... sambungan Bab 26

88 15 0
                                    

...

SEMENTARA ITU, sejurus selepas rehat bermula, Zull bergerak keluar dan menuju ke kelas Joe, Mamat dan Ridhuan. Zull mengintai dari luar dan dapat melihat Joe serta Mamat berlalu keluar untuk ke suatu tempat. Zull mengekori mereka secara sembunyi.

Mereka berdua menuju ke tempat bersembunyi iaitu di belakang sebuah pokok terbiar yang berdekatan pagar sekolah. Joe mengambil sepuntung rokok di dalam poket seluarnya dan mula menyalakan rokok terbabit.

"Kau ada duit tak? Pinjam." kata Joe kepada Mamat.

"Manalah aku ada duit. Kau mintalah dengan budak kelas kita yang lain." balas Mamat turut menyalakan sepuntung rokok.

"Huh, lepas ni kita pau duit dari Ridhuan. Kalau dengan orang lain, mesti diorang akan laporkan dekat Cikgu nanti. Ridhuan tu tak apa sebab dia tu bisu."

"Aku ikut kau aje. Aku memang tak sukakan Ridhuan tu. Selalu buat muka kasihan, menyampah aku."

"Um...Macam tu. Merokok dalam kawasan sekolah tidak dibenarkan. Merokok juga sebenarnya haram untuk kita. Padamkan rokok tu!" arah Zull dengan senyuman nakal.

"Kau lagi. Kau ni memang nak kena lanyak ke? Kau beranikan jadi KPS? Kau tahu tak Abang Jason sangat bencikan KPS. Lepas ni mesti hidung kau senget ke tepi sebab kena lanyak! Hahahaha!" sindir Joe. Dia dan Mamat bersorak sakan.

"Aku sekelas dengan dia, tapi sampai sekarang hidung aku tak senget. Makin mancung adalah. Ha tengok ni, comel gila kut hidung aku. Kau nak aku laporkan dekat Cikgu Azrell ke?" ugut Zull dengan senyuman yang menakutkan.

Mamat terus merenggut kolar baju Zull. "Kau jangan macam-macam ya." teriak Mamat kuat.

Dia cuba menumbuk wajah Zull, namun berhenti apabila seseorang menghalangnya dengan memanggil namanya dengan kuat.

"Mamat! Berhenti! Joe, Mamat dan Zull masuk ke bilik saya sekarang. Kalau kamu ingkar saya akan laporkan dekat Ibu Bapa kamu." kata seseorang itu atau Cikgu Azrell dengan tegas.

Mamat melepaskan genggaman pada kolar baju Zull dan menjeling Zull tajam. Mamat dan Joe mula berjalan di belakang Cikgu Azrell. Zull turut mengikuti mereka dengan wajah gembira.

...

Di dalam bilik Cikgu Azrell, pukul 11.20 pagi.

CIKGU Azrell memandang wajah ketiga-tiga pelajar itu dengan wajah garang. Dia sekadar mendiamkan diri dan keadaan di bilik itu menjadi kekok untuk sementara. Zull pula ralit melihat sekeliling bilik Cikgu Azrell dan berhenti apabila Cikgu Azrell mula bersuara.

"Sejak bila kamu jadi semakin berani ni Joe, Mamat? Berani ya kamu merokok dalam kawasan sekolah yang saya jaga. Kamu nak jadi apa sebenarnya apabila kamu dewasa nanti? Tak kasihan dekat Ibu Bapa kamu yang bertungkus-lumus bekerja dan cari duit untuk tampung pembelajaran kamu. Saya akan berbincang dengan Pengetua dan Ibu Bapa kamu untuk gantung persekolahan kamu. Saya sudah malaslah uruskan kamu. Ini bukan kali pertama kamu tertangkap. Kami dah bagi amaran banyak kali, tapi kamu semua ni tak nak dengar." jelas Azrell tegas.

"Apa ni Cikgu? Tadi Cikgu berjanji tak akan beritahu Ibu Bapa kami kalau kami ikut Cikgu ke sini." Joe membuat wajah tidak berpuas-hati.

"Jadi!? Kamu nak saya buat apa!? Kalau kamu duduk di tempat saya apa yang kamu akan lakukan!? Kamu melakukan kesalahan yang sama sudah banyak kali dan berdegil untuk berhenti. Kamu semua ni sedang mempermainkan saya dan langsung TIDAK dengar cakap. Saya kecewa, saya saaangat kecewa." balas Azrell dan menjeling mereka bertiga.

"Cikgu, kalau kita buat perjanjian macam mana?" celah Zull. Azrell melihat Zull tajam.

"Siapa bagi kebenaran untuk kamu bercakap? Kamu sama sahaja seperti mereka!" bidas Azrell. Zull kepelikkan. Mamat dan Joe pula tergelak kecil. "Jangan gelak-gelak di depan saya!"

OLIENPIECE 1: Wira Terakhir (Musim 1)Where stories live. Discover now