...
Rumah Night Stalkers, pukul 6.45 pagi.
YURINA sedang meminum air kopi panas di meja makan bersama-sama Henna. Mereka berdua telah menyiapkan sarapan pagi untuk kawan serumahnya itu. Tidak lama setelah itu, batang hidung Ayumi turut kelihatan dan sedang menuruni tangga ke bawah.
"Makan, Ayumi. Aku buat Nasi Lemak." pelawa Yurina dengan senyuman.
"Ya, aku tahulah." Ayumi menarik kerusi dan terus duduk bersebelahan Yurina.
"Um, hari ni kau dapat praktis dengan kami tak?"
"Tengoklah dulu. Kalau aku rasa nak tengok wajah korang aku pergi. Tapi, kalau aku rasa aku meluat nak tengok wajah korang ni, aku tak datang. Aku ke makmal, buat antiviral dengan Prof Rachan."
"Okey Ayumi. Noted! Hehehehe. Makan Henna, jangan tengok Ayumi aje. Tengok wajah Ayumi tak akan buat kau kenyang."
Tegur Yurina kepada Henna yang ralit melihat wajah Ayumi setelah Ayumi duduk di meja makan itu. Ayumi turut melihat Henna dengan wajah menjelikkan. Kelakuan Henna terhadapnya tidak pernah berubah. Semasa mereka berdua berada di matrikulasi juga sama. Ayumi menggelengkan kepalanya apabila teringat pada zamannya berada di matrikulasi.
Usai makan, Ayumi ke sekolah dahulu seperti selalu. Yurina dan Henna sedang menunggu Mina dan Tina makan sarapan mereka dahulu kerana ingin bertolak ke sekolah bersama-sama. Setelah mereka berdua selesai makan, Yurina, Henna, Mina dan Tina bergerak keluar dari rumah. Mereka tidak ingin terlepas bas nanti.
Saat membuka pintu pagar rumah, jiran sebelah mereka juga turut keluar dari pintu pagar tersebut. Wajah Dilan, Joshua dan Niel kelihatan di muka pintu. Zull sudah pun ke sekolah kerana dia perlu bersiap-sedia untuk menjaga perhimpunan pada pagi Ahad ini.
"Hai, Dilan!" jerit Tina dengan teruja.
"Hai." Dilan sekadar tersenyum dan meneruskan perjalannya.
Tina mengejarnya dari belakang. Dia berani melakukannya kerana wajah Zull tidak kelihatan di situ. Tina terus merangkul tangan Dilan tanpa segan silu.
"Tina?"
Dilan agak terkejut dengan tindakkan Tina dan cuba merampas tangannya kembali. Mina pula menggelengkan kepalanya dan menghampiri Tina. Setelah itu dia menarik rambut Tina.
"Mina, sakitlah..."
"Kau tak payah nak menggatal dekat sini ya. Maaf ya Dilan, ulat bulu bertenggek dekat dia lagi. Entah bilalah ulat bulu tu nak berpindah. Lama pula dia bertenggek dekat situ, sanggup juga ya dia. Ahahahaha! Oh ya, Zull mana? Saat macam nilah khidmat dia diperlukan, saja bagitahu. Hahahaha!" ujar Mina selamba. Dilan yang mendengar ayat itu tergelak kecil.
"Ah, dia dah lama bergerak ke sekolah tadi. Dia kena bersiap untuk perhimpunan pagi ni."
"Haahlah, hari ini ada perhimpunan pagi. Ala..." Mina mendecis kerana malas.
"Perhimpunan pagi aje pun." Celah Yurina pula.
"Yurina kau tak faham Yurina. Kita kena berdiri, setelah diberitahu kita boleh duduk baru boleh duduk. Aku tak sanggup berdiri lama-lama."
"Selamanya ini pun dia memang bagi kita duduk, kan. Tak payah risaulah. Benda kecil aje pun. Lagipun, ceramah pagi bukannya lama sangat."
"Ya, sehinggalah Pengetua Yang Lee juga ingin berucap."
"Ak!" Yurina terdiam kerana ada betulnya kata-kata Mina. Tiba-tiba sahaja bayangan Pengetua Yang Lee berucap muncul dalam kepalanya.
"Kau baru tersedar pasal itu, kan..."
YOU ARE READING
OLIENPIECE 1: Wira Terakhir (Musim 1)
FantasySepuluh batu permata Saphira telah jatuh ke bumi. Batu-batu itu telah memilih pemegang yang dirasakan layak untuk memiliki mereka. Sesiapa yang memiliki batu itu akan mempunyai kuasa. Dilan dan kawannya yang lain telah berjuang habis-habisan untuk m...