...sambungan Bab 41

37 8 2
                                    

...

ZULL merenung Amir dengan pandangan tajam di meja makan. Dia tidak berpuas-hati apabila mendapat tahu bahawa Amir telah mengadu ugutannya pada sebelum ini kepada Dilan. Dilan yang perasan akan hal itu, memandang ke arah Zull pula.

"Zull?" panggilnya dengan lembut.

"Hm?" mata Zull masih lagi memandang ke arah Amir.

"Makan makanan kau, jangan sibuk nak tengok orang lain." Tegur Joshua pula dan menyambung sesi makannya. Niel tidak mengendahkan kejadian itu dan hanya ralit memakan sarapan paginya. Dia malas untuk melayan hal kawan serumahnya.

"Engkau ni nampak aje samseng, tapi kaki pengadu." Zull mencebik di depan Amir yang sedang menjamu selera. Amir tidak menjawab apa-apa dan hanya menikmati makanannya.

"Eh, bisu pulak ke?"

"Kau nak aku jawab apa!? Kau yang ugut aku! Hei aku...!"

Amir menghentak meja sehingga membuatkan Dilan dan Joshua terkejut. Reaksi Joshua mula bertukar menjadi takut. Niel mengecilkan matanya kerana kuah nasi airnya sudah tertumpah ke bajunya akibat dari hentakkan tadi.

"Kau apa!?" Zull turut menghentak meja.

Kali ini, habis semua kuah tumpah ke arah Niel. Niel mula menyinga. Dia mahu makan dengan tenang pada pagi yang indah ini, tetapi dua makhluk Tuhan di meja rumahnya itu sedang bertelagah pula! Itu memang menyentakkan anginnya.

"Ya Allah, Niel!" Dilan cepat-cepat mengelap wajah dan baju Niel dengan tisu. Kemudian, dia bergegas mengambil kain basah dan menarik Niel ke sinki seperti seorang ibu yang penyayang.

"Kau tengok apa yang kau buat Zull!!" marah Joshua dan turut menghentakkan meja.

"Abang pun janganlah hentak meja. Nanti semua kuah tumpah dekat Niel! Kuah tu pantang dengan Niel!" Zull menjerit sambil bercekak pinggang.

"Kau pun sama aje!" celah Amir.

"Kau yang mulakannya dululah!" pangkah Zull laju.

"Yang kau 'naik' sekali dah kenapa!?" Joshua menunjal kepala Zull. Dia tidak berani untuk memarahi Amir, jadi dia hanya memarahi Zull sahaja.

Rambut afro milik Zull bergoyang untuk seketika sehingga Zull terpaksa memegang kepalanya dengan kedua-dua tangannya. "Abang janganlah tolak kepala Zull kuat-kuat, ada kenderaan berat dalam rambut Zull ni."

"Bukan hal aku! Huh...Maaf ya Amir. Makanlah. Kau, Zull pergi mintak maaf dekat Amir dan Niel!"

"Zull sorang je, si Amir pun kena mintak maaf dengan Niel."

"Kau minta maaf dengan diorang sekarang. Pandai buat salah, kena pandai minta maaflah. Dah besar panjang macam ni pun aku kena ajar lagi benda asas! Banyak songeh ajelah kau ni. Mengalahkan mak aku."

"Mak Zull jugak!"

"Mak akulah!"

"Mak Zull jugak!"

"Eh, aku tak adik macam kaulah."

"Huu....(pura-pura sedih). Abang janganlah cakap macam tu. Adik sedih. Ampunkanlah adik. Adik takkan buat macam tu lagi." Zull berlakon sedih sambil memeluk kaki abangnya, Joshua.

"Hmph! Jangan harap! Hari ni aku akan hantar kau ke rumah mak ayah kau."

"Ha? Ni cerita apa abang? Bukan Cinderella ke?"

"Bukanlah, ni Madu Tiga."

"Oh...ada babak ni ke? Madu Tiga pun Madu Tigalah! Oh, ikan kaloi, ikan kaloi..."

OLIENPIECE 1: Wira Terakhir (Musim 1)Where stories live. Discover now