...sambungan Bab 11

115 19 0
                                    

...

Di Dalam Kelas Tingkatan 5 Gred A+, Pukul 8.00 Pagi.

MISS BROOME (49) memasuki kelas Gred A+ dengan wajah yang gembira. Dia baru sahaja datang ke sekolah tadi. Dia telah terlewat pergi ke sekolah kerana menguruskan sesuatu. Sepatutnya dia datang sekali dengan Ayuri memandangkan mereka duduk di rumah yang sama dan Miss Broome atau MB ialah Mak Cik kepada Ayuri.

"Hi, guys. I'm sorry because I'm a bit late." sapa MB.

Dia merupakan guru baharu di situ dan telah melaporkan diri pada minggu lepas. Dia diberi tanggungjawab menjadi Guru Kelas Gred A+ memandangkan kelas tersebut masih belum ada Guru Kelas.

"Good morning Teacher." sapa Botak (17) terlebih dahulu. Hanya dia sahaja yang menyapa MB. Pelajar yang lain sekadar melihat.

"Kamu semua tak sapa Cikgu kamu yang sebelum ini ke?" duga MB pelik. Pelajarnya menggelengkan kepala. MB semakin pelik.

"Kami tak ada Ketua Kelas lagi Cikgu." jawab Bella (17).

"Tak, tak. Kamu tak boleh jadi macam ni. Tak baik. Mulai hari ini, saya nak kamu sapa semua guru atau sesiapa pun yang memasuki kelas ni. Tak kisahlah kalau kamu tak ada Ketua Kelas pun. Guru lain tak buat pelantikkan jawatan ke sementara saya tak ada ni?" soal MB lagi. Pelajarnya menggelengkan kepala.

"Sebab kami tak ada Guru Kelas." balas Bella kembali.

Di dalam kelas itu, hanya dia dan Botak sahaja yang agak aktif. Sekiranya Zull ada, Zull juga akan menjadi pelajar aktif di dalam kelas tersebut.

"Macam itu ke. Tak apalah. Kita buat pelantikkan dulu. Hari ni, saya mungkin akan sentuh sikitlah bab pembelajaran kita sebab saya nak bersuai-kenal dengan kamu dulu. Kenal saya tak? Kalau sesiapa kenal, angkat tangan. Cikgu ada hadiah misteri nak bagi ni."

Ayuri ingin mengangkat tangannya. Namun, MB menyambung ucapannya. "Kecuali Ayuri. Saya tahu kamu kenal saya sebab saya ni Mak Cik kamu. Maaflah, saya kenal Ayuri sebab dia anak saudara saya. Orang lain ada tak?"

Pelajar lain mengangguk faham dan melihat ke arah Ayuri. Mereka baru tahu Ayuri mempunyai seorang Mak Cik. Ayuri menjatuhkan tangannya kembali selepas ditegur oleh MB.

"Ala, semua tak kenal ke. Sedihnya, nak merajuklah..." seloroh MB. "Okeylah, saya tulis nama saya pada papan putih dan akan memberitahu serba-sedikit tentang diri saya."

"Kelas, nama saya Nur Atiqah Izwardi. Tapi, pelajar saya dulu panggil saya Miss Broome aje atau MB. Nak tahu sebab apa? Sebab saya pernah mematahkan penyapu kelas mereka. Tapi sebenarnya saya tak sengaja pun nak patahkan penyapu tu. Semenjak daripada itu mereka semua panggil saya MB. Nak panggil Madam saya tak bagi. Nampak tua. Huhu. Umur saya tu biarlah rahsia. Saya dah mengajar hampir 24 tahun. Lama kan...Saya dah banyak makan garam sampai bosan asyik makan garam aje. Saya mengajar Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu." T

MB menerangkannya dengan panjang lebar. Kadang-kadang dia tergelak dengan jenakanya sendiri. Pelajarnya pula melopong melihat MB yang ramah itu.

"Sekarang ni, saya nak kamu semua pula perkenalkan diri masing-masing. Kamu ceritalah asal-usul kamu dari mana, nama penuh, panggil apa. Um, apa lagi ya? Um, ikut kamulah nak bagitahu apa-apa pun. Kamu bantai aje. Jangan panjang berjela-jela sudah."

Selepas dia menyuruh semua pelajar dalam kelas itu memperkenalkan diri, kesemua mereka mula memperkenalkan diri masing-masing dan dimulakan dengan tempat duduk Botak dan Razak. Kemudian, diikuti oleh Siti dan Nur serta yang seterusnya.

Selepas sepuluh minit para pelajar kelas 5 Gred A+ memperkenalkan diri masing-masing, MB mula bersuara kembali. Namun, belum sempat dia menghabiskan kata-katanya, Cikgu Azrell mengetuk pintu kelas tersebut. MB menuju ke luar kelasnya.

OLIENPIECE 1: Wira Terakhir (Musim 1)Where stories live. Discover now