PADA pagi itu, Niel sedang mengemaskan beg bajunya. Dia ingin balik ke kampungnya, iaitu tempat terakhir Ibu angkatnya menetap di bumi sebelum meninggalkan dia untuk selama-lamanya. Niel menatap gambar wajah ibunya dalam gaun pengantin.
Sepatutnya gambar suami ibu angkatnya berada di sebelah ibunya itu. Namun, dia melipat gambar itu dan hanya menyimpan gambar perkahwinan ibunya seorang. Dia sangat membenci lelaki itu kerana langsung tidak pernah mencari ibunya. Dasar lelaki tidak bertanggungjawab!
Niel meramas tangannya kerana kegeraman. Walaupun hatinya sakit, namun dia tetap kuatkan semangat untuk membuka lipatan pada gambar itu kerana ingin melihat wajah ayahnya buat kali terakhir. Mazhe bin Abdullah. Itu ialah nama lelaki tersebut dan merangkap pewaris sebenar takhta Olienpiece.
Kini dia tahu keberadaan lelaki itu iaitu di Bandar Bukit Berapi, tempat yang sama dia diami sekarang dan lelaki itu merupakan ayah angkat Khai, pemegang Batu Permata Kristal. Kemudian, bunyi pintu biliknya diketuk kedengaran. Niel bingkas bangun dan membuka pintunya itu. Wajah Dilah terpacul di sebalik pintu.
"Kau dah berkemas ke?" soal Dilan.
Dilan tahu Niel akan balik ke kampungnya pagi ini. Niel sudah memberitahu rakan serumahnya mengenai hal ini kelmarin.
"Dah. Aku baru nak turun."
"Bas kau pukul berapa? Nak aku hantarkan ke stesen bas Bandar Lama Bukit Berapi?"
"Tak apa, aku tahu nak ke sana. Jomlah turun bawah." Ajak Niel dan menggalas begnya.
Dia tidak membawa banyak baju kerana hanya tidur di kampung itu untuk semalaman sahaja. Mereka menuruni tangga ke bawah untuk makan sarapan pagi yang telah Dilan dan Zull siapkan. Melihat sahaja wajah Niel menuju ke meja makan, Zull mengecilkan bola matanya dan membuat bunyi seperti kucing yang sedang menahan marah.
"Grrrrrrrr..." Zull menyilang tangannya sambil merenung Niel tajam.
"Zull..." tegur Dilan lembut.
"Ya papa." Zull menjawab dengan cepat dan terus mendapatkan Dilan. "Dee, asal kau panggil pudina sekali? Aku tak naklah makan dengan dia, lepas aku habis makan kau panggillah dia." Bebel Zull.
"Kau ingat aku nak makan dengan kau sangat ke?" getus hati Niel geram.
"Zull janganlah cakap macam tu, tak baiklah."
"Kalau Zull tak nak makan dengan dia, pergi makan kat ruang tamu. Apa yang susahnya. Rumah ni tidak perlukan ahli yang terlampau pentingkan diri sendiri macam Zull. Dah, makan kat luar." Giliran Joshua pula mencelah.
Dia dan Harun sedang menuruni tangga. Dia dan Harun merupakan kawan sebilik memandangkan Joshua takut untuk tidur seorang diri. Adiknya pula tidak suka berkongsi bilik dengan orang lain walaupun dengan abangnya sendiri.
"Abang tengah cakap dengan cermin ke apa? Sebab abang pun spesies yang pentingkan diri sendiri juga. Tak sedar diri!"
"Abang malas nak bertekak dengan Zull. Duduk di luar, makan kat sana." arah Abangnya tegas.
Zull mencebik, namun dia akur. Walaupun dia jenis yang suka menjawab, namun jika Abangnya sudah bertegas, dia tetap akan mengikuti arahan itu. Zull menatang pinggan berisi nasi goreng ke ruang tamu. Harun melihat Zull tidak percaya. Dia tidak percaya Zull mengikuti arahan abangnya itu. Selama dia duduk di sini, Zull tidak pernah mendengar arahan sesiapa. Dilan hanya mendiamkan dirinya kerana tidak ingin mencampur urusan dua beradik itu. Jika dia masuk campur, takut benda lain pula terjadi.
YOU ARE READING
OLIENPIECE 1: Wira Terakhir (Musim 1)
FantasySepuluh batu permata Saphira telah jatuh ke bumi. Batu-batu itu telah memilih pemegang yang dirasakan layak untuk memiliki mereka. Sesiapa yang memiliki batu itu akan mempunyai kuasa. Dilan dan kawannya yang lain telah berjuang habis-habisan untuk m...