Ayuri menuju ke tempat bersebelahan perpustakan itu dan memulakan pencariannya. Ayuri mencari kasutnya itu dengan khusyuk. Dia sangat sayangkan kasutnya itu memandangkan kasut tersebut merupakan kasut yang tahan lama dan agak mahal.
"Mana pulak kasut aku ni." getus hati Ayuri geram.
Kemudian, sesuatu terbang melintasi matanya. Dia mengangakan mulutnya luas apabila sesuatu yang melintasi matanya adalah merupakan kasut miliknya.
"Kau cari benda tu eh?" tegur seseorang garang. Seseorang itu menyelukkan tangan ke dalam kocek seluar sambil membuat muka jahat seperti samseng.
"Kenapa kau lempar kasut KE-SA-YANG-AN aku!?"
"Kau yang hantar surat ni kan." kata seseorang tersebut atau Zull tegas.
"Surat? Surat apa yang kau cakapkan ni? Oh, surat CINTA dalam laci kau ke? Excuse me, you're not even my taste. I don't like you. So why should I send you a love letter. Oh My Gosh! Kalau kau ni kacak dan baik macam Dilan, tak apalah jugak. Ni tak, kau hodoh macam katak dan jahat macam setan. Lelaki yang baik tak akan buli perempuanlah."
"Eleh! Mana kau tahu surat yang aku maksudkan itu surat cinta? Aku tak pernah cakap dekat sesiapa tentang kandungan surat tu pun. Dahlah kutuk aku dalam surat tu, kalau suka berterus-terang ajelah. Bukannya aku akan marah, aku membebel aje. Sedap mulut aje cakap aku hodoh, aku ni lebih kacak daripada mana-mana lelaki yang kau kenal tau. Hahaha!"
"Aku tak nak dengar lagi pasal hal ni. Lagipun, bukan aku yang hantar surat tak senonoh tu."
"Kalau bukan kau, kenapa kau ada di sini? Dari tadi aku tunggu, tiada sesiapa pun yang jejakkan kaki ke tempat ni selain KAU. Surat ni tulis nak jumpa aku semasa waktu rehat di TEMPAT ni."
Zull menayangkan surat itu kepada Ayuri. Ayuri cuba mengambilnya namun, Zull menyembunyikan surat itu kembali.
"Bukan aku yang bagilah Si Katak!"
Ayuri menunjukkan buku limanya ke arah Zull dengan pandangan menjelikkan. Dia berjalan melepasi Zull kerana ingin mengambil kasutnya. Ayuri mengambil kasutnya dan cuba untuk memakainya namun, Rizki sekali lagi merampas kasut itu dari tangan Ayuri. Dia memerhatikan gerak-geri Ayuri daripada tadi dengan bersembunyi di sebalik dinding. Dia masih belum puas mengenakan Ayuri.
"RIZKI!!!" jerit Ayuri kuat.
"Alololo, so sweet. Tuan Puteri nak confess dekat Si Katak itu ke? Tetapi, budak tu tolak Puteri? Ini berita yang mengejutkan. I should viral this." Rizki membuat wajah gatal.
"Nonsense! Aku tak cuba untuk luahkan perasaan aku dekat Si Katak tu, aku sedang cari kasut yang kau lemparkan tu!" Ayuri menyindir sambil mengerling ke arah Zull yang sedang memerhatikan dia dan Rizki.
"Bagi balik kasut aku."
"U-Uh, nope. Nope this time princess. I will treasure this in my heart."
Rizki melemparkan kasut Ayuri sekali lagi. Namun, kali ini ia melepasi pagar sekolah yang berada di belakang bangunan perpustakaan itu. Ayuri mengangakan mulutnya luas.
"Oi kau dah kenapa!?" jerit Zull tidak berpuas-hati apabila melihat Rizki melemparkan kasut Ayuri dengan jauh.
Rizki ketawa jahat dan menoleh ke arah Zull tajam. Ayuri berlari anak untuk ke pagar sekolah terbabit. Pagar itu agak tinggi. Dia memerlukan sesuatu untuk dipijak jika ingin memanjat pagar terbabit.
"She's mine. Don't ever lay your hands on her." ugut Rizki berbisik ke arah Zull sambil berlalu pergi dengan angkuh. Zull mengerutkan keningnya tanda tidak faham apa yang sedang berlaku.
YOU ARE READING
OLIENPIECE 1: Wira Terakhir (Musim 1)
FantasySepuluh batu permata Saphira telah jatuh ke bumi. Batu-batu itu telah memilih pemegang yang dirasakan layak untuk memiliki mereka. Sesiapa yang memiliki batu itu akan mempunyai kuasa. Dilan dan kawannya yang lain telah berjuang habis-habisan untuk m...