...
HASH menunggu di sebuah rumah pangsapuri. Setiap kali dia turun ke bumi, dia akan berada di apartmen atau pangsapuri ini. Pangsapuri ini telah disediakan oleh bekas Kakitangan Ketua Haze. Ketua Haze ialah Tuan Gurunya sebelum ini dan merangkap bekas Pegawai Istana Kastelhike (Olienpiece) atau JKIK (Jujukkan Ketua Istana Kastelhike).
Seseorang memasuki rumah itu dan memberikan salam hormat kepadanya. Hash hanya mengangguk. Bekas Kakitangan Ketua Haze itu telah diarahkan untuk turun ke bumi dan menjadi mata-mata bagi pihak Hash dan bekas Ketua Haze.
"Selamat petang, Ketua Hash." Ujar bekas kakitangan Ketua Haze itu atau Alif dengan suara yang lembut.
"Ya. Macam mana dengan kerja?" soalnya tanpa ekspresi.
"Baik, tak ada apa-apa masalah Ketua."
"Kamu sudah lakukan tugas dengan baik sepanjang berada di sini. Nanti hari minggu, baliklah ke Olienpiece. Kamu sudah lama tidak melawat ibu bapa kamu, bukan?"
"Ya. Terima kasih Ketua."
Alif mengangguk faham. Alif ialah PA dan juga setiausaha Mazhe. Dia diturunkan ke bumi pada umur 16 tahun dan diarahkan untuk mendekati Mazhe kerana perlu melindungi dan menjaga Mazhe dari jarak dekat. Tetapi, Alif telah melakukan sesuatu yang lebih dari itu apabila telah menjadi orang kepercayaan Mazhe. Oleh sebab itulah, dia yang dipilih untuk menjadi pengintip. Dia memang pelajar yang cemerlang.
Tugas intipan ini diarahkan oleh bekas Ketua Haze dan ianya merupakan arahan rahsia. Maknanya, Tuanku Oz tidak tahu-menahu tentang perkara ini. Ketua Hash juga tidak tahu kenapa Tuan Gurunya itu mahu merahsiakan perkara ini daripada Tuanku Oz sedangkan dia tahu Tok Gurunya itu sangat setia dengan pihak Olienpiece. Ianya seolah-olah terdapat sesuatu yang diketahui oleh Tok Gurunya tetapi, tidak diketahui olehnya. Namun, sebagai Ketua di Kastelhike, dia memilih untuk mempercayai Tok Gurunya itu.
"Putera Mazhe okey ke?"
"Okey, ketua. Tak ada apa-apa masalah."
"Maaf kerana melibatkan kamu dalam perkara ini dan mengarahkan kamu turun ke bumi semasa kamu baru berumur 16 tahun. Ia tentu menyukarkan kamu, kan?"
"Tak apa Ketua. Saya gembira dapat berbakti untuk Olienpiece. Lagi pun, Putera Mazhe layan saya dengan sangat baik di sini."
"Um, kamu pergilah berehat. Saya akan ke tempat Putera Mazhe dan tengok-tengokkan dia dari jauh seperti biasa."
"Baik Ketua. Terima kasih. Um, Ketua Hash okey ke?"
"Kenapa kamu bertanya?"
"Ketua Hash jarang bercakap tentang perkara macam ini dengan saya. Selalunya, Ketua Hash hanya tanya tentang keadaan Putera Mazhe, itu sahaja. Dan Ketua akan buat apa sahaja yang Ketua mahu tanpa beritahu saya apa-apa. Jadi, apa yang terjadi tadi, agak memelikkan."
Hash hanya mengangguk. Dia juga tidak pasti kenapa dia melakukan perkara itu. Ia berlaku tanpa dia sedari.
"Saya okey."
Alif terus mengangguk faham dan berlalu pergi ke biliknya. Hash berjalan ke arah sofa dan menjatuhkan badannya ke atas sofa yang empuk itu. Sekejap lagi, dia akan bergerak ke rumah Mazhe. Buat masa sekarang, dia mahu berehat selama 30 minit. Hash merenung kipas siling yang sedang berpusing-pusing di ruang tamu rumah pangsapuri tersebut. Dia mula berfikir dengan kata-kata Zull tadi.
"Aku tak perlu ambil berat akan apa yang budak tu cakapkan. Belum tentu lagi apa yang dia beritahu adalah betul. Mungkin juga dia mahu mengalihkan perhatian aku dan membuatkan aku ragu-ragu dengan Tuanku Oz. Lagi pun, pemegang Naga Api pada sebelum ini adalah seorang pembelot. Jadi, dia juga mungkin seorang pembelot. Tapi, macam mana kalau dia betul?" fikirnya.
