carilah yang lain. Lagipun, tak ada yang kekal di dunia ni. Mior pun dah nak habis sekolah menengah. Lepas ni akan ke kolej, universiti, jadi graduan dan akhir sekali dapat kerja. Jadi, Mior akan tinggalkan Nik jugak. Mior dah lakukan tugas dengan baik sebab berjaya dapatkan kepercayaan mereka. Tahniah ya Mior." kata Mariah dengan bangga sambil menepuk bahu anaknya, Mior. Mior menepis lengan Mariah.
"Mior tak sangka Mama sejahat ni. Tidak cukup ke Mama buang abang Amir dari hidup Papa dan harta Mama selama ni. Kenapa Mama kena rampas hak orang lain!" marah Mior. Mariah agak terkejut Mior menjerit ke arahnya, namun cuba untuk bertenang.
"Mama cuma nak besarkan punca rezeki kita. Restoren tu sudah ada ramai peminat, namun keluarga Nik tu tak pandai membuat pasaran. Rugi. Jadi, Mama hanya..."
"Mior bencikan Mama. Kembalikan hak mereka balik. Mama tahu tak Nik dan Mior bergaduh sebab ni tadi. Mama dah rampas hak mereka." jerit Mior kuat. Mariah sekadar menggelengkan kepalanya.
"No. This is important to me. Mior, just follow my plan okey. Mior will get other friend. Very good friend."
"Kawan bukan untuk dijual beli. Nik dah bersama-sama Mior sejak Mior sekolah tabika lagi. Tak ada siapa dapat gantikan dia." balas Mior kecewa. Dia menaiki tangga untuk ke biliknya.
"Mior, Mior turun sini balik. Mior, Mama ada berita gembira untuk Mior ni. Mior." panggil Mariah berkali-kali sambil mengikut langkah Mior ke biliknya. Tetapi, Mior menguncikan bilik itu dan mendapatkan telefon pintarnya pula. Dia ingin menelefon Nik. Namun, Nik langsung tidak menjawab. Mior mengeluh. Kemudian, dia menghantar mesej kepada Nik, mengharapkan Nik membacanya.
...
Nik mematikan telefon pintarnya. Dia tidak ingin membaca mesej ataupun mengangkat panggilan daripada Mior. Dia menarik selimut. Esok dia harus ke sekolah dan berjumpa dengan Mior. Nik merengus marah.
YOU ARE READING
OLIENPIECE 1: Wira Terakhir (Musim 1)
FantasySepuluh batu permata Saphira telah jatuh ke bumi. Batu-batu itu telah memilih pemegang yang dirasakan layak untuk memiliki mereka. Sesiapa yang memiliki batu itu akan mempunyai kuasa. Dilan dan kawannya yang lain telah berjuang habis-habisan untuk m...