Tangan kanan itu penuh dengan darah kerana cuba menyelamatkan tangan kirinya yang tercucuk dengan pedang berapi milik Hitam. Disebabkan itu, air yang banyak mula tercipta di atas dan kemudian ia semua membeku, lalu membentuk kiub ais yang besar sehingga mengelilingi mereka semua.
“Ais?” tutur Biru, setelah itu tersenyum lebar dan kemudian, menangis tersedu-sedan di situ.
“Awak sudah buat yang terbaik, Biru. Air awak itu, membantu saya untuk membina kiub ais yang besar ini dan melindungi kita semua di dalamnya dari bebola api yang besar dari Hitam.” Kata Puteh yang kini sedang berdiri di hadapannya.
Kemudian, Puteh berpaling ke belakangnya dan mahu mencabut pedang yang menembusi tangan Biru dan terpacak di situ. Biru hanya mengangguk faham.
“Saya minta maaf.” Kata Puteh sebelum mencabutnya. “Kelabu!” panggilnya. Kelabu yang berada tidak jauh dari situ mengangguk laju dan menyeru Bulatan Penyembuh Berskala seperti selalu.
Setelah itu, Puteh membuat perkara yang sama kepada Hijau, Mina dan Maroon. Dia mahu membuang semua pedang dan anak panah yang menembusi mereka kerana mahu luka dan lecuran pada badan mereka dirawat oleh Kelabu. Dia tidak risau dengan Hitam kerana dia meninggalkan Hitam di luar. Jadi, Hitam perlu mencairkan ais itu jika mahu masuk ke dalam.
“Apa yang jadi dengan Hitam?” duga Puteh ingin tahu usai melakukan perkara itu.
“Dia dikawal oleh pihak musuh. Sekarang ni, dia sudah jadi seperti boneka musuh. Dengan mengawal Hitam, dia dapat menguasai segala aset yang Hitam miliki sekali seperti kekuatan, kebijaksanaan dan pemikiran Hitam. Itu ialah apa yang dia cakapkan dan nampaknya ia betul. Siapa sangka, Hitam sangat hebat.” Jelas Biru dengan perlahan-lahan.
Bibirnya telah pucat kerana menahan kesakitan sedari tadi. Baru kini dia mula rasa lega yakni sebaik sahaja Kelabu menyeru bulatan penyembuh. Tenaganya juga mula rasa bertambah. Puteh menarik nafas dan menghembuskannya dengan perlahan. Kemudian, dia memandang ke arah kelibat Hitam yang berada di luar. Kelibat itu tidak jelas dan hanya kelihatan samar-samar sahaja. Tetapi, dia tahu itu Hitam.
Bebola api yang besar itu telah dihilangkan oleh Hitam pada saat kemunculan Puteh kembali. Sekarang, Hitam sedang mencairkan ais itu dengan menggunakan kuasa apinya. Jadi, mereka perlu bersedia sekarang, jika tidak Hitam akan membelasah mereka dengan teruk sekali lagi. Maknanya, ini sahaja peluang yang mereka ada untuk kalahkan Hitam.
Sejujurnya, Puteh mahu mempersoalkan kebolehannya dalam mengalahkan Hitam, tetapi ia semua hilang sebaik sahaja kata-kata Amir pada sebelum ini menerpanya. Dia tidak boleh ada perasaan ragu-ragu itu. Perasaan itulah yang akan menyekat kemampuannya yang sebenar. Puteh menggengam tangannya. Inilah masanya untuk dia menggunakan segala apa yang dia telah pelajari dalam latihannya pada sebelum ini.
Setelah mengumpulkan segala keberanian, Puteh mendongak ke atas dan terus terbang. Saat dia terbang, terdapat suatu lubang terbentuk pada kiub ais tersebut dan dia keluar melalui lubang kecil yang memuatkan badannya itu. Setelah itu, dia mendarat ke tanah dan berhadapan dengan Hitam.
Serentak itu, Hitam terus menerpa ke arahnya dengan pedang berapi miliknya itu. Puteh menahan pedang berapi itu dengan pedangnya, jadi mereka berlawan pedang untuk sementara. Terkadang Puteh memanggil lantai berais kerana mahu membekukan kaki Hitam ke tanah, tetapi Hitam dapat mencairkannya dengan cepat.
Hitam sangat pantas sehingga Puteh tidak dapat mengekorinya. Oleh itu, badan dan topeng mukanya terluka apabila terlepas dua atau tiga serangan pedang dari Hitam. Namun, dia cepat-cepat mengawal pedang, anggota badan dan pacainderanya dalam mengekori gerakan dan hayungan pedang Hitam.
Disamping berlawan pedang dengan Puteh, Hitam turut menyerang Puteh dengan pedang dan anak panah berapi dari segala sudut yang terbuka kepada Puteh. Oleh itu, Puteh tidak menang tangan dalam menahan pedang dan melindungi dirinya dari semua serangan yang datang dengan serentak itu. Terkadang kaki Puteh terasa panas kerana terpijak lava berapi Hitam. Oleh itu, dia telah membuat kasut dari ais pada kakinya untuk melindunginya kakinya dari lava api.
YOU ARE READING
OLIENPIECE 1: Wira Terakhir (Musim 1)
FantasySepuluh batu permata Saphira telah jatuh ke bumi. Batu-batu itu telah memilih pemegang yang dirasakan layak untuk memiliki mereka. Sesiapa yang memiliki batu itu akan mempunyai kuasa. Dilan dan kawannya yang lain telah berjuang habis-habisan untuk m...