"Hmm...Pemegang Naga Ais mempunyai kuasa psikik? Ia memelikkan." Sambungnya lagi. Ia memelikkannya kerana manusia di bumi tidak sepatutnya mempunyai kuasa, tidak seperti Olean (orang-orang di Olienpiece). Oleh sebab itulah, manusia di bumi digelar sebagai manusia biasa kerana mereka orang biasa tanpa kuasa.
Disebabkan masih tidak berpuas-hati, jadi dia membuka mobilika miliknya dan menekan satu punat padanya. Serentak itu juga, keluar suatu hologram darinya. Dia dapat melihat wajah Penolong Kanannya di Kastelhike, iaitu PK Mairi (Penolong Kanan).
"Ketua Hash!" laung PK Mairi dengan teruja memandangkan Ketuanya itu jarang menelefonnya setiap kali turun ke bumi.
"Mairi, tolong carikan maklumat tentang kuasa psikik di Olienpiece."
"Kuasa psikik? Baik Ketua." Mairi menyahut dengan laju dan setelah itu, bunyi dia menekan sesuatu kedengaran di hologram tersebut.
Hash menunggu selama 10 minit, setelah itu barulah Mairi bersuara kembali. Mairi menjumpai sesuatu pada skrin Mobilika Stennya (seperti PC monitor) dan mengerutkan dahinya itu. Dia membacakan maklumat itu kepada Ketua Hash.
"Berdasarkan maklumat yang saya dapat, hanya seorang sahaja yang didaftarkan dengan kuasa itu dan ia adalah kuasa kuno. Dan ini amat mengejutkan, saya juga baru tahu tentang perkara ini. Dari Perpustakaan dan Simpanan Kerajaan Utama, orang yang dikatakan pernah mempunyai kuasa psikik adalah bekas Peramal Istana pada 300 tahun yang lalu iaitu Peramal Ivannois (rujuk Bab 35: Tanda Putera). Dia mempunyai kuasa psikik yang boleh meramal masa hadapan seperti Lagenda Tua. Kuasanya itu juga digelar sebagai..."
"Obsever." jawab Hash. Dia tahu apa yang mahu disebut oleh Mairi, jadi dia menyebutnya dahulu. Mairi mengangguk kerana mengeyakannya.
"Mana dia sekarang?" soal Hash. Apa yang dia tahu tentang Observer pada zaman Pemerintahan Tuanku Rai dan Tuanku Merak ialah dia telah hilang. Itu sahaja, dan dia tidak mempunyai maklumat selebihnya tentang dia.
"Dia menghilangkan diri bersama-sama keluarganya dan sampai sekarang tidak ada berita pun tentang dia. Mungkin ahli keluarga dia ada di luar sana tu, tapi kita tidak tahu. Sayangnya. Kalau dia ada, sekurang-kurangnya, kita boleh suruh dia ramal masa hadapan Olienpiece."
Jawapan itu membuatkan Hash menghembuskan nafas pendek, "Um, kamu rasa ada kemungkinan tak, dia...bekas Peramal Istana itu turun ke bumi dan beranak-pinak di sini?" soal Hash dengan serius.
Mairi mendiamkan dirinya untuk seketika. "Ya, ketua. Ada kemungkinannya juga, sebab itulah kita langsung tidak mendengar beritanya di sini dan tidak ada lagi yang mempunyai kuasa seperti itu di sini. Seperti yang kita tahu, ada kuasa yang diwarisi (inherited) dan ada kuasa terbitan sendiri (derivatives/add on). Rasanya kuasa milik bekas Peramal Istana adalah kuasa yang diwarisi. Jadi, hanya keturunannya sahaja yang akan memiliki kuasa tersebut. Boleh saya tahu, kenapa Ketua Hash tiba-tiba sahaja berminat untuk tanya soalan ini?"
"Tak ada apa-apa Mairi. Teruskan kerja awak. Selamat tinggal." Hash menutup panggilan hologram itu dan termenung di atas sofa tersebut.
"Macam mana perkara ini boleh berlaku? Ada sesuatu yang akan berlaku ke? Ianya seolah-olah batu permata Naga Ais menemui Dilan bukan kerana kebetulan. Dilan mungkin pewaris kuasa Obsever dan ini adalah takdirnya." Hash berfikir dengan serius sehingga urat kepala di dahinya kelihatan.
...
YOU ARE READING
OLIENPIECE 1: Wira Terakhir (Musim 1)
FantasySepuluh batu permata Saphira telah jatuh ke bumi. Batu-batu itu telah memilih pemegang yang dirasakan layak untuk memiliki mereka. Sesiapa yang memiliki batu itu akan mempunyai kuasa. Dilan dan kawannya yang lain telah berjuang habis-habisan untuk m...