...
Di Dalam Rumah Sewa Night Stalkers (Perumahan Melati), 8.30 Malam.
TINA memakan ais krim perisa coklat di ruang tamu rumah mereka berlima sambil menonton drama bersiri. Dia ditemani oleh Henna di sebelahnya.
"Kau nak?" soal Tina menawarkan ais krim itu kepada Henna.
Henna menggelengkan kepalanya. Tina telah menemani Henna pulang petang tadi memandangkan kawannya yang lain didenda oleh Cikgu Ross.
"Awak dapat daripada mana ais krim tu? Awak beli ke? Setahu saya awak amat jarang membeli sesuatu." soal Henna lembut sambil membetulkan spek mata bulatnya.
Tina memang sangat jarang membeli barangan untuk dirinya sendiri kecuali baju dan aksesori pakaian. Dia sedang berjimat-cermat untuk membeli baju jenama 'Gacci' yang bakal dikeluarkan hujung bulan nanti. Dia lebih suka membelanjakan wang untuk pakaian.
"Em, jiran kita, Kak Leha bagi. Dia kan nak pindah. Aku tolonglah angkut barang-barang dia tu sikit. Sayangnya, Kak Leha dah pindah. Tak dapatlah nak merasa air tangan dia lagi. Selalunya dia mesti bagi dekat kita kalau dia masak. Sobs...Sobs." jelas Tina membuat gaya menangis dengan tangannya. Henna mengangguk faham.
"Mana mereka bertiga ya? Mereka tak balik-balik lagi ni. Saya risaulah. Takkanlah mereka kena denda sampai lewat malam." duga Henna risau. Tina menggelengkan kepalanya.
"Aku pun tak pasti Henna. Aku dah telefon diorang semua banyak kali masa kau tidur tadi. Tapi diorang semua tak jawab. Nanti diorang balik kut. Entah-entah teman Ayumi buat eksperimen di sekolah tu. Sambil menyelam, sambil minum air."
"Mungkin juga."
Henna berdiam diri kembali kerana berpuas-hati dengan jawapan Tina. Walaupun, dalam hatinya berasa pelik akan sesuatu. Ayumi tidak pernah menyuruh sesiapa menemani dia di makmal sepanjang mereka berada di sini.
Selalunya, Ayumi akan membuat eksperimen seorang diri kerana tidak ingin berserabut dengan kehadiran orang lain. Namun, Henna membiarkan sahaja persoalanan itu kerana dia juga tidak pasti.
"Ah, tadi masa aku tolong Kak Leha, Tuan Rumah ada sekali. Dia tengah tinjau keadaan rumah tu. Kau tahu tak, dia cakap sudah ada penyewa baharu di rumah itu selepas Kak Leha pergi. Dia cakap lelaki. Haha! Kan bagus kalau hensem macam Shawn Mendes ke, Tom Holland ke. Syoknya!" sorak Tina gembira apabila membayangkan wajah hensem Shawn Mendes.
Dia sedang berada di dalam dunia fantasinya ketika itu. Kemudian, lamunannya terhenti apabila telefonnya berdering. Dia menggapai telefon yang berada di atas meja ruang tamu. Dia meletakkan bekas ais krim di atas meja tersebut.
Dia memandang skrin empat segi tersebut tajam. "Nombor yang tidak dikenali. Henna, patut ke aku angkat?"
Henna membuat wajah tidak pasti. Tina mengetap bibir. Dia dapat rasakan dia perlu menjawab panggilan itu. Dia menekan tanda accept di skrin sentuh telefon tersebut. Dia menekapkan telefon itu ke telinganya.
"Helo?" sapa Tina.
"Kenapa lambat sangat nak jawab? Daripada tadi aku call kau ni." ujar seseorang di hujung talian itu.
"Siapa ni?" soal Tina pelik. Dia membuka pembesar suara agar Henna dapat mendengarnya sekali.
"Aku ni Yurina. Kami ada masalah ni. Kami perlukan Henna. Kau dah bawak Henna balik ke? Jangan cakap kau lupa." ugut Yurina.
"Henna adalah kat sebelah aku ni. Kenapa sebenarnya ni?"
"Kau dan Henna datang ke padang sekolah kita dan kau akan tahu. Malaslah nak cerita kat kau melalui phone."
YOU ARE READING
OLIENPIECE 1: Wira Terakhir (Musim 1)
FantasySepuluh batu permata Saphira telah jatuh ke bumi. Batu-batu itu telah memilih pemegang yang dirasakan layak untuk memiliki mereka. Sesiapa yang memiliki batu itu akan mempunyai kuasa. Dilan dan kawannya yang lain telah berjuang habis-habisan untuk m...