...
SELEPAS waktu rehat tamat, semua pelajar berganjak ke kelas masing-masing. Dilan dan yang lain turut memasuki kelas mereka. Namun, belum sempat Zull melabuhkan punggungnya di atas kerusi kelas, Cikgu Azrell datang ke kelas itu dengan wajah garang dan marah. Dia memegang rotan dan membuat wajah bengis.
"Mana Zull?!" laung Azrell garang. Zull bingkas bangun.
"Kenapa cikgu cari saya?" soal Zull pelik. Semua rakan sekelasnya memandang Zull tika ini.
"Zull, kau buat apa lagi ni?" bisik hati Dilan risau.
Wajah Nik dan Mior sudah berpeluh. Dia tahu benar perangai Cikgu Azrell. Cikgu Azrell yang memegang rotan dan berwajah bengis itu memberi makna amat besar bagi mereka. Itu maknanya Cikgu Azrell akan mengamuk besar selepas ini. Sudah lama mereka tidak melihat Cikgu Azrell semarah ini. Ayuri mengeluh panjang kerana dia dapat mengagak punca yang mencetuskan kemarahan Cikgu Azrell. Dia sudah menasihati Zull semalam, tetapi budak itu memang pekak dan lembap. Getus hatinya geram.
Azrell menghembuskan nafas berat dan menjerit lagi. "Kau ikut aku sekarang!" jerkah Azrell sampaikan semua pelajar di dalam kelas itu terdiam seribu bahasa.
Zull mengangguk faham dan kemudian mengikuti Azrell dari belakang. Mereka berdua berjalan tanpa bercakap apa-apa. Kemudian, mereka memasuki bilik Pengetua Yang. Di dalam bilik itu, Cikgu Ros dan Rizki elok duduk di sofa bersama-sama Pengetua Yang. Pengetua Yang dan Cikgu Ros sedang membuat wajah gusar. Rizki pula menjeling Zull.
"Eh, Riz. Kau buat apa dekat sini? Kau buat masalah apa sampai kena jumpa Pengetua ni?" soal Zull tergelak kecil walaupun dia tahu dialah punca Rizki berada di situ.
"Bukan aku yang ada masalah tapi, kau yang ada masalah sekarang ni Zull Alfi Almi. Uh, KPS baharu kita kali ini nampaknya akan menghadapi masalah besar yang mana dia bakal dibuang dari sekolah. Dia dan Cikgu yang telah memilihnya akan berambus dari sekolah ini pada hari ni jugak. See! Zull, aku boleh buang sesiapa sahaja yang menghalang jalan aku. Aku nak datang sekolah ke tak nak ke, itu hal aku. Kau tak ada kuasa untuk membuang atau menggantung aku." ujar Rizki berlagak. Zull tersenyum manis sambil memandang Cikgu Ros, Cikgu Azrell dan Pengetua Yang.
"Cikgu yang melantik aku Cikgu Azrell, jadi kau nak buang Cikgu Azrell sekali la ya?" soal Zull seperti budak bodoh.
"Yalah, siapa lagi. Bukankah Cikgu dah cakap jangan cari pasal dengan orang melulu, Zull. Kamu tahu tak kamu tarik saya sekali dalam masalah kamu. Tengku Rizki, maafkanlah Zull ni, dia budak baharu. Zull, minta maaf dengan dia." arah Azrell tegas.
"Aku mintak maaf. Kau pun patut mintak maaf dengan kitorang kan, sebab kau dah buat keputusan kurang cerdik kau ni. Apa lagi, mintaklah maaf." ujar Zull sambil menghulurkan tangannya ke arah Rizki. Rizki mula berasap.
"Aku tak pernah mintak maaf dengan orang tahu tak. Kau dengan Cikgu Azrell boleh pergi sekarang." arah Rizki.
Azrell mengeluh berat. "Astaghfirullahalazim." Azrell beristighfar banyak kali.
Ros mula risau. Pengetua Yang juga sudah tidak dapat bercakap apa-apa lagi. Cikgu di SMBBB boleh diberhentikan kontrak bekerja dengan serta merta memandangkan sekolah itu sudah berpisah dari badan kerajaan dan berdiri sepenuhnya disebabkan penajaan dari pelbagai pihak dan penaja terbesar mereka ialah keluarga Mazhe, keluarga Tengku Fendi (ayah Rizki) dan Ayuri. Pokoknya, merekalah yang membayar gaji serta bonus kepada para guru dan staf sekolah.
"Kenapa Pengetua, Cikgu Ros dan Cikgu Azrell senyap aje?" soal Zull pelik.
"Apa maksud kamu Zull? Sekarang ni kamu telah membawa masalah kepada Cikgu Azrell. Cikgu Azrell bakal dibuang disebabkan oleh kamu." celah Pengetua Yang Lee.
YOU ARE READING
OLIENPIECE 1: Wira Terakhir (Musim 1)
FantasySepuluh batu permata Saphira telah jatuh ke bumi. Batu-batu itu telah memilih pemegang yang dirasakan layak untuk memiliki mereka. Sesiapa yang memiliki batu itu akan mempunyai kuasa. Dilan dan kawannya yang lain telah berjuang habis-habisan untuk m...