SELEPAS melihat anak jagaan Tuan Muslim iaitu Zull memasuki rumah sewanya, Liam terus bergerak pulang ke rumahnya pula. Selalunya jika dia mempunyai masa terluang, dia akan melihat keadaan Zull. Dia telah meletakkan alat pengesan di dalam badan Zull.
Sekiranya Zull tiba-tiba sahaja menghilang, dia masih boleh mencari lokasi lelaki itu. Zull tidak suka memberitahu ke mana arah tujunya kepada Liam. Oleh sebab itulah dia terpaksa berbuat demikian. Tuan Muslim telah menjaga Zull sewaktu Zull berumur 4 tahun.
Pada waktu itu, Zull sedang merajuk dan ingin lari dari rumah. Sewaktu melintas jalan, kereta yang dipandu oleh Liam hampir terlanggar Zull yang sedang melintas jalan dengan samberono. Tuan Muslim yang menjadi penumpang pada waktu itu meluru laju ke arah budak lelaki itu kerana ingin memeriksaan keadaanya.
Pada waktu itu jugalah, Tuan Muslim melihat sesuatu pada badan Zull dan telah membuat keputusan untuk menyembunyikan Zull dan tidak ingin memulangkan Zull kepada keluarganya sendiri. Walaupun ia langkah yang kejam, ia juga adalah untuk melindungi Zull.
"Macamana kau boleh kenal dia?" Zull mengulangi soalan yang sama.
Liam menelan air liurnya. Dia paling tidak suka apabila Tuan Zull menyoal-siasatnya kerana Zull pandai memanipulasikan ayatnya. Kemudian, idea tiba-tiba sahaja datang ke dalam benak fikirannya.
"Um, diakan orang terkaya di Malaysia. Malahan, kami sama-sama ahli perniagaan. Sudah tentulah saya kenal dia."
"Jadi, kenapa tadi kau cakap kau tak kenal dia? Kau takut aku tahu kau kenal dia? Kenapa? Apa yang kau nak sembunyikan dari aku Liam?"
"Saya tidak sembunyikan apa-apa daripada Tuan."
"Tak. Kau sembunyikan sesuatu daripada aku Liam. Kau kenal dia tapi kau tak nak aku tahu pasal itu. Kau tahukan pasal batu permata Naga Api?" [Rujuk Bab 30]
Perbualan dia dengan Zull di taman Perumahan Melawi itu tadi telah terngiang-ngiang di dalam benak kepalanya. Dia berhenti di suatu tempat sehinggalah malam menjelma.
"Jadi, Tuan Muslim telah berikan batu Permata Naga Api kepada Zull. Tetapi, kenapa? Bukankah selama ini Tuan Muslim cuba melindungi Zull. Jadi, kenapa perlu meletakkan Zull ke dalam bahaya." Fikir Liam.
Setelah bosan berada di situ, dia memandu keretanya semula setelah bosan berada di tempat itu. Walaupun, jasadnya berada di situ namun, mindanya telah merayau-rayau ke tempat lain. Setelah sampai ke sebuah rumah banglo miliknya, Liam memasuki rumah itu dengan wajah penat dan letih. Selepas balik dari kerja, dia terus mengikuti Zull dalam diam. Seorang perempuan lewat 60-an menyambutnya di muka pintu.
"Tuan Liam dah balik. Tuan ingin air apa-apa ke?" soal Mak Jah, pembantu rumahnya. Di dalam rumah itu, dia tinggal bersama-sama Mak Jah dan Pak Mat selaku pekebunnya.
"Tak apa, saya tak dahaga. Saya naik ke atas dulu ya." Balas Liam lembut dan cuba bergegas untuk ke biliknya. Namun, berhenti apabila Mak Jah bersuara pula.
"Tuan Liam, tak ada teman wanita ke?" soal Mak Jah. Soalan yang mengejutkan itu telah membuatkan Liam tidak berapa selesa mendengarnya.
"Kenapa Mak Jah tiba-tiba tanya pasal tu."
"Mak Jah kasihan tengok kamu keseorangan. Kalau kamu ada ISTERI bolehlah dia tengok-tengokkan kamu selepas Mak Jah dah tak ada nanti. Apa Tuan Zull tidak mengizinkan Tuan Liam untuk menikah ke?" duga Mak Jah.
"Mak Jah jangan main tuduh-tuduh ya. Mak Jah tak tahu dah berapa juta kali saya suruh dia kahwin. Dia tak nak dengar, pekak! Degil! Geram saya. Yang Mak Jah menyibuk hal orang dah kenapa? Hanya saya aje boleh tanya bila lelaki poyo tu nak menikah. Mak jah tak boleh tanya." Sampuk seseorang atau Zull. Mak Jah dan Liam sendiri terkejut apabila melihat kehadiran Zull di dalam rumah itu.
YOU ARE READING
OLIENPIECE 1: Wira Terakhir (Musim 1)
FantasySepuluh batu permata Saphira telah jatuh ke bumi. Batu-batu itu telah memilih pemegang yang dirasakan layak untuk memiliki mereka. Sesiapa yang memiliki batu itu akan mempunyai kuasa. Dilan dan kawannya yang lain telah berjuang habis-habisan untuk m...