...sambungan Bab 32

45 10 0
                                    

...

ADAM, Zamani, Fattah dan Firas berdiri di sebelah tiang bumbung jalan kaki berhampiran bangunan pejabat atau bangunan Akademik. Mereka serta pelajar tingkatan 5 yang lain sedang menunggu keputusan SPM masing-masing. Mereka mendapat berita mengenai penyerahan keputusan SPM itu melalui berita dan TV.

"Takutnya...Ya Allah berdebar-debar aku sekarang ni." Celah Zamani dengan wajah risau.

"Ala, tak perlu risau sangat. Kau masa percubaan tu dah kira cemerlang. Insya-Allah result SPM lagi bagus. Orang cakap percubaan SPM tu sebenarnya lagi susah daripada SPM." Sahut Firas dengan wajah tenang.

"Orang tu siapa? Mana kau tahu...Kau rileks aje, tak risau pun." Bidas Zamani laju.

"Eh, aku dah target aku dapat berapa. Dalam 5A kut aku dapat. Okeylah tu. Asalkan aku dapat masuk matrikulasi ikut Nadiah." Firas tersenyum nakal. Nadiah merupakan teman wanitanya.

"Um...Yalah tu. Kau rasa kau dapat berapa Adam?" soal Zamani kepada Adam pula. Daripada tadi lagi Adam mendiamkan dirinya dan banyak mengelamun.

"Hah!? Manalah aku tahu..." balas Adam sambil menggaru belakang kepalanya.

"Ala, kau agak-agaklah. Pasal aku mesti dapat banyak sikit daripada kau sebab aku bijak daripada kau." Zamani ketawa geli-hati. Firas dan Fattah menggelengkan kepala kerana gelagat Zamani itu.

"Mungkin 10A..." sampuk seseorang daripada belakang Adam.

Mereka semua melihat gerangan yang menyampuk perbualan mereka itu. Selepas melihat sosok tubuh itu, mata mereka terbeliak besar.

"Mazhe!!"

Zamani memanggil nama Mazhe dengan senyuman lebar. Mereka semua terus mendapatkan Mazhe yang semakin menghampiri tempat itu.

"Ke-kenapa kau boleh berada di sini?" soal Adam tidak percaya.

"Aku tak boleh berada di sini ke?" soal Mazhe selamba.

"Bukan itu maksud aku. Bukankah kau patut berada di Kastelhike."

"Aku tak ada tempat di situ Adam. Lebih baik aku duduk sini dan jaga mak angkat aku. Lebih baik aku tinggal di tempat yang menghargai kehadiran aku."

"Apa maksud kau ni?" soal Adam kerana kepelikkan dengan kenyataan kawannya itu.

"Mazhe, awak balik ke sini semula? Kenapa?" celah Fara pula apabila melihat kedatangan Mazhe sebentar tadi.

Ng Mei, Mimi, Raudhah dan Mila turut menghampiri Adam dan kawan-kawannya itu. Mazhe memandang ke sekelilingnya. Pelajar tingkatan 5 yang lain turut melihat ke arah mereka dengan penuh tanda tanya. Beberapa orang pelajar perempuan pula mengintai tempat itu kerana Mazhe memandangkan Mazhe merupakan pelajar paling kacak di sekolah tersebut. Dia agak popular dalam kalangan wanita itu kerana wajah rupawannya itu. Malahan, dia juga antara pelajar lelaki yang paling tinggi di situ dan menjadikan tubuh badannya segak bak model.

"Aku rasa kita patut berbincang di tempat bersembunyi sedikit. Tengoklah kawan-kawan perempuan kita yang lain tu, beriya betul tengok si Mazhe ni." Celah Zamani. Mereka semua bersetuju.

Setelah itu, mereka berkumpul di perpustakaan pula memandangkan tempat itu agak sunyi. Mereka semua duduk di sebuah meja yang sama. Malahan, mereka juga memandang tepat ke arah Mazhe.

"Jadi, apa maksud kau sebentar tadi Mazhe?" soal Adam dengan pertanyaan yang sama. Zamani dan yang lain turut fokus melihat ke arah Mazhe kerana ingin mengetahui jawapan Mazhe yang seterusnya.

OLIENPIECE 1: Wira Terakhir (Musim 1)Where stories live. Discover now