...
Rumah Dilan, Pukul 5.00 Petang.
DILAN membuka pintu pagar rumahnya dan mengukirkan senyuman. Khai sudah terpacak di hadapan pintu pagar rumahnya dengan wajah yang paling ceria. Khai telah pulang selepas melawat Dilan pagi tadi. Khai berjanji akan datang balik pada petang itu kerana ingin mengikut Tina ke pasar malam bersama-sama Dilan. Mereka berdua berdiri di hadapan pintu pagar tersebut.
"Dilan! Um, kenapa awak tak bersiap lagi?" soal Khai apabila melihat Dilan masih memakai kain sarung lelaki dan kopiah.
"Saya tak ikut. Awak pergilah dengan mereka."
"La, kenapa? Jomlah."
"Tak apalah Khai, awak boleh gunakan peluang ni untuk rapatkan diri awak dan Tina. Kalau saya ada...Um, mesti...mesti kekok, kan." ujar Dilan cuba untuk berdalih. Khai memeluk Dilan gembira.
"Ow, Dilan terima kasih sebab awak sangat memahami...Tapi, tak apa ke saya buat kalau macam tu..."
"Khai, saya lagi suka kalau awak bersama-sama Tina." balas Dilan lembut dan menyandarkan badan sebelah kanan ke dinding pagar rumah.
"Terima kasih. Woohoo!"
"Nanti awak bagitahu mereka semua saya tak ikut sebab...Saya tertidur ya." pesan Dilan. Khai mengangguk laju. "Kalau macam tu, saya tutup pagar balik." sambung Dilan dan mengunci pintu pagarnya.
Dilan berjalan masuk ke rumah dan mengunci pintu utama rumah pula. Dilan menuju ke sofa dan terbaring. Dia ingin merehatkan dirinya. Tadi, dia terlampau ralit membaca novel sampai badan serta tengkuknya berasa sakit kerana menunduk membaca novel begitu lama.
Khai berlari anak ke rumah sebelah sambil kedua-dua tangannya dihayung dengan lembut. Dia terus membunyikan loceng rumah sebelah iaitu rumah Tina dengan teruja. Seseorang membuka pintu pagar itu dengan senyuman menawan. Namun, senyuman itu kian luntur apabila dia melihat wajah Khai.
"Khai ke. Um, mana Dilan?" soal seseorang itu atau Tina sambil cuba mencari kelibat Dilan.
"Dilan tidur, dia tak nak pergi. Dia nak berehat." balas Khai tersenyum menawan. Tina membuat wajah kecewa.
"Ya ke. Hm..."
"Dah kenapa ni, nak keluar, keluarlah cepat. Nanti terlepas bas." celah Yurina apabila pintu pagar itu disekat oleh Tina memandangkan Tina tercegat berdiri di hadapan pagar.
"Hm." Tina menjawab dengan sedih dan keluar dari halaman rumah dengan riak wajah kecewa.
"Tak perlu tunggu bas. Saya akan hantarkan awak semua. Jom!"
Khai membalas dengan laju dan terus berlari anak ke kereta yang diparkirkan di hadapan rumah Dilan. Yurina menghembuskan nafas lega apabila Khai mengajak mereka semua pergi ke pasar malam dengan kereta Khai. Sekurang-kurangnya dia dapat jimatkan tambang bas.
Yurina mengikut Khai ke kereta dan dia diekori oleh Ayumi dan Henna. Manakala, Tina bergerak ke kereta dengan malas dan tidak bersemangat. Semangatnya telah hilang apabila mendapat tahu Dilan tidak mengikut mereka semua ke pasar malam. Masuk sahaja ke dalam perut kereta, Yurina membuka mulut kembali.
"Eh, mana Dilan?" soal Yurina ingin tahu.
"Dia tak pergi, tidur." balas Khai pendek dan melihat wajah Tina tidak berkedip.
Mendengar jawapan daripada mulut Khai telah membuatkan Yurina menoleh ke arah Tina serta-merta.
"Patutlah Tina sedih. Waduh, waduh." bisik hati Yuria mengangguk-angguk.
Dia turut berasa serba-salah apabila melihat Tina bersedih hati. Kemudian, Yurina mengalih pandangan ke arah Henna yang sedang duduk bersebelahan dengannya. Mata Henna bersinar-sinar melihat ke arah Ayumi yang berada di hadapan mereka berdua. Yurina tergelak kecil. Dia tahu Ayumi merupakan role-model Henna.
YOU ARE READING
OLIENPIECE 1: Wira Terakhir (Musim 1)
FantasySepuluh batu permata Saphira telah jatuh ke bumi. Batu-batu itu telah memilih pemegang yang dirasakan layak untuk memiliki mereka. Sesiapa yang memiliki batu itu akan mempunyai kuasa. Dilan dan kawannya yang lain telah berjuang habis-habisan untuk m...