...
ZULL ke rumah Khai dengan menaiki bas. Selepas sampai di rumah itu pada pukul 6.00 petang, Zull terus memasuki perkarangan rumah Khai melalui pintu pagar depan seperti biasa. Mereka membuka pintu pagar itu selepas melihat wajah Zull di CCTV tanpa bertanyakan apa-apa soalan memandangkan mereka sudah kenal dengan Zull. Namun, pengawal di depan pintu pagar tetap memberitahu Roy dengan menggunakan 'walkie-talkie'. Pengawal itu membenarkan Zull masuk selepas mendapat kebenaran dari Khai dan Roy. Oleh yang demikian, Khai berlari anak apabila melihat Zull telahpun menjejakkan kaki ke dalam rumah mereka dan terus memeluk Zull dengan erat.
"Akhirnya Zull sampai jugak. Tapi, makan malam dah habis sebab abang ingatkan adik dan yang lain tak dapat datang. Lagipun, abang nak ke hospital untuk jumpa Ayumi." ujar Khai lembut.
"Aku tak kisah pun, aku pun bukannya nak makan sangat." Balas Zull dengan malas.
"Ayumi okey? Tadi, masa dapat call dari Dilan, abang tak dapat angkat sebab sibuk. Tadi, baru abang periksa telefon dan dapat mesej dari Dilan. Abang dah telefon Tina dan dia cakap Ayumi dah stabil dan sedang ditukar ke wad biasa. Abang nak ke sana dan rawat luka Ayumi dan tukar dia ke bilik VVIP." Jelas Khai sambil berjalan menuju ke arah sofa ruang tamu. Zull mengikut dari belakang dan mengangguk.
"Kau dah tahu Ayumi stabil, yang kau masih tanya aku Ayumi okey ke tak tadi kenapa? Aku silap dengar ke? Ayumi stabil tu maksudnya dia dah okeylah. Jawapan apa lagi kau nak aku beritahu kau? Peninglah aku."
"Oh ya. Hehehe. Adik janganlah marah, nanti lekas tua."
"Sebab kaulah aku cepat tua. Satu lagi, tak payahlah pergi sana, masa melawat dah habis."
"Melawat orang sakit tu amalan mulia. Khai pergi jelah kalau Khai nak." celah Mazhe yang sedang membaca majalah 'Men on Fire', majalah yang disasarkan kepada kaum lelaki. Zull menjeling Mazhe tajam.
"Kan saya dah cakap masa melawat dah tamat." Bidas Zull tidak puas hati.
"Hospital itu antara tempat yang kami salurkan dana, jadi kami boleh minta kebenaran mereka untuk melawat."
"Oh, sebab pak ciklah ni."
"Apa maksud kamu?"
"Pak Cik, hospital dah tak bagi orang melawat dan pak cik nak gunakan kuasa penaja pak cik untuk melawat orang. Pihak hospital ni bagi waktu melawat bersebab. Satu lagi, disebabkan pak cik, pihak hospital mungkin boleh rasa serba salah. Yalah, diorang dah bagi had masa untuk melawat kepada pelawat dan orang luar, tetapi disebabkan pak cik sorang, diorang perlu longgarkan. Nanti apalah yang pelawat lain akan kata dekat hospital kalau nampak dan tahu pak cik dan keluarga pak cik diberi layanan istimewa. Pak cik bagi tajaan atau derma ni ikhlas ke sebab nak layanan istimewa aje? Boleh tak jangan jadi sebab orang lain rasa serba salah dan kena marah? Ayumi dah stabil, tak ada apa yang akan membahayakan dia lagi dah. Jadi, tak payahlah Khai. Kau pergi aje esok. Pukul 8 pagi macam tu boleh dah kut." Sangkal Zull lagi.
Kata-kata Zull itu betul-betul menyakitkan hati Mazhe, tetapi dia akui apa yang dikatakan oleh remaja lelaki itu ada betulnya. Oleh itu, Mazhe hanya mendiamkan dirinya sahaja. Dia membuat keputusan untuk mengalah dan tidak membangkang apa-apa lagi kerana dia tidak mahu bergaduh dengan orang yang lebih muda darinya. Dia yang tua di antara mereka berdua, jadi dia akan mengalah, untuk kali ini.
"Eh, kamu pun sama, kan. Sedap aje kata dekat orang lain. Boleh tak kau jangan buat sesuatu yang akan buatkan orang lain rasa sakit hati dan menyampah?" sindir Nek Chu di atas tangga dan memulangkan paku buah keras kepada Zull.
"Saya ni beritahu Pak Cik dan Khai benda yang betul, bukannya saja-saja saya tegur orang."
"Kami tak perlukannya pun, kami tahulah apa yang kami buat. Cucu aku tu hanya risaukan Ayumi, kawan dia. Salah ke dia pergi melawat? Dan, tolong panggil anak aku dengan panggilan Tan Sri, bukan pak cik." Bidas Nek Chu lagi. Khai mula rasa tak sedap hati kerana dia risau Zull dan Nek Chu bergaduh besar.
YOU ARE READING
OLIENPIECE 1: Wira Terakhir (Musim 1)
FantasySepuluh batu permata Saphira telah jatuh ke bumi. Batu-batu itu telah memilih pemegang yang dirasakan layak untuk memiliki mereka. Sesiapa yang memiliki batu itu akan mempunyai kuasa. Dilan dan kawannya yang lain telah berjuang habis-habisan untuk m...