...
Di SMBB, pukul 7.18 pagi,
AYURI turun dari kereta yang dipandu Furqan dan memasuki kawasan sekolah. Sewaktu memasukinya, dia terserempak dengan Ain, Meggi, Yoyo dan May. Mereka berempat merupakan orang kuat kelab peminat Princess Ayuri di sekolah itu.
"Selamat pagi Cik Ayuri." Tegur Ain selaku ketua kelap peminat Ayuri.
"Ah, selamat pagi Ain, Meggi, Yoyo dan Meggi. Awak semua sihat?"
"Ya, Cik. Kami sihat, Cik Ayuri masih lagi cantik walau pun berambut pendek dan stail rambut tu sangat sesuai dengan Cik Ayuri." Balas Meggi dengan senyuman lebar.
"Ya ke? Ahahaha." Ayuri ketawa dengan sangat sopan seperti wanita Melayu terakhir. "Awak semua pun sama. Terima kasih atas sokongan awak semua, nanti datanglah ke restoren saya, saya akan pastikan awak semua akan mendapat makan paling istimewa di sana."
"Baik Cik Ayuri. Kami pergi dulu. Gembira jumpa Cik Ayuri. Oh ya, ini daripada kami dan ahli yang lain. Walau pun hari jadi Cik Ayuri pada minggu hadapan, kami mahu berikannya lebih awal." Celah May.
"Aw, sweet-nya awak semua ni. Terima kasih banyak-banyak."
Ayuri mengambil sejambang bunga ros yang diselitkan coklat kegemarannya sekali dengan perasaan terharu. Dia mengambil sapu tangan dalam kocek baju seragam sekolahnya dan berpura-pura menyapu mata yang tidak berair pun.
"Cik Ayuri, janganlah menangis." Pujuk Ain.
"Eh, mana ada saya menangis, mata saya masuk habuk aje. Terima kasih ya, tanpa awak semua siapalah saya."
"Sama-sama Cik. Bai!" Ain, Yoyo, Meggi dan May terus berlalu pergi dari situ. Ayuri melambaikan tangannya ke arah mereka.
"Seronoknya jadi popular dan ada peminat sendiri. Aku sangat bertuah, dahlah cantik, popular dan aku sangaaaat baik. Dilan sangat rugi sebab tak tergila-gilakan aku. Hahahahahaha!" Ayuri galak ketawa sambil menghidu bunga ros tersebut.
"Oh ya, bercakap pasal 'tergila-gila', si Niel tu pun ada rupa juga ya. Mungkin aku patut terima dia aje semalam. Tak apalah, aku jumpa dia di kelas nanti, aku cakaplah aku terima dia. Tapi, dia nampak masih muda, berapa umur dia ya? Sama tua dengan aku ke atau lebih muda." Ayuri bermonolog dalaman.
Kemudian, kelibat Dilan, Niel dan yang lain-lain berlalu melepasi Ayuri dari sebelah kanannya. Sewaktu melihat Niel, Ayuri terus memanggil nama Niel.
"Hai, Niel." Panggilnya dengan lemah-lembut. Niel berpaling dengan wajah berkerut.
"Ya?"
"Awak dah makan?" soal Ayuri dengan senyuman manis.
Dilan, Zull, Joshua dan Tina hanya melihat mereka berdua. Mina, Yurina, Henna dan Ayumi telah pun meneruskan perjalanan mereka untuk ke kelas. Niel melarikan lirikkan matanya ke kiri.
"Dah."
"Masa rehat nanti, kita makan sama-sama."
"Er, kenapa?"
"Ha? Ummmmm...awak tak gembira saya ajak awak makan?"
"Kenapa saya perlu rasa gembira?"
"Sebab saya ajak awak."
"Jadi?"
"Bu-bukankah awak sukakan saya?"
"Ha?" Niel tidak mengingati perasaan dan kejadian yang berlaku di antara dia dan Ayuri semalam. Perkara yang sama turut berlaku kepada Ayumi dan Harun.
YOU ARE READING
OLIENPIECE 1: Wira Terakhir (Musim 1)
FantasySepuluh batu permata Saphira telah jatuh ke bumi. Batu-batu itu telah memilih pemegang yang dirasakan layak untuk memiliki mereka. Sesiapa yang memiliki batu itu akan mempunyai kuasa. Dilan dan kawannya yang lain telah berjuang habis-habisan untuk m...