...sambungan Bab 44

48 9 6
                                    

"Aku boleh ajar korang kekuatan fizikal." Celahnya. Mereka semua memandang ke arah Amir dengan serentak. Dilan terus tersenyum dan mendekati Amir.

"Betul ke?" soal Dilan dengan bola mata yang bersinar dan senyuman yang sangat lebar. Melihat senyuman dan mata yang bersinar-sinar itu, Amir teragak-agak pula.

"Er...Ya..."

"Terima kasih Amir! Terima kasih! Korang semua pun patut ucapkan terima kasih dekat Amir."

"Tak perl..." belum sempat Amir melengkapkan ayatnya, yang lain mula menyampuk.

"Terima kasih!" Khai, Joshua dan Niel mengucapkannya dengan serentak dan ia telah membuatkan Amir sedikit malu.

"Eleh...Macamlah kau kuat sangat nak ajar diorang." Zull mencebik sambil mengorek hidungnya. Disebabkan itu, semua perasaan segan yang dirasai oleh Amir tadi lesap dan digantikan dengan perasaan sebal. Kemarahannya terhadap Zull membuak-buak. Belum sempat dia membuat apa-apa kepada Zull, Joshua terlebih dahulu mencelah.

"Oi! Kau memang berhajat nak bunuh kitorang ke!" Joshua merenggut kolar baju Zull sambil menggoncangkan badan adiknya dengan banyak kali.

"Hehehehe! Untuk abang, ya! Okey, Mir. Terima kasih sebab membantu. Jadi, giliran siapa pula untuk berlawan sekarang? Kelabu dan Ungu?" Zull menduga.

"Ya. Maaflah, hari ni bukan giliran kau lagi sebab semalam kami dah berjanji untuk biarkan mereka berlawan pula. Lagipun, aku tak jangka kau akan ada hari ni." Balas Dilan sambil tangan sebelah kirinya bercekak di sisi pinggangnya.

"Tak apa, aku lagi suka. Aku malas, Teh. Berada di sini pun suatu keajaiban sebab aku berhajat nak tidur aje. Jadi, teruskan."

"Um! Ungu dan Kelabu. Awak berdua sudah bersedia?" soal Puteh kepada mereka. Ungu dan Kelabu memandang satu sama lain dan setelah itu menganggukkan kepala mereka.

Oleh itu, Ungu dan Kelabu bergerak ke kawasan lapang atau tempat yang sama Puteh dan Maroon memulakan perlawanan. Mereka mengadap jasad masing-masing dan bersedia dengan isyarat dari Puteh. Puteh mengangkat tangan kanannya dan setelah itu menurunkan tangannya dengan pantas bagi menandakan perlawanan ini telah bermula. Setelah melihat isyarat itu, Ungu terus meraung.

"Muncul!"

Serentak itu juga, kelibat KJ (Klon Johsua) memunculkan dirinya dan dengan pantas menuju ke arah Kelabu yang tidak ada pertahanan. Melihat akan KJ yang semakin menghampiri, Kelabu cuba untuk memanggil Benteng Kristalnya, namun dia tidak sempat melakukannya. Akhirnya, Pedang Kristalnya tercampak di tempat Puteh, Hitam, Maroon dan Amir sedang berdiri dan menonton perlawanan tersebut.

"Huwaaaaa! Saya kalah lagi." Kelabu menangis sedih sambil terduduk di atas rumput.

"Hehehe! Janganlah sedih. Jom, Kelabu." Ajak Ungu dengan wajah bangga. Kemudian, dia mendekati adiknya. "Abang kau sangat hebat, kan? Mesti kau bangga ada abang macam aku, kan. Katakanlah ya, janganlah malu. Tak perlu malu pun." Ujarnya dengan wajah bangga.

"Kau tak buat apa-apa pun. Setakat panggil klon je. Eleh! Ini perlawanan kombat, lawan Labu dengan sendirilah."

"Well, aku menang. Itu sudah cukup, lagipun tidak ada peraturan yang tidak membenarkan aku memanggil klon. Ini perlawanan kuasa dan klon aku tu juga adalah salah satu kuasa aku. Hmph!"

"Kau akan lawan aku. Jom!" Hitam mengajak Ungu untuk berlawan dengannya pula.

"Hitam?" Puteh melihat ke arah kawannya itu tanda inginkan kepastian.

OLIENPIECE 1: Wira Terakhir (Musim 1)Where stories live. Discover now