...sambungan Bab 2

341 27 60
                                    

...

DILAN menilik jam tangannya. Tepat pukul 5.35 petang. Dia berdoa agar Zull tidak datang lagi ke restoren itu kerana dia telah terlewat selama lima minit. Dia memasuki pintu masuk restoren Ahmad dan mencari tempat kegemarannya iaitu di baris paling hujung memandangkan tempat itu paling sunyi.

Setelah melabuhkan punggung di atas kerusi, seorang pelayan lelaki menuju ke arahnya sambil memegang buku 'memo' kecil.

"Ha, Dilan. Nak makan dan minum apa?" soal Adam (31) memandang tepat ke wajah Dilan. Dilan tersengih.

"Saya nak pesan jus mangga dan...char kuey teow." balas Dilan ringkas sambil matanya meliar melihat skrin telefon pintarnya.

"Ralitnya tengok 'phone'. Mesej dengan 'girlfriend' ke?" sindir Adam.

Dia menjuihkan bibir bawah ke depan. Dilan tergelak. Dia menggelengkan kepalanya. Adam mengenali Dilan dan Zull memandangkan mereka berdua adalah pelanggan tetap restoren itu.

"Tak adalah, bang. Saya sedang baca mesej Zull."

"Haih, tak habis-habis dengan Zull. Makan dengan Zull, luahkan perasaan dengan Zull, 'dating' dengan Zull. Nasib baik tak tidur dengan budak afro tu. Aku bukan apa Dilan, kau tu ada rupa, tinggi, bergaya, kenapa kau mesti berkawan dengan orang macam Zull. Dia tu mulut macam 'puaka'. Kawan ni ibarat cermin. Kalau kamu berkawan dengan orang jahat, esok lusa kamu pun boleh 'tercemar' sekali. Nak hidup kena pandai."

Dia menarik kerusi dan duduk di hadapan Dilan. Pada waktu petang begini, restoren itu tidak didatangi oleh ramai orang. Sekarang ini pun hanya ada Dilan serta seorang wanita bersama-sama anaknya dalam linkungan setahun.

"Terima kasih, bang. Insya-Allah saya tak akan jadi macam tu. Saya kenal Zull dah lama. Perangai mulut 'becok' dia tak pernah berjangkit pada saya. Lagipun, Zull dah banyak sangat tolong saya." Dilan tersengih-sengih sambil memeluk badannya sendiri. Adam mengetap bibirnya.

"Yalah, yalah. Kalau dia buat sesuatu yang jahat pada kamu, bagitahu abang. Pandailah abang ajar budak bongok tu. Okeylah Dilan, abang nak siapkan pesanan kamu." Adam berlalu pergi. Dia menuju ke dapur restoren.

"Lambat pulak Zull hari ni. Belum pernah lagi dia lambat." bisik hati Dilan sambil mengerling ke arah jam dinding restoren itu pula.

Mereka berdua telah membuat perjanjian untuk berjumpa hari ini pada pukul 5.30 petang. Dilan tahu Zull bekerja sampai pukul 5.00 petang. Jadi, dia mengajak Zull untuk berjumpa dengannya pada pukul 5.30 petang. Sekurang-kurangnya mereka boleh makan malam bersama-sama di restoren ini.

Sembilan minit berlalu dan kelibat Zull mula muncul. Dilan tersengih-sengih sambil melambai-lambaikan tangannya ke arah Zull yang baru sahaja memasuki restoren. Zull melihat ke arah Dilan dan menuju ke tempat tersebut.

"Maaflah aku ada hal sikit tadi. SI aku bagi kerja 'last minute'. Orang tua tu memang suka sangat bagi kerja dekat aku 'last minute'. Aku dah tanya dia banyak kali, ada kerja lagi ke, ada benda yang aku kena buat lagi ke? Dia geleng aje. Kerja dia memang angguk geleng aje. Lepas tu masa 'rush' nak balik, boleh pulak dia terhegeh-hegeh datang dekat aku dan suruh siapkan kerja hari tu jugak. Aduh, tak fahamlah aku. Aku dah membebel dekat dia macam-macam, tak 'jalan' jugak. Eh, yang kau ni pulak, ajak aku keluar petang-petang macam ni kenapa hah? Apa masalah Bedah? Aku penat tahu tak. Kau dah tak ada kerja ke nak buat dekat rumah tu sampai ajak aku ke sini? Air mana, mana air? Leman, mana kau pergi? Ada pelanggan datang ni, tak reti-reti datang ambik pesanan ke!?" sindir Zull pedas dan memanggil Adam sebagai 'Leman'.

Dilan tergelak kecil. Dia sudah biasa mendengar bebelan Zull yang menyakitkan telinga itu.

"Gelak pulak. Kau ingat aku buat lawak ke. Sikit-sikit gelak, kerja kau memang 'gelak' aje, kan. Eh, cakaplah cepat kau nak bagitahu aku apa pagi tadi. Bukan main beria-ria lagi nak bagitahu aku benda tadi sampai sanggup telefon aku masa kerja. Kalau kau gelak sekali lagi, siap kau. Mana pula Si Leman ni. Kita tengah dahaga ni. Masa ni juga dia nak jadi orang pekak." sambung Zull tidak berpuas hati.

OLIENPIECE 1: Wira Terakhir (Musim 1)Where stories live. Discover now