...sambungan Bab 31-2

37 7 0
                                    

...

AIS, Api dan Mazhe melakukan serangan serentak ke arah Airez. Lohong Hitam itu semakin besar dan bakal menarik semua benda yang berada di situ masuk ke dalam. Mereka tidak boleh membiarkan hal itu terjadi. Mereka berada berhampiran sekolah. Jadi, mereka mahu mengelakkan sebarang kemusnahan terhadap sekolah tersebut selagi mereka mampu.

Mereka bernasib baik, tiada seorang manusia pun yang kelihatan di tempat tersebut. Namun, mereka risau kekecohan ini akan menarik orang ramai ke situ lagi-lagi wartawan berita. Ia akan menyulitkan perlawanan mereka nanti.

"Huf, huf...Berlawan dengan dua musuh dalam satu malam amat memenatkan. Dan kedua-duanya agak kuat pada pendapat aku. Mengah dah rasanya." Kata Ais (Adam) selamba dengan nafas yang tercungap-cungap.

"Huh...huh...huh..." Muslim atau Api tidak mampu membalasnya kerana turut kepenatan.

"Korang berdua pergilah berehat sekejap, aku akan uruskan lelaki ini." Celah Mazhe.

Airez tidak memulakan serangan selepas mereka berhenti. Mungkin dia sedang menjimatkan tenaganya dan hanya menggunakan ia apabila diserang sahaja.

"Boleh jugak kalau macam tu, kami ingin mengecas tenaga kami balik." Balas Ais.

"Tak boleh. Kita tak boleh biarkan Mazhe berlawan dengan lelaki itu seorang diri." Bidas Api (Muslim). Ais terus melihat ke arah Api dengan pandangan tidak percaya.

"Aku boleh lakukannya." Templak Mazhe laju.

"Maaf, aku tak izinkannya Maz." Ujar Api dan terus menyeru kuasa bebola apinya ke arah Airez lagi. Dia tidak akan berputus-asa.

"Nampaknya Api sangat bersemangat hari ini. Aku tak boleh biarkan dia berseronok seorang diri. Wuuuhuuuuuuu!"

Ais bersorak dan terus menyerang Airez sekali lagi dengan kuasa bebola ais serta panahan beku beraisnya itu. Mazhe melihat ke arah kedua-dua kawannya yang begitu bersemangat dalam perlawanan hari ini. Dia mengukirkan senyuman. Ya, dia berasal dari Olienpiece dan dia bangga dengannya. Tetapi, ia tidak akan dapat menidakkan kerseronokkan dan kegembiraan yang dia rasai semasa berada di Bumi.

Berjumpa dengan Adam (Ais) yang peramah dan suka menolong orang yang memerlukan, Muslim (Api) yang begitu baik hati dan suka mengambil berat perihal orang lain, Zamani (Volt) yang begitu bersahaja, Fattah (Kristal) yang suka menyakat orang lain serta Firas (Shadow) seorang yang pendiam namun sekepala dengan Zamani. Hidupnya di Bumi dipenuhi pelbagai emosi. Gelak tawa dan tangisan datang bersilih-ganti.

Mazhe turut menyertai perlawanan itu. Dia menggunakan kuasa silinder tanah untuk menangkap Airez. Namun, Airez menghancurkannya dengan mudah apabila dia menggunakan kuasa tanah yang dia turut miliki. Airez boleh mengawal dua unsur, tanah dan api. Sama seperti Mazhe, namun Mazhe boleh mengawal unsur tanah dan air.

Di Olienpiece, rakyatnya boleh mengawal 1 sehingga 4 unsur. Seseorang yang dapat mengawal 1 unsur berada dalam kalangan rakyat biasa, jika mempunyai 2 unsur pula, mereka boleh menyertai tentera atau memasuki kawasan istana. Jika, mampu mengawal 3 unsur pula, mereka akan diiktiraf sebagai seorang yang HEBAT, dan jika mempunyai 4 unsur maka orang itu adalah yang paling KUAT.

Setakat ini, tiada sesiapa lagi yang mampu mengawal 4 unsur selain TUANKU RAISHO, pemerintah terkuat dan paling disegani di pelosok Olienpiece. Pemilik sebenar TAKHTA TERTINGGI OLIENPIECE. Dan hanya dua orang sahaja yang pernah mengawal kuasa 3 unsur. Pertama ialah Raja Mar dan kedua ialah Raja Merak. Mereka ialah moyang Mazhe. Kuasa TAMBAHAN pula, boleh dipelajari di dalam akademi. Kuasa tambahan boleh meliputi kuasa seperti lohong hitam, worsikel, cermin dua muka dan seerti dengannya.

OLIENPIECE 1: Wira Terakhir (Musim 1)Where stories live. Discover now