Assalamualaikum wbt, semua!
Ini kali pertama saya buat coretan untuk Olienpiece. Hehehe! Saja je nak beritahu yang saya akan fokus dengan cerita ni sekarang sebab dia dah nak masuk arc utama bagi musim 1 ni.
Ketahuilah, selepas ini akan ada banyak lagi rahsia yang akan tersingkap. Sedikit demi sedikit sebab ia akan menyambung ke arah musim 2 pula.
Untuk musim 2, dia punya flow, plot, karakter dan lain-lain sangat berbeza dengan musim 1. Jadi, awak semua enjoylah puas-puas dengan pewira Bandar Bukit Berapi ni.
Tak ada sesiapa lagi yang pernah baca musim 2 termasuklah adik saya sendiri. Dalam keluarga saya, hanya adik saya aje yang baca cerita saya. Saya berterima kasih sangat dekat dia sebab saat saya rasa tak ada sesiapa pun yang nak baca cerita saya, saya selalu ingat dia. Saya beritahu diri saya, yang masih ada seseorang yang akan baca iaitu dia. Terima kasih!
Sudah tentu sekarang ini, awak semua selaku pembaca dan kawan saya, pemberi semangat untuk saya juga. Jadi, terima kasih. Terima kasih dan terima kasih.
Tadi, masa saya tulis bahagian Mazhe dan Adam, saya pun menangis sekali sebab, bagi saya sangatlah sedih, apabila kawan yang awak sayang dan percaya tinggakan awak macam itu je tanpa penjelasan dan tahu-tahu je dia dah mati. Sakit, bagi saya sangatlah sakit. Dahlah masa saya buat tu saya dengar lagu Yell dari Ikimono Gakari. Keluar menitik air mata saya.Hahaha!
Saya harap saya dan awak semua panjang umur agar saya sempat buat cerita ni sampai habis dan awak semua sempat membacanya sampai ia tamat juga. Semoga saya dicurahkan idea yang baik, bagus, bernas dan yang memberi pengajaran.
Aamiin yarabbal'alamiin.
YOU ARE READING
OLIENPIECE 1: Wira Terakhir (Musim 1)
FantasySepuluh batu permata Saphira telah jatuh ke bumi. Batu-batu itu telah memilih pemegang yang dirasakan layak untuk memiliki mereka. Sesiapa yang memiliki batu itu akan mempunyai kuasa. Dilan dan kawannya yang lain telah berjuang habis-habisan untuk m